Monday, December 8, 2008

AWAS!! DISEMBER memang bulan BALA BENCANA?

AKU BUKAN FORTUNE TELLER, NUJUM PAK BELALANG, TUKANG TILIK YANG TAK MAMPU MENILIK AJALNYA SENDIRI!! bukan bukan bukan!!

Menurut rekod- Ribut Gregg di Sabah dulu berlaku pada penghujung tahun, juga gempa bumi di Turki, paling ajaib Tsunami di Aceh berkongsi tarikh 26 Dis bersama Gempa bumi di Bam Iran (selang 2-3 tahun di antaranya)..sehari dua ni tanah runtuh berlaku hingga mengorbankan nyawa..Manusia biasanya akan beringat waktu itu sehingga Malaysia membatalkan perayaan besar-besaran menyambut tahun baru dan juga Pesta pulau Pinang selepas tsunami..tapi bila dah takde ape2 berlaku kita kembali begini.huha-huha.. bagai Tuhan bukan esa..ataupun macam Dia takde.."kita tidak belajar apa-apa" kata Musa Hitam yang kehilangan Carlos, anaknya dalam tragedi Highland Tower..

Mengapa berlaku bulan Disember wallahua'lam...walaupun banyak dikupas oleh ulama2 tak kira ulama politik atau ulama ikhlas ataupun ulamak nasi lemak apatah lagi ulamak yang fullamak! (gurau..takkan takleh gurau..amboi!! sejak bila korang serius sangat..hihi!)

Mesejnya ialah kita mesti belajar dari sesuatu peristiwa/musibah..menginsafi dan bertindak..

*selain tsunami dan gempa bumi 26Dis tu, sejarah sedih pada tarikh yang sama ialah kembalinya Allahyarham pak mertuaku 9 tahun dulu dan...........tarikh itu juga adalah hari lahirku..(another kind of Natural disaster?)

3 comments:

matcomot said...

dan kebanyakan ribut bernama seorang wanita.......

ISA said...

Yang pastinya bukan ribut yang bernama "Altantuya" ya...

~PakKaramu~ said...

Salam

Memang ada orang yang bernama ribut sehinggakan ribut yang benarpun di kaitkan dengan sikap seseorang yang berperangai ribut