Monday, December 29, 2008

kena halang, kena tipu dan provokasi di MALAM Anti ISA- Bdr Baru Bangi

Aku datang awal sekeluarga ke Stadium Bangi untuk mengelak kesesakan, nak cari pot baik sikit..sampai pintu stadium tak dibenarkan parking kat dalam, disuruh petugas Unit Amal parking tepi jalan untuk elak kesesakan..laa! parking dalam kawasan stadiumlah kurangkan kesesakan, parking di bahu jalan makin sesak.."ini arahan urusetia seperti yang telah dipersetujui!" kata petugas apabila aku meminta kebenaran masuk ke dalam kerana aku tahu dalam banyak kosong, aku biasa di sini..kami suami isteri bertekak sedikit dengan mereka mengatakan mengapa ada parking khas untuk vip di dalam sedangkan rakyat yang mengangkat merekalah patut menjadi vip diberi keistimewaan parking. Tanpa rakyat tiada mereka dan sebelum pilihanraya tak wujud istilah vip kerana bakal calon semua turun ke tanah, tapi dah menang tiba2 ada jurang pulak..

"Tak boleh! semua orang tak boleh parking dalam!Kakak kena tolak kerusi roda ni dari sini!" kata petugas yang tak mesra tu kepada isteri aku yang sedang menurunkan kerusi roda OKU anak aku. Pegawai polis lalu dan membenarkan aku masuk parking di dalam. Sang petugas kelu dan cuba berdalih,"laa..kalau abang bagitahu awal anak abang OKU, mesti boleh punya!"..dan memang benar, dalam ada kosong!!

..selesai bab 1, bab seterusnya terus aku kecewa sebab di poster ada tercatat yang akan hadir ANWAR IBRAHIM, HJ.HADI, SYED IBRAHIM GMI- tapi takde...aku ingatkan konsert Rock je ada tipu2 camni..huh! balik lagi baguih!!

-> Tiba2 sekumpulan NGO PEWARIS namanya datang dengan konco2 upahan membawa sepanduk berarak masuk cuba menyampaikan memorandum perihal isu babi. Tah kutu babi manalah yang dalangi semua ni,..Unit Amal dan pihak Polis menangani dengan baik agar tiada kekacauan berlaku..dan mereka keluar selepas menyampaikan memorandum kepada Mat Sabu..aku ingatkan perarakan Maal Hijarah..
........woi! isu babi tu kat Melaka selesaikanlah dengan kerajaan Shah Rukh Khan tuu..provokasilah ni!!

kami pulang dengan perasaan hangin dengan berbagai isu dalam satu malam!

5 comments:

tepet said...

ish...awat jadi lagu tu?

ni la masalahnyo....kekadang orang atas bagus yang tongah hampeh...bawah lagi la....tapi bab yang siap cakap dsai,TGHH datang tapi tak datang..sapo nak jawab....esok akan den soalkan dalam blog hik hik hik

Anonymous said...

anonymous,

isu murtad mcm mana pulak?. Freemason tu siapa ahlinya?. bukan najis ke?.

ISA said...

Inilah masalah PKR dan PAS, sebenarnya perkara penceramah yang akan hadir dan akhirnya tidak dapat hadir dah lama berlaku, sejak hangat PRU12 lagi.

Aku dah berapa kali terkena, buat sakit hati je kena kencing beramai-ramai.

Memandangkan mahukan perubahan kerajaan, dan benci dengan sikap pemimpin umno, aku pangkah jugak PAS, janji ISLAM....

Soal petugas amal tu, macam yang Tuan Tepet cakap la, yang atas OK, yang bawah tu kadang2 mengada2 lebih, mengalahkan YB pulak.. Aku bukan kira korang umno, PAS atau PKR kalau nak terasa tu, lantak diorang la... peduli apa aku, dah menjadi kenyataan.

kulupSakah said...

pasal PEWARIS tu memang aku dah syak sejak awal lagi waktu kami pekena mee sup (menu utama ceramah)..di meja sebelah aku duduk sekumpulan lelaki yang aku tengok muka keruh semacam.(bukan nak mengata tapi sekali pandang korang akan ada rasa tak berkenan dengan mereka)..mereka berbual hanya sesama mereka tak mesra dengan orang sekeliling, kemudian datang lagi anak2 buah bersalaman cara mereka, siap cium pipi lagi..laa! Geng 3 line rupanya..ingatkan silat gayung anwar

daniel john said...

Your blog is really excellent. It inspires the readers who has that great desire to lead a better and happier life. Thanks for sharing this information and hope to read more from you.

College Research Papers