Thursday, April 30, 2009

perutusan 1 mei

selamat hari pekerja..
selamat cuti bekerja
jangan bekerja kecuali mengerjakan dan dikerjakan!

aku mahu jadi macam dia!


aku mahu jadi macam dia,
bebas ke sana ke mari tanpa didetect oleh mesin scanner dan radar liputan pihak berkuasa,
ada mukjizat berbini empat: ada penjilat sisa air basuh kakiku
khabarnya dengan menepuk bahu sang pesakit bisa sembuh dari demam
alangkah
alangkah bestnya isra' dengan kapcai dari narrathiwat ke kelantan
terus mikraj ke kerajaan langit
aku mahu jadi hebat macam dia
ada mukjizat tak dapat dilihat mata polis dan sb
aku mahu jadi macam dia
ayah Pen drive!

Wednesday, April 29, 2009

perihal BABI dan MEE CELUP dalam PAS

Satu dunia kecoh pasal selsema babi. Kita pun menggelupur. Salahkan sana-sini, Mexicolah- babilah..tak sedar kita pun penternak babi terbesar di dunia..

Sebab tulah babi ni haram pasal banyak masalah, nak mansuhkan tak bolehlah..bukan kerja kita nak lawan Tuhan mau kasi mansuh itu babi..tapi kawallah!

Dalam satu seminar, aku diberitahu hampir semua kandang babi sama ada yang haram atau halal (hehe) terletak di tepi sungai. Taiknya masuk sungai dan air sungai pun mengalir dalam paip rumah kite..Pembentang seminar ni kata sewaktu dia melawat loji rawat air di Ijok, dia dapat melihat air dirawat dibubuh kimia untuk membersihkan semula air.. Orang yang memasukkan klorin dalam air berpakaian seperti angkasawan kerana klorin tulen jika kena tubuh bahaya!
Setelah dirawat dan dibubuh klorin didapati kuman dari babi TIDAK juga mati dan ia sampai di dalam paip rumah kita. Jika paip rumah kita tak pakai penapis ia akan lolos dan kita akan meminumnya..Wau sedap!! (kuman babi sebesar 1.5 mikron, so kalau filter kecil dari ukuran tu, cacing ni tak lepas..dan sekelepuk taik dari seekor babi bersamaan hampir seribu orang punya taik..cehh!! Bila kerajaan Selangor nak kumpulkan babi pada satu tempat dengan penjagaan berteknologi Jerman yang selamat dan bersih, ramai yang bantah!!
Nak berpolitik pun janganlah sampai bodohkan orang macam kamu yang memang bahalol , ceritalah benda betul, BABI betul korang ni!!


Mee Celup
ni istilah baru oleh Nik Abduh yang mengatakan dalam PAS ada 'mee celup' yang belajar agama celup-celupan telah menghasut bapanya agar menentang KERAJAAN PERPADUAN Umno-Pas. Yang belajar agama hebat dia kata "mee Goreng" lalu ditempelak Ir Khalid Samad yang mahu Nik Abduh jelaskan siapa yang menghasut tu..jangan 'goreng' lama sangat dalam kuali nanti hangus!!
Teman maleh nak layan isu menggelarkan orang lain lebih jahil atau melabelkan diri lebih beriman dari orang lain sebab teman dalam kategori char kuetiow kah! kah!
Cuma kepada mee-mee celup, mee goreng, mee segera, mee rebus dan mee udang dengor sini kulupsakah nak geromal..
Ingat dak dulu sewaktu PAS ditanya mengapa pindah ke bangunan di tengah KL berdekatan Lorong Hj Taib tempat pelacur, pondan dan mak nyah menyundal?
Kata salah seorang mee udang, antara misinya ialah nak dakwahkan juga "darai-darai" tu..
KAH KAH KAH! Dah berapa tahun dah ni? Mana ketua Dakwah? Tunggu apalagi? Jangan tahu baling botol kat Carburetor Dung je..pi lah dakwah..
pusing-pusing pun lebih kurang puak gerombolan juga.. apa cerita Adun yang tinggal anak bini tu? Mee siputkah dia?
Ustaz yang dikecoh menikah dengan artis perempuan bertudung tu apa cerita? Nikah ke dak? Sampai bila tak nak jawab? Dulu masa ceramah habis artis dilibasnya, la ni cuba bagi satu jawapan yang tak boleh membuat orang berprasangka..
nikah atau dak?
kulupsakah- mesti teman kena libas dengan mee hailam lepas nih..tapi takpelah sebab teman char kuetiow!

Tuesday, April 28, 2009

kabinet bayangan

Persidangan serius para cendawan dan think thanker untuk membentuk kabinet bayangan sebagai alternatif kepada kabinet yang dah reput dimakan anai-anai..



keputusan dibuat dan resolusi dicapai-
kabinet lama diganti dengan KABINET BESI!
gambar ehsan blog abdullahjones

surat terbuka untuk KDN, Kementerian Wanita, Kebudayaan dan Kesenian, kumpulan Utusan.

Kepada,
Menteri KDN,
Menteri Wanita ,
Menteri Kebudayaan dan Kesenian,
Jabatan Perdana Menteri,
Kumpulan Utusan 28 April 2009

Bismillahirrahmanirrahim,

Dengan rendah diri saya ingin meluahkan rasa kesal kerana majalah Mangga terbitan Kumpulan Utusan keluaran Mei 2009 amat menjolok mata dan sangat lucah muka hadapannya apatah lagi ia digayakan oleh artis-artis yang beragama Islam.
Saya berpendapat tidak ada satu inci pun alasan dari segi syariat untuk menghalalkan bergambar begitu.
Saya berharap majalah yang mempunyai ramai pengikut ini memainkan peranan yang lebih aktif untuk menyuburkan budaya ilmu kepada para pengikutnya dan jauhkanlah dari menjadi agen maksiat.
Sama-samalah kita berusaha memainkan peranan membentuk masyarakat yang bermoral dan sopan.

Saya memohon maaf jika nama-nama kementerian tidak lengkap kerana saya tidak sempat menyemaknya kerana berasa terpanggil untuk terus menulis.

Sekian, terima kasih.


kiriman,
Kulupsakah

Pameran TETEK dan PEHA budak Melayu! GEMPAR!!

"Apabila tetek-tetek beratur dan disusun di tepi kolam untuk menguji darjah keputihan dan kemontokannya, maka terpancutlah keghairahan dari cendawan-cendawan muda!"

"Hey Kulup! Kamu mencarutkah? Sