Cara memesan buku SURAT UNTUK ANAK

Cara memesan buku SURAT UNTUK ANAK
dapatkan!

Wednesday, December 31, 2008

ADA SESIAPA YANG TAHU?


26 Dis lepas aku 35 tahun, hari ni hari pertama 2009 aku dah masuk tahun ke 36...tolonglah aku kalau sesiapa yang tahu 26 Dis 1973 bersamaan dengan bulan apa dalam kalender Islam? mungkin 1393Hijrah tapi berapa haribulan? Aku nak tahu umur Islamku..

wajar rasanya lepas ni kita mencatat kelahiran anak cucu kita dalam kalender Islam juga...

1428H/2008 TAHUN CEMERLANG BLOGGER!!

Tiada siapa dapat menafikan pengaruh blogger masakini..(wah! hari ni saja aku tulis 3 entry!)

masakan RPK, Bakaq(penarik Beca), Kickdefella disoal siasat kalau tulisan blogger tidak mempengaruhi rakyat Malaysia..apapun fahaman ideologi parti politik blogger, sumbangan mereka dalam sepak terajang politik Malaysia diakui memberikan kesan yang cukup hebat..justeru itu marilah kita bersama2 di tahun baru Hijrah dan Masehi ini teruskan perjuangan agar apa yang kita percaya dan citakan tercapai..
antara penangan blogger tahun ini:-

1) Kesan pilihanraya umum berubah dengan drastik!
2) Skandal dan penyelewengan sesiapa saja public-figure sama ada ahli politik, korporat mahupun artis terselak!! (Soi Lek, Altantuya, saifulliwat, artis2)
3) Tersungkurnya blog menghina Islam
4) sambutan orang Islam menghargai maal Hijrah lebih baik dari tahun sebelumnya dan sambutan tahun baru masehi menurun. Cuma kalau kerajaan turut memainkan peranan kurangkan pesta2an ia akan memberi kesan yang lebih hebat lagi..

Tahun baru ini diharapkan blogger memainkan peranan dengan lebih proaktif lagi:-
1) menyampaikan ilmu
2) menghapuskan terus blog penghina Islam dengan mengambil tindakan lebih berani tampil melaporkan kepada pihak polis.
3) Meningkatkan kesedaran umat islam agar cintakan agamanya agar penderitaan Palestin turut sama dirasakan oleh kita saudaranya..bukan sekadar menangis menonton realiti tv..
4) mendidik rakyat cintakan negara dan keamanan tanpa mengira bangsa dan agama..
5) menghormati hak masing2 dan faham betul2 apa yang tercatat dalam perlembagaan persekutuan
6) Istiqamah amar maaruf nahi mungkar!!

Tuesday, December 30, 2008

Osama, ayah Pin, saifulliwat dan geng Ezam!










Setiap kali Bush menjadi tak popular dan hilang kepercayaan rakyat sendiri,ketika itu juga Osama Laden datang menyelamatkannya dengan pita video terbaru mengancam keselamatan rakyat Amerika, maka ketakutanlah rakyat Amerika lalu tak sedikit yang beralih menyokong semula Bush yang diyakini akan menjamin keselamatan mereka dengan memerangi pengganas misteri itu. Tidak sedikit umat Islam yang mengagumi Osama dan menobatkannya sebagai wira jihad menentang dajal kuffar USA. Imej serban dan janggutnya sudah menggamit imaginasi muslim dan berkata "dialah wira sebenarnya!"..Anehnya mamat ini masih tak dapat dikesan seperti dewa kerajaan langit ayah Pin yang juga akan muncul apabila ada isu2 yang cuba nak dilindungi..
Satu dunia rangkaian perniagaan ben Laden tapi Osama tetap ghaib...anak didik CIA ini masih menjadi misteri dan menjadi satu 'nas' untuk Amerika menghalalkan peperangan menghapuskan Islam...
Saiful apahal pulak? Ya...dia juga akan muncul dengan lawak terbaru setiap kali isu rakyat menekan perut Umno..lawak liwatnya yang tak laku itu tetap diteruskan juga kerana pecacai ini jenis tiada kemaluan..mungkinkah dia akan muncul dalam PRK ini? Bergandingan dengan pelawak 6 kotak dan Ayah Pin?
Siap sedia semua untuk ketawa di pesta lawak tahun 2009..!



AMK jangan ikut bodoh..


Aku sayang AMK..anak2 muda yang gagah berani menggoncang kerajaan Mahathir hingga orang tua tu sasau sampai hari ni dan AMK sejak zaman Ezam 'the six boxes man" memang hebat dalam melahirkan wira-wira pelapis seperti Ghani Haroon, SD Johari, Nadzmi Rosli, Che'gu Bard, Jonah, Fariz Musa, Nora dll (sekadar menyebut beberapa nama)..


Juga anak2 muda intelektual seperti Nik Nazmi, Najwan Halimi, Nurul Izzah,SK Chua dan lain2..




akhir2 ini agak lesu dan Shamsul Iskandar Mat Akin harus lebih progresif turun ke tanah mendepani isu rakyat dan menyantuni akar umbi. Anak muda harus didekati dan diyakini yang PKR adalah wadah masa depan. Kurangkan 'politiking' dan adu domba tak berfaedah seperti pelucutan jawatan Ketua AMK Selangor haritu sdr Halimey Abu Bakar dan Khairul Anuar (Jonah) sebagai timbalan dilantik terus oleh Shamsul mengambil tempat Halimey..AMK marah tetapi akhirnya senyap dengan dendam terbuku...




Baru2 ni AMK mencabar bekas ketua mereka Ezam mendedahkan 6 kotak yang dimomok-momokkan Ezam dulu hingga pemimpin BN kencing malam atas katil..


SUdahhh!! AMK..jangan buang masa dan jadi bodoh melayan pelawak tu dan kawan2nya..


Ezam sudah bukan lawan kita..dia sudah jadi mendiang dalam politik bersama angkatannya Ghani, SD Jo dan Nadzmi...itu yang harus kita tanam..


