Monday, December 1, 2008

KISAH TAYAR BERANGAN NAK RAMPAS KUASA STERENG!

KONGRES PKR-
Setelah tekak loya mendengar ucapan penggulungan GOBALAKRISHNAN yang pekat dengan unsur-unsur PEMBODEKAN TAHAP TINGGI terhadap Anwar sehingga kawan aku seorang Exco Selangor wanita ketawa memandang aku sambil menunjukkan simbol "kipas"(bodek) aku terusik dengan ucapan Saifuddin Nasution- pemidato yang aku kagumi, tak perlu meninggikan suara pun beliau mampu memukau khalayak dengan fakta yang kemas, penyampaian yang tepat bersulam analogi dan metafora yang menarik. Aku akan memilih menonton Saifuddin jika disuruh memilih sama ada mendengar pidatonya atau Anwar ..

Analognya mudah saja..
Dalam sebuah PERJUANGAN, masing2 memainkan peranan penting bagai sebuah traktor, ada enjin, tayar, pembajak dan ada stereng..stereng akan mengawal komponen-komponen ini dan tayar yang comot dan kotor kerana bergelumang dengan paya janganlah komplen dan anggap dia yang banyak berkorban sedangkan stereng duduk di tempat selesa, redup dan diurut2..Berbanggalah kerana stereng tidak akan mampu mengambil-alih tugas tayar dan tayar janganlah berangan-angan nak ambil-alih tugas stereng jika tak mampu..
FAHAM KIASAN TU? hahaha!! Bagus!!

inilah yang berlaku, ketika Pakatan Rakyat baru menang PRU Mac lalu,maka ramai yang mengaku pejuang@ reformis menuntut agar mereka mendapat 'bahagian' hasil dari perjuangan mereka..ada yang nak jadi ahli Majlis, JKP, Tok Penghulu, Tok Mudim dan sebagainya..meminjam kata Nasir Isa seorang reformis senior- "sedarlah diri dulu!"..

Namun begitu ada juga yang aku tak setuju dengan Syed Husin Ali yang menyentuh bab ini- memang perjuangan kita memartabatkan hak rakyat dahulu, bukan kepentingan peribadi (yang ni aku salute beliau yang tak pernah menang pilihanraya tetapi konsisten dengan perjuangan- tak perlu jadi senator pun boleh berjuang) tetapi rakan-rakan kita yang menggadaikan harta dan nyawa ini juga perlukan perhatian..mereka tidak meminta tapi ADA BEZANYA ORANG YANG MELANGKAH KE GARISAN DEPAN PERJUANGAN DARIPADA YANG BERSELIMUT DI RUMAH!
Antara YB2 dan reformis yang nak berbogel tu tak jauh, mereka dulu adalah kawan2..reformis yang nak berbogel inilah yang mengangkat kamu ke sana- cara kamu menangani mereka dengan mengeluarkan kenyataan di media seperti "TIDAK MATANG" atau "TIDAK ISLAMIK" merendahkan martabat mereka..kurang matangkah mereka yang MENGANGKAT KAMU?..
hey! Mangkuk! aku tentang kalau mereka nak BERBOGEL (ada di antara mereka mengatakan itu hanya istilah saja- maksud BOGEL yang mereka nak sampaikan adalah lain) tapi aku juga tak setuju dengan cara kamu menangani kawan-kawan lama kamu..

SELESAI ELOK2..JANGAN RIBUT2..TAN SRI KHALID PUN KENA DENGAR SOK-SEK2 ANAK2 BUAH KHUSUSNYA AMK YANG BORING DENGAN ANDA...BINCANG2KAN!

...dan hayatilah kisah stereng dan tayar oleh Saifuddi Nasution tuu......

1 comment:

Unknown said...

Sdr.

Kiasan Shaifuddin tu tepat. Perjuangan memang perlukan struktur yang begitu. Takkanlah semuanya nak jadi stering? Tiada engin, tiada roda dan tiada apa yang sepatutnya ada macam mana nak membajak?