Sunday, January 18, 2009

Mereka yang dah nak mampus..(Satu lontaran untuk anak muda Malaysia!)

JANGAN BIARKAN ANAK MALAYSIA INI MEMIKUL SENJATA KETIKA DIA PATUT BERMAIN DAN BERSERONOK!
gambar hiasan - sewaktu demo anti Israel di kedutaan Amerika tempohari

Politikus usang itu sudah hampir mampus dengan indoktrinasinya..dengan ideologinya. Mereka sudah habis 'gas' kerana tempoh luput "kasihan" dari Tuhan semakin rapat. telah banyak petunjuk diberi untuk mereka insaf tetapi kebebalan dan keangkuhan membutakan perut mereka..mereka semakin panas dengan dosa sendiri..

Ayuh! anak muda Malaysia,


giliran kita sekarang. Kata pujangga dunia ini adalah untuk orang muda! Corak apa dunia ini ditentukan oleh anak muda! Sukarno perlukan orang muda untuk menggegarkan dunia, bukan orang tua!


Orang tua dihormati kerana ilmu dan tawadhuknya, bukan umurnya..bukan kerana ia tua maka wajib kita menghormatinya, orang tua yang tiada masa depan harus ditunjukkan jalan ke kubur!

Pujangga juga berkata kalau mahu lihat masa depan sesebuah negara, lihatlah anak mudanya!! Kita akan maju seperti zaman pemerintahan Khalifah Sayiddina Abu Bakar r.a jikalau anak mudanya seperti Ali Karamallahu wajha, akan tetapi pemerintahan Ali runtuh kerana anak mudanya seperti Yazid dan pencetus sengketa Karbala!

Ayuh! Anak muda Malaysia..hentikan lagha! Kita berdiri dengan nafas lega di sini kerana nenek moyang kita memerdekakan tanah ini, menjadi jihad bagi kita membunuh kezaliman di muka bumi leluhur ini untuk anak cucu kita!





Bangun!


bunuh rasuah! bunuh penindasan!


Ibnu Khaldun berkata tamadun sesebuah bangsa akan musnah jika pemimpinnya mengepung harta benda untuk kelompok mereka saja



Kitalah pencoraknya!!

TAKBIIIRRR!!!
R-E-F-O-R-M-A-S-I!!

2 comments:

Unknown said...

Ya, bangkitlah dari tidurmu, sadarlah dari lenamu. Masa depan negara menunggu mu. Kaulah pencorak segala!

Anonymous said...

Salam KS,

Mana pemuda itu?
Nun seperti ayam mengelepar dengan jarum suntikan
Mana pemuda itu?
Nun ditengah malam bersama pemulas motor merempit
Mana pemuda itu?
Nun di disko-disko khayal dengan parti gay
Aku takut nanti tersipu malu
Bendera perubahan di bawa oleh pemudi-pemudi.
Alahai pemuda yang bangsanya Melayu