MENDIANG!!

mahu keluar PKR? Silakan...

Wahai MP Kapar Manikavasagam dan beberapa ahli India yang lain yang beria-ia nak keluar parti (biasa begini kalau dekat2 sesuatu pilihanraya), kamu dipersilakan keluar PKR jika:-

1) merasa PR yang baru memerintah 5 negeri dan masih belum menguasai pusat ini mengabaikan kaum India.

2) merasakan PKR bukan parti India tetapi untuk membela semua rakyat Malaysia

3) Masih memikirkan soal perkauman seperti BN/ MIC

KERANA:-

PR bukan BN,
PR bukan asyik nak pening kepala dengan isu kuil yang banyak di tanah haram
PR tidak perlukan pemimpin gelojoh dan sempit..


jika kamu rasa tsunami PRU lalu disebabkan kuasa kaummu yang menumbangkan BN
DIPERSILAKAN:-

Anda tubuhkan parti India baru atau bergabung dengan parti Nallakurap untuk memperjuangkan nasib kaummu yang kamu rasa dipinggirkan dan banyak terlibat dengan jenayah..

Kami dah 10 tahun berubah dan berjuang, telah ramai yang mengaku berjuang datang dan pergi, kami masih di sini kerana perjuangan kami bukan berlandaskan sentimen atau ketaksuban pada sesiapa..perjuangan ini untuk kami dan ALLAH!
kata William Wallace "KALAH ATAU MENANG TAK PENTING, YANG PENTING LAWANN!!"

..teman hanya akan sedih kalau Pushpa, Marvin atau Gobi yang keluar..mereka selesa jadi tenaga kerja di bawah..Marvin tak pernah sibuk nak jadi YB kerana sedar diri bukanlah seorang pemimpin dan Pushpa dah lama meluat dengan Nalla dulu dan pembelotan Nalla telah diramalkannya awal lagi.

Monday, December 29, 2008

kena halang, kena tipu dan provokasi di MALAM Anti ISA- Bdr Baru Bangi

Aku datang awal sekeluarga ke Stadium Bangi untuk mengelak kesesakan, nak cari pot baik sikit..sampai pintu stadium tak dibenarkan parking kat dalam, disuruh petugas Unit Amal parking tepi jalan untuk elak kesesakan..laa! parking dalam kawasan stadiumlah kurangkan kesesakan, parking di bahu jalan makin sesak.."ini arahan urusetia seperti yang telah dipersetujui!" kata petugas apabila aku meminta kebenaran masuk ke dalam kerana aku tahu dalam banyak kosong, aku biasa di sini..kami suami isteri bertekak sedikit dengan mereka mengatakan mengapa ada parking khas untuk vip di dalam sedangkan rakyat yang mengangkat merekalah patut menjadi vip diberi keistimewaan parking. Tanpa rakyat tiada mereka dan sebelum pilihanraya tak wujud istilah vip kerana bakal calon semua turun ke tanah, tapi dah menang tiba2 ada jurang pulak..

"Tak boleh! semua orang tak boleh parking dalam!Kakak kena tolak kerusi roda ni dari sini!" kata petugas yang tak mesra tu kepada isteri aku yang sedang menurunkan kerusi roda OKU anak aku. Pegawai polis lalu dan membenarkan aku masuk parking di dalam. Sang petugas kelu dan cuba berdalih,"laa..kalau abang bagitahu awal anak abang OKU, mesti boleh punya!"..dan memang benar, dalam ada kosong!!

..selesai bab 1, bab seterusnya terus aku kecewa sebab di poster ada tercatat yang akan hadir ANWAR IBRAHIM, HJ.HADI, SYED IBRAHIM GMI- tapi takde...aku ingatkan konsert Rock je ada tipu2 camni..huh! balik lagi baguih!!

-> Tiba2 sekumpulan NGO PEWARIS namanya datang dengan konco2 upahan membawa sepanduk berarak masuk cuba menyampaikan memorandum perihal isu babi. Tah kutu babi manalah yang dalangi semua ni,..Unit Amal dan pihak Polis menangani dengan baik agar tiada kekacauan berlaku..dan mereka keluar selepas menyampaikan memorandum kepada Mat Sabu..aku ingatkan perarakan Maal Hijarah..
........woi! isu babi tu kat Melaka selesaikanlah dengan kerajaan Shah Rukh Khan tuu..provokasilah ni!!

kami pulang dengan perasaan hangin dengan berbagai isu dalam satu malam!

Sunday, December 28, 2008

APA YANG ANDA DAPAT JIKA BELI BERITA MINGGU HARINI?

Jika beli BERITA MINGGU hari ni 28Dis apa yang anda dapat selain dari 2 mukasurat penuh warna-warni majlis perkahwinan Mawi dan Ekin?



haa..gambar Darling Ngasri berkemban macam gambar orang zaman dulu2 seperti gambar di atas..(darling sesuai hidup zaman tu)





Gambar mila dan Elyana yang sejuk mata memandang apabila bertudung..tapi kata mereka masih belum sedia dan masih belum sampai seru..mungkin dah kahwin nanti boleh pakai tudung..aku no komen, cuma bab belum sampai seru tu aku kureng setuju..sebab ajal maut pun ada seru jugak... gambar Abby yang masih dalam edah berkepit dengan lelaki lain..walau mungkin gambar tu sebelum bercerai, akhbar berkenaan perlu sensitif..




apa kejadahnya berita di bawah ni Siap warna lagi!!bahalol!!






..dan yesssssssss!! Hampir 2 muka penuh keputusan nombor ekor dan cara2 camana nak tau keputusan judi ni melalui sms..



Yahoooooooooooooo!!! Syoknya akhbar orang Melayu Islam Hadhari!!




Saturday, December 27, 2008

jakun di Madinah..

subuh di Masjid Nabawi ramainya seperti solat Jumaat..



aku dan Pak Saleh Penang. 2 anak Arab ini tiba2 masuk dan teringin bergambar bersama..

"Kita sudah sampai ke kota Madinah!"..aku membuka mata. Bukanlah tidur pun hanya sekadar ingin melupakan kebosanan merentas kegelapan padang pasir Jeddah-Madinah yang menelan masa 5 jam. 7 jam di perut kapalterbang cukup membosankan apatah lagi berhimpit2 nak melepasi imigresen di lapangan Jeddah dengan muka pegawainya yang masam dan garang memerlukan kesabaran yang tinggi bagi orang seperti aku..orang Arab memang kasar!

Pengumuman Ustaz Bis tu cukup mengghairahkan aku. Aku teruja melihat dari tingkap bas dan dari jauh aku nampak masjid Nabawi yang selalu kulihat di tv mahupun akhbar berkilauan dengan lampu-lampu indahnya..sekejap lagi aku akan ke situ? mengusap-usap dindingnya, menangis di maqam Rasul, berhimpit di Raudhah dan mengambil semangat syuhada di perkuburan Baqi'..Ah! tak sabar!!


3.30 pagi sekarang dan 8.30pagi waktu Malaysia. Singgah di sebuah pekan yang 30minit dari Jeddah tadi aku sempat meminta Ustaz Bis membelikan sim-card yang memudahkan aku menghubungi isteriku di Malaysia..Bersama rakan sebilik yang baru kukenali Hamid dan Pak Saleh kami bersiap2 untuk subuh di Masjid Nabawi yang hanya 50 meter dari penginapan kami Hilton Madeena. Bilik yang cukup selesa bertaraf 4 bintang


Melainkan Pak Saleh yang dah Haji, aku dan Hamid macam rusa masuk kampung. Teruja dan penuh anggapan Madinah adalah kota sempurna dan aman damai lagi suci!


Sungguh! tak pernah aku lihat di mana2 solat Subuh ramainya seperti solat Jumaat..Kami bercadang menziarahi tempat yang ku sebutkan tadi selepas sarapan pagi..


2 perkara melucukan aku yang seperti jakun ini:- melihat anak2 belasan tahun lelaki Arab mengorat sekumpulan anak gadis sunti Arab di subuh-subuh sapiei tu..HAHAHA!! situasi tu bukanlah asing di sini tapi apabila melihat anak2 muda dengan kayu sugi di bibir yang berjubah berserban mengorat anak gadis yang berpurdah, aku rasa janggal seperti melihat orang2 alim mengorat muslimah2 yang alim..haha! Kolot betul aku melihat perilaku melalui pakaian kebangsaan mereka tetapi menjadi alim jika berjubah di Malaysia..


kedua:- di luar masjid Nabawi riuh penjaja2 haram menjual barangan mereka seperti dalam filem Ali Baba Bujang Lapok.."dua dirham! empat dirham!"..

video

Friday, December 26, 2008

HUDUD: DENGAR SINI WAHAI DAP dan BN!!

gambar Saiful Bukhari yang menuduh Anwar meliwatnya. Bolehkah dibuktikan tanpa mengikut sistem perundangan Islam?

Sewaktu Islam memerintah pada zaman Rasulullah s.a.w sehinggalah zaman khulafa urrasyidin berapa kalikah hukuman ke atas pesalah zina dijalankan dan berapa kalikah penuduh yang menuduh tanpa bukti dihukum? jAWAPANNYA TAK SAMPAI 10 KES!!

Berapa kalikah pula dalam sejarah itu ada perompak dihukum potong tangan? Di Habsyah berpuluh-puluh kenderaan ambulan disediakan di tempat hukuman potong tangan dijalankan. Kenapa? Kerana berpuluh2 orang awam akan pengsan ketakutan melihat hukuman itu dijalankan, sedangkan yang dihukum sebaik saja diberi rawatan perubatan boleh terus pulang ke rumah menjalani hidup seperti biasa. Tidak perlu berpisah dengan anak isteri dalam penjara dan tak perlu kerajaan keluarkan belanja makanan dalam penjara. Keinsafan akan terbit pada masyarakat yang melihatnya.
Masyarakat takut melakukan jenayah, penjenayah takut dengan hukuman dan penfitnah takut dihukum jika tuduhannya palsu.
Undang2 manusia masih menggalakkan rompakan. Bayar denda saja anda bebas atau habis saja hukuman anda masih boleh menggunakan wang rompakan yang disembunyikan dulu. Yang dirompak terus kehilangan tanpa pembelaan..Sebab itu di Indonesia, mereka akan membelasah dan membunuh pencuri(maling) yang masuk ke rumah kerana jika dihantar ke polisi silap2 boleh lepas!

DAP dan parti komponen BN khususnya Umno sendiri yang beragama Islam mesti bersedia dan terbuka untuk membincangkan perkara ini bukan terus menentang. Apakah 50 tahun kita mempraktikkan undang2 manusia kadar jenayah semakin menurun?

fahamlah! hudud untuk orang Islam. Derhakalah kami (fasiq) jikalau hidup, makan-minum dan bernafas kurniaan Allah tetapi enggan menurut perintahNya yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk makhluk ciptaanNya. Peraturan ini adalah untuk manusia dan bukan untukNya kerana Dia tak perlukan apa2 dari manusia.Tidak akan selesai selagi kamu berpaling dariNya!

Apakah yang telah anda lakukan untuk membasmi jenayah? Atau kamu sendiri sanggup bersubahat dengan penjenayah?
kita duduk dan bincangkannya untuk mencari sebuah penyelesaian. Cuba kita praktikkan hudud dengan penuh keikhlasan dengan niat yang betul untuk setahun dan lihat hasilnya. Cuba dulu!!

ohoho!! takut ramai yang kena?hahaha!! itu yang sebenarnya..

tapi untuk menjatuhkan hukuman dalam menjalankan hudud bukanlah semudah itu. Banyak prosesnya yang memberikan keadilan kepada yang menuduh dan yang dituduh. Perbicaraan seboleh2nya cuba untuk melepaskan tertuduh dan jika benar sabit kesalahan barulah hukuman dijalankan..
Ahh!! terlalu panjang nanti kalau diterangkan, kita mesti sama2 mencari ilmu dan menyampaikannya kepada mereka. Yang pastinya hukum hudud bukanlah untuk menyakiti pesalah, tetapi hukuman itu digariskan Allah untuk 'membersihkan' dosa perbuatan mereka. Kamu boleh hukum pesalah dengan apa jenis hukuman tetapi belum tentu dosa itu dibersihkan Allah..Wallahu'alam!!

Thursday, December 25, 2008

bila bapa umno borek anak umno rintik!!

BAPAK besar tidur tertunduk..

anak gadis perangai buruk!

anak muda macam beruk..

kata Nazri si bapak, "ikutlah undang-undang!"



..anak Nazri kata bestnya selalu tegang macam batang seludang!



..mmmmuahh!!








Dato Onn Bapa Umno!


anaknya Bapa Perpaduan..



..cucunya bapak pondan..hik Hik!! Layaannnn!!


Tun Razak lancarkan Buku Hijau








Najib beli eurocopter untuk si baju hijau!


kata Najib "kembalilah kepada ajaran Islam!"
Isterinya Rosmah mengeratkan salur rahim dengan Pelakon Islam!


Syurga di bawah tapak kaki ibu..saya contohi ibu dan ayah saya..



"JIKA MAHU LIHAT JATUH BANGUNNYA SESEBUAH NEGARA, LIHATLAH ANAK MUDANYA!
banyak lagi gambar di sini


kemaskini: hihi!! hari ni 26 Dis..aku genap 35 tahun!! tapi semangatku masih muda..!!





PEMUDA PAKATAN RAKYAT bakal ranapkan Umno/BN


Seperti ribut, PEMUDA PAKATAN RAKYAT yang bakal ditubuhkan akan menghentam,meranapkan dan menanam UMNO/BN akan datang. Pemuda-pemudi dari parti Pakatan Rakyat serta anak-anak muda yang menyokong reformasi akan bergabung dengan satu cita-cita..KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL, SEJAHTERA DAN SELAMAT!!

Mereka hidup berharmoni mempunyai prinsip yang sama- menghormati hak dan kepercayaan masing-masing demi sebuah masa depan yang gemilang.


Pemuda dari PAS dan DAP akan terus berbincang dengan terbuka mencari sebuah kesaksamaan lalu meluaskan pengaruh mereka. Pas akan mendekati anak-anak muda Melayu dan juga umno sementara DAP kepada kaum cina dan MCA- mengajak mereka melupakan dasar pecah dan perintah yang mencipta prejudis sejak lama dahulu..

Anak muda PKR yang sinonim dengan "mencetus gelombang reformasi" akan terus melangkah memecah benteng Umno/BN yang sarat dengan korupsi. Golongan-golongan yang merasa tersisih akan didekati. Para artis dan seniman yang mula membuka mata mengintai perubahan sejak akhir-akhir ini akan terus disantuni agar sama-sama menyertai angkatan ini. Pejuang Bahasa Melayu dengan kesatuan-kesatuan Bahasanya sudah lama kecewa dengan Umno yang meminggirkan dan tidak menghormati kedaulatan Bahasa Melayu dijangka akan turut menyokong gerakan ini.


Sarawak sudah mula merasakan angin perubahan yang ditiup 10 tahun dulu. Panas angin ini sudah berjaya menyeberangi Laut Cina Selatan dan dipercayai akan memanaskan kepulauan Borneo..


ARGHH!! MEREKA SUDAH PANASSS!!

Wednesday, December 24, 2008

YB Umno kalau nak lompat PR, jangan masuk PKR!!

foto Datuk Zahar Hashim ihsan Malaysiakini

Tahniah di atas kemasukan Datuk Zahar Hashim ke dalam PAS setelah meninggalkan parti primitif Umno..alasannya Umno khianati dirinya..hihi! bukan khianati rakyat ke/ohh ye..dia pun rakyat juga..dan alasannya ialah PAS adalah satu-satunya parti 'melayu'..dan di dalam Pas dia ingin membela nasib Melayu dan bukan melayu..


laa... Pas bukan parti Islam kah?? oho..parti Melayu..apa? Melayu itu Islam, Islam itu Melayu? hihi! nak muntah..takpelah..

apa-apahal pun kalau mana2 pemimpin Umno yang dah muak dengan parti busuk lagi korup tu nak pindah, masuklah Pas kerana parti dari Pakatan Rakyat yang lain takkan marah, tapi kalau masuk PKR ke orang Pas marah sebab orang Umno ni tak bersih..Tun Mahathir Raja kerosakan dan raja fitnah tu pun masih ada ruang dalam harakah dan ditimang beberapa pemimpin Pas waktu Pak tua tu sibuk hentam Pak Lah dulu..asalkan menguntungkan Pas takpe..dalam ucapan tu Mahathir masih hentam Anwar tapi pemimpin Pas dok gelak sama dengan orang lain..


isu hudud Husam- Khairy


isu hudud yang dikecohkan semasa debat Khairy-Husam tu pun tak reti-reti lagi ke? Kerja bodoh betul..masuk perangkap lagi si Pas ni..perangkap Khairy! aku pun bercita2 hudud ditegakkan di bumi Malaysia ni dan Kit Siang tak perlu sebok2 sebab hudud ni takde kena mengena dengan orang bukan Islam, ia hanya untuk orang islam- jadi jangan sebok dengan urusan agama kami yang mana kami tak sebok2 ganggu agama kamu..lakom diinukum waliyadiin..

simple saja komen Tian chua yang aku setuju:- kalau Pas menang 2/3 tiada siapa yang boleh bantah Pas buat hudud tapi sekarang masih belum cukup..dan DAP juga tak boleh diapa-apakan untuk membina konsep malaysian Malaysia kalau mereka capai 2/3..buat masa sekarang kita saling memerlukan..

di sinilah dikehendaki 'fatonah' jika Pas ingin meneruskan perjuangannya..sebagaimana Rasulullah SAW mendampingi bukan Islam dengan berurusan dalam perniagaan mahupun mengadakan perjanjian untuk menggunakan air.Jadi masing2 perlu menggunakan kaedah berkesan yang boleh meyakinkan rakyat agar ianya diterima dengan baik .


aku setuju dengan cadangan menubuhkan PEMUDA PAKATAN RAKYAT yang menggabungkan semua parti di mana di dalamnya kesemua rakyat Malaysia mempunyai satu cita-cita- kehidupan yang adil dan selamat- tiada prasangka perkauman dan gangguan sentimen agama!

ANGKASA pun kena rompak?


tak cukup tabung haji, EPF, petronas lepas tu IJN pun depa nak rompak...kalau Jantung kena rompak mampuslah negara..itukan jantung negara..

Prof DiRaja Ungku Aziz kecewa apabila ANGKASA yang diasaskannya juga ada penyelewengan..hai!! Angkasa pun kena rompak..pengarah2 nya berelaun besar, belas-belas ribu ringgit.,

APALAGI YANG TAK KENA ROMPAK KAT MALAYSIA NI HAH!!
yang kecil merompak yang kecil hingga keselamatan kami di rumah tak terjamin..kedai aku kena rompak, kawan sekerja aku dikarate tengkuk sebelum diragut di halaman rumah sendiri, jiran aku disamun..yang di atas pulak belasah dan punggah khazanah negara..tak pertahan dan sokong lagi SETAN ni? yang nak rompak IJN tu setan gondol, penyamun dalam Angkasa tu babi!!
Aku ada buat loan Bank Rakyat tiap-tiap bulan potong melalui ANGKASA..anehnya hampir setiap bulan Bank Rakyat hantar surat kat aku sebab lewat bayar balik pinjaman..hoi!! aku amanahkan korang uruskan pemotongan yang korang simpan lama-lama duit aku tu buat apa BABI?? Kos penghantaran surat tu semua aku kena caslah bahalol!!
MARILAH KITA SAMA2 MENDOAKAN AGAR MEREKA JATUH CINTA DENGAN DUIT SEHINGGA MEREKA TAK HENTI2 MEROMPAK DAN PERUT MEREKA PECAH KEKENYANGAN!!

Tuesday, December 23, 2008

TERIMA KASIH dan TAHNIAH!!

TERIMA KASIH
- dari Pn Jun kepada tuan-puan dermawan yang telah menyumbangkan derma untuknya. Allah jua yang membalasnya kata balu Allahyarham Cikgu Rosni,ibu kepada 7 orang anak ini. Aku mencadangkan kepada tuan-puan budiman dan juga diriku agar meneruskan sumbangan setiap bulan..walaupun kecil asalkan sesuap nasi yang kita telan sebutir dua dapat jua anak2 yatim ini merasa tempiasnya...

TAHNIAH
-dari aku untuk semua tenaga produksi BukanTeater atas kejayaan teater BILIK SULIT. malam ini Selasa 8.30pm adalah malam terakhir di Bar Council belakang Central Market..

"aku rasa seperti aku yang disoalsiasat! teruskan bro Isham and gang!!

Monday, December 22, 2008

kalau anda masih belum tahu...

Rasa terpukul apabila blog mat saleh pening joerock perli kita generasi masakini yang terlupa nak ambil tahu wujudkah Pulau Pandan yang jauh ke tengah dan Gunung Daik bercabang tiga seperti yang dikarangkan pantunnya oleh orang2 tua dulu, di bawah ni disiarkan gambar Pulau Pandan dan Gunung Daik seperti yang dikatakan itu..untuk tahu kedudukannya dengan lebih lanjut sila ke http://www.ogkl.com.my/l06gnDaik.htm

terima kasih sumber ini dan terima kasih Joe!


Pulau Pandan memang jauh ke tengah

Gunung Daik bercabang tiga..

Saturday, December 20, 2008

Umno LINGKUP kalau artis sokong PR!!

isu cetak rompak dah 50 tahun tak diselesaikan oleh kerajaan UMNO/BN. Sejak zaman R.Azmi sampai la ni cetak rompak masih terus bermaharajalela. Allahyarham Nasir P.Ramlee yang baru meninggal dunia beberapa hari lalu tak berpeluang merasai nikmat kekayaan royalti hasil karya seniman agung bapanya sebab lanun punya angkara. Artis masa kini pun bagai sengaja dibiarkan kerajaan BN kerana jika cetak rompak selesai artis akan kaya raya dan mempunyai pengaruh yang lebih besar dari mereka. Di negara-negara lain pernah menyaksikan kehebatan pengaruh artis apabila berpolitik. Arnold Susahnakeja menjadi gabenor, Rhoma Irama berkempen, Iwan Fals bereformasi dan beberapa bintang Bollywood menang pilihanraya.

Artis dibiarkan lemah agar sentiasa tunduk pada kerajaan dan sering dilihat seperti mengemis dan menagih peluang dari kerajaan.
Apa yang artis nak tunggu lagi? Takut hapa? Selama ini kamu diperalatkan untuk menarik khalayak tika mereka mengadakan upacara hakikatnya kamu ditendang macam kentang! Apa Senator Jins Shamsuddin buat? Peruntukan filem Pasir Salak mana dan filemnya pun tah mana..yang ada MP Pasir Salak Six Million Dollar Man yang kuat menyalak..

blog www.pilihanrayakini.com mengatakan Anwar melancarkan strategi baru menarik artis pula..Yassin dah tak takut mengakui menyokong PKR sejak dulu lagi. Ito, Pyanhabib, Nasir Jani, Akil Hayy dah lama 'rebel' dan masih 'teguh' sehingga kini..antara yang dikatakan menyokong Anwar dan PR ialah Amy Search, Wardina, Zizie Ezzete, Ning Baizura (laa..apasal nama2 ni terdiri dari artis yang ada otak?)..so what? kan Umno ada Mawi, Norman KRU,ND Lala dan segelintir yang veteren2 tu..hihi!

Apalagii? Woi M.Nasir mana? takkan menyalak pasal perjuangan dalam lagu je?Pyan pun dah kat sini..arwah Loloq dulu antara orang kuat yang anjurkan pertemuan Anwar dengan karyawan..Kid Search pun dengar ceramah..Yusof Haslam (gerak khas), Waheeda, Spider, XPDC, Senario,Erma Fatima, cepatttt!!!
Kita perang lanun cetak rompak selepas kita perang lanun Bn yang kuat merompak!!
*gelabah punya pasal, nanti Umno mesti sergah persatuan artis buat perhimpunan berdiri teguh belakang kerajaan..hihi!


Friday, December 19, 2008

SIAPA YANG JAHAT?


Aku pun tak tahu apasallah aku hangin dengan kosmo! ni...muka depan hari ni Jumaat ada cerita tertulis tentang nafsu berahi seorang aktres..tapi muka surat di dalamnya tiada apa-apa statement dari minah ni pasal keberahian seksualnya terhadap lelaki kembar..

siapa main siapa?

Apakah Rita Rudaini kurang selesa dengan kenyataan akhbar ni atau berbangga kerana cerita nafsu berahinya digembar-gemburkan satu Malaya!

Apa jenis didikanlah yang kita dapat dari "suara kontemporari "ni yang memegang tag CETUSAN HATI NURANI RAKYAT pada akhbar rasmi mereka

Wednesday, December 17, 2008

APABILA Yang baik BODOH dan yang JAHAT bijak..



ini bukan akhbar Kosmo!........tapi Kospin! akhbar bodoh terbitan orang jahat untuk manusia bahalol!

Mengapa kita apologetik sangat? Kenapa kita tak sokong kempen boikot utusan oleh pimpinan kita?Apa yang nak kita pertahankan lagi pada sebuah akhbar yang penuh fitnah,bohong,maksiat dan dedah2, nombor ekor dan macam2 lagi??

Angkat tangan bertakbir kuat sekali, konon jihad!! tapi beli paper yang kuat menfitnah,beri keuntungan kepada mereka untuk mereka meneruskan fitnah lagi esok dan esok...HARAKAH tak baca...

jerit REFORMASI macam nak pecah tekak tapi langgan utusan yang siar tuduhan liwat. SUARA KEADILAN tak pernah tahu kewujudannya..sebab tu menggelabah cipan bila isu ketuanan Melayu dimainkan..melatah macam umno jugak?

ada satu lagi masalah- Aku pernah jumpa Ketua Bahagian dan ketua pemuda dari PR yang..alahaii!! sembang pun tahapa-hapa! isu dunia pun tak tau, isu parti pun dah basi kalaupun dia tahu..mentaliti kampungan betull!! Camana nak beri contoh dan pengaruhi orang atas pagar? TAPIIII...

Salutnya pulak, mereka ini boleh fikir mana baik buruk dan BERANI tampil tegakkan kebenaran daripada yang mengaku cerdikpandai dan faham hukum..(termasuklah kangkung di universiti, ular dalam semak di jabatan agama, korporat-keparat,teknokrat-tenuk kerat) tapi BACUL untuk bangkit sebab periuk nasi depa Tuhan BN yang kasi..

MANA LEBIH BAIK?

Tuesday, December 16, 2008

betulkah 98% penduduk Malaysia BAHALOL?

MUKA DEPAN Kosmo! Selasa 16 November

NEGARA
Ayah Pin muncul pada Aidiladha
Oleh HARADIAN SHAH HAMDANharadian_shah@yahoo.com

KUALA TERENGGANU - Pemimpin Kerajaan Langit, Ayah Pin yang kini menjadi buruan pihak berkuasa didakwa dilihat berada di perkampungan kumpulan itu di Kampung Batu 13, Hulu Besut, minggu lalu.
Menurut maklumat, Ayah Pin atau nama sebenarnya, Ariffin Muhamad, 68, dikatakan bersama-sama para pengikutnya melakukan upacara korban dua ekor lembu semasa Hari Raya Aidiladha.
Paling menghairankan, semasa upacara itu dia turut melakukan amalan pelik apabila 'menyembelih' pada bahagian ekor haiwan itu terlebih dahulu dan bukan pada leher seperti kebiasaan.
Kosmo! dimaklumkan lelaki berasal dari Pasir Puteh, Kelantan itu sebenarnya memang bersembunyi di kawasan sekitar perkampungan tersebut yang kini didiami tiga isteri dan para pengikutnya.
Pendedahan mengenai perkara itu dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Jabi, Ramlan Ali ketika dihubungi semalam.
Menurut Ramlan, beliau tahu perkara itu kerana kawasan diwakilinya terletak berdekatan dengan tempat tinggal kumpulan tersebut.
"Ayah Pin berada di situ untuk melakukan korban baru-baru ini. Dia memang ada di perkampungan itu tapi pejabat agama dan polis gagal mengesannya kerana dia bersembunyi.
"Dia ada ramai anak murid (pengikut) di situ yang boleh membantunya bersembunyi di kawasan belukar," jelasnya.
Kosmo! baru-baru ini melaporkan dakwaan mengenai pengasas Kerajaan Langit itu yang menghilangkan diri pada tahun 2005, dilihat berada di perkampungan berkenaan.


BETUUULL!!
98% rakyat Malaysia memang bangang kalau 100% percaya dengan berita akhbar BANGSAT ni!! Apasal susah sangat nak tangkap cibai tua tu?Mana pergi beratus-ratus SB (siput Babi ) yang menyelinap dalam setiap demonstrasi anjuran PR?
Mana perginya berpuluh2 trak FRU yang kepung Ijok, Permatang Pauh pada pilihanraya kecil dan tempat-tempat ceramah? Dengan Ayah Pin, tua kutuk kaki bercagu tu pun takut? Takut sebab dia pakai baju dacing?Polis pakai lambang Allah dan Muhammad tu buat hapa? Bawak pi berak dalam jamban berani pulak?Musa Hassan mana? Perangai macam buritan kapal..kalau ada telo sila HEMPASKAN jawatan IGP tu kalau anda bukan PIG?
Jangan buat berita karut sembelih ekorlah..pandai bersembunyilah...kalau camtu suruh Ayah Pin gantikan Musa Hassan sebab dia lagi terror..barulah aman Malaysia sebab semua penjahat minum air kaki dia..
ADUN Jabi pun bangang..yang tertarik dengan berita bodoh ni dan beli paper ni lagilah bangang..
BOIKOT KOSMOoooooooooooooooooooo!!!!

* SORI EMOSIONAL SIKIT..tak tahan hati aku bila tengok orang bangang cuba membahalolkan orang tolol!!

Monday, December 15, 2008

Takde Orang lain ke?

Melihat poster teater BILIK SULIT ada tertulis penerbit eksekutif..Lateefah Koya!
Lalu aku terfikir takde orang dah ke nak jadi pelapis atau mereka ini superpower yang mampu buat banyak kerja? Seorang lawyer, MPT dalam PKR, ahli majlis..wow! KENTAL!!

Aku teringat kongres haritu..Che'gu Bard jadi MC..masa Black 14 di Kg. Baru tu dia juga, jamuan rumah terbuka Hari Raya Anwar di Kg. Baru pun dia juga jadi MC?..mana orang lain? Takde ke? bukan nak nafikan Che'gu Bard, tapi hang dah jadi pejuang besar, duduk dalam MPT dan mempunyai reputasi yang baik..bagi orang barulahhh!!
Kadang2 Ginie Lim ambil alih..hmmm!!

Jonah- Naib AMK Pusat lepas tu 'rampas' jawatan Ketua AMK Selangor daripada Halimey Bakar dengan cara tak disenangi..akhirnya AMK caca-murba..marah2 tak tentu pasal..pembimbingnya takde arah..Shamsul Iskandar??.....Mat elit..(mendiang Ezam lebih baik..)

Paling haru MB Selangor punya Setiausaha Politik iaitu Nik Nazmi..laa! Takde ke budak AMK sama bijak dengan dia? Bagaimana dia nak buat kerja SetPol sebab dalam masa yang sama dia ADUN Setiajaya?...

APAKAH MEREKA MEMANG HEBAT ATAU ITU SAJA YANG ADA? ATAU ORANG LAIN TAK DIBERI PELUANG SEBAB TAK MAHU KENAL DAN CUNGKIL POTENSI MEREKA?

PATUTLAH RAMLAN NAK BERBOGEL..KORANG TAK KASI DIA..KALAU TAKDAPAT GAK TONTON TEATER BOGEL ANJURAN ,ARAHAN DAN LAKONAN DIA ANAK BERANAK...

DONGENG HARI INI UNTUK ANAK CUCU MASA HADAPAN..

gambar Dewa Ayah Pin (bukan Ayappan) yang penuh kesaktian menawan kerajaan langit hingga kerajaan UMonyetNO/Bebal Nasional tak upaya menangkapnya

sebelum ada tv, video, wayang apatah lagi internet, penglipur lara akan menghiburkan rakyat dengan cerita2 mereka. Mereka mengembara dari satu desa ke satu desa mengambil upah bercerita akan kisah2 lama, sejarah dan hikayat2. Cerita mestilah sedap agar audien terhibur dan berpuas hati lalu merasa berbaloi dengan bayaran yang mereka keluarkan..

tradisi ini mesti kita teruskan walaupun dunia telah dilambakkan dengan teknologi maklumat terkini kerana cerita dari mulut ke mulut lebih berkesan dan mesra rakyat.

HIDANGKAN ANAK CUCU KITA NANTI DENGAN HIKAYAT:-

1) Tilam 'terbang' ke mahkamah menjadi saksi kes liwat (menggantikan hikayat tikar terbang Aladin)

2)Sekumpulan 'pemberontak' profesional merompak senjata tak sampai 30minit tapi berlatih di kebun durian Bukit Jenalik, Sauk macam bebudak main combat-combat.

3) Kisah seorang 'mamat' terlepas dari dituduh membunuh Norita gadis Melayu cantik di kondominium. Yang mati dah mati dibunuh, tapi pembunuhnya tiada..(macam kisah novel Nancy Drew- Enid Blyton)

4) Kisah ajaib nama gadis Mongolia lenyap di imigresen dan dia pun lenyap...apa sebab dia datang sini dan apa sebab dibunuh menjadi misteri..

5) Kisah HARRY POTTER Malaysia- Ayah Pin yang bikin orang minum air basuh kaki cekamnya dan hingga hari ni boleh bebas tersengih2..kesaktiannya menakluk kerajaan langit dengan hanya memakai t-shirt lambang dacing mesti diperbesar2kan

6)kisah superhero ala superman- ANWAR YANG KAKI GODA ISTERI ORANG, MELIWAT ANAK2 MUDA YANG GAGAH PERKASA, ULTRA MELAYU, FUNDAMENTALIS ISLAM, PRO CINA, HERO TAMIL, AGEN YAHUDI, AGEN CIA, AGEN AL QAEDA..dll..

ada lagikan? lu fikirlah sendiriiiiii..........

Sunday, December 14, 2008

TOLONG KELUARGA INI...


Ini gambar kawan aku Cikgu Rosni Mohd Ali..pengalaman 18 tahun mengajar jurusan vokasional kursus KIMPALAN dan FABRIKASI LOGAM telah melahirkan tak kurang 350 anak bangsa dan seagama berkemahiran 'welding' dan mengecat kereta. Seperti entry sebelumnya yang telah aku ceritakan, seorang pelajar asrama telah memecah masuk ke rumahnya yang ada anak dara sunti telah menaikkan kemarahannya. Gagal mengawal kemarahan ketika mendenda kebiadaban budak itu, Rosni tumbang akibat pendarahan di kepala dan menghembuskan nafas terakhir pada usia 41 tahun.
Balu dan anak-anaknya (yang sulung lelaki kini di politeknik dan 6 lagi perempuan berumur 2-17 tahun) kini menetap di kampung mereka Tenggara, Johor. Allahyarham sudah dapat ijazah tetapi meninggal dunia seminggu sebelum temuduga pelantikan guru siswazah maka isterinya hanya dapat pencen RM1200 saja..
BAGAIMANA kalau hari ini kita meninggal dunia? ISTERI DAN ANAK-ANAK KITA sudahkah disediakan secukupnya bekalan dunia dan akhirat?
Sudah tentulah bebanan balu Allahyarham iaitu Kak Jun amat berat untuk mencari perbelanjaan persekolahan untuk anak-anaknya apatah lagi kos kehidupan di Johor amat tinggi. Allahyarham Rosni adalah anak tunggal.Anak-anak yatim ini tiada bapa dan ibu saudara sebelah arwah bapanya untuk membantu mereka..AYUH! Kita panjang2kan berita ini dan sudilah hulurkan sumbangan kalaupun tidak menghormati jasa seorang guru mencurah bakti untuk agama, nusa dan bangsa kenanglah tujuh anak yatim yang pergi ke sekolah tahun depan dengan serba kekurangan..kita semua bersaudara!
Sumbangkan terus ke akaun Maybank Pn Junaidah Mamat 156114191509

Saturday, December 13, 2008

bila Beruk Nasional gelabah...

gambar hiasan- ULAT BULU..takde kena mengena dengan Najib..laa! apasal korang gelak?

TERENGGANU akan dapat semula royalti minyak 400juta? woooooooooww!!

aku teringatkan beruk2 di pokok jambu. Kita nak minta buah tu elok2 dia tak bagi. Siap tonggeng punggung kat kita lagi. Tapi bila kita pakat2 baling dia dengan kayu atau nak gergaji tumbangkan pokok, kelam kabut dia lontar kita dengan jambu2 tu...

TERUSKAN MEMBALING BERUK-BERUK TUU...akhirnya nanti dia akan cabut lari tinggalkan pokok tuu..

*pengumuman tu Najib yang buat. Tengok berita tv malam ni..biasaklahh..pilihanraya kecil punye pasal...

Thursday, December 11, 2008

FBI gagal tandingi PDRM!!


sebelum baca..ni ada IKLAN.
akhbar Kosmo! Online hari ni ade cerite budak nak jadi Pamela Anderson..BODOH punye akhbar!! Pam tu model majalah lucah dengan rekod tukar2 kekasih dan punai berkali2..budak ni korang nak jadikan mangsa ke?akhbar kau standard "Playboy" ke?bodoh!! carilah idola yang mengangkat martabat muslimah!!

BENAR!! Ini bukan FBI tapi PRDM (aku tak salah eja!)..

Kehebatan mereka mengawal dan memantau jenayah ibu kota dengan kaedah begini dijangka akan dapat mengatasi masalah jenayah yang semakin meruncing pada masa kini.

rondaan helikopter setiap masa sekerap patrol car..


memasang alat pendengar dan kamera bersama pegawai pengintip dari atas menara tertinggi di satu-satu kawasan..

Pegawai yang cekap..

cepat, mesra dan betul..



menjunjung perintah Allah dan Rasulullah SAW seperti yang tertera pada lencana

efisien dan prihatin!


great teamwork...


BERANIKAH penjenayah beroperasi kalau gerak-gerinya sentiasa diperhatikan?


Ohhh TIDAK! TIDAK!TIDAK!

Gambar ni aku ambil sewaktu Protes Harga Minyak di Stadium Kelana Jaya 6 Julai 08..appa punye bodohlahh pihak polis diperkudakan Bn..nak pantau pi masuk jelah stadium.yang susah2 pi panjat bangunan Glomac yang setentang stadium tu jadah hapa? BUANG MASA, BUANG KARAN DAN BUANG DUIT!!


lu ingat lu Al Pacino dengan Robert deNiro tengah ngintip penjahat ke? Ketua koranglah yang jahat..macam cerite polis2 dalam filem Tamil tu..






















WOI DUBUK MALAYA! SUDAH-SUDAHLAHH!!

AKU SELAKU WARGA MALAYSIA DENGAN TEGAS DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH MENYERU KEPADA DUBUK2 RAKUS AGAR MEMADAMKAN SEGERA CITA2 MENJAHANAMKAN BUKIT-BUKAU DI MALAYSIA DENGAN PROJEK JUTA BILLION BANGSAT KAMU!!!

Jangan rosakkan alam ini demi kepentingan poketmu..Tak kira kamu Melayu, India, Cina atau babi tak berbangsa HENTIKAN SEGERA!! Cukup sudah apa yang berlaku semalam!!

Ingat tak ada dubuk yang berura-ura nak pindahkan gedung ilmu Universiti Malaya sebab air liur dia menjelejeh-lejeh terliur akan keuntungan projek mega kalau dimajukan di situ..Pernahkah anda dengar ada kontraktor anak watan mereka sendiri nak pindahkan Universiti Al Azhar atau Oxford sebab nak buat kondo kat situ?
Tak gamak depa nak hancurkan pusat ilmu yang beratus tahun terdiri di situ..


Karam Singh Walia pernah meninjau di sini tapi projek ni masih berjalan tak karam-karam .Kenapa?

Bangau oh! Bangau!.. PBT kata lesen Kerajaan Negeri kasi..Jabatan Alam Sekitar pun buat tak reti..siapa punye projek ni??

habuk kuari menggugat kesihatan penduduk berdekatan..




belasah beb selagi bolehh!! harta bapak korang punyee!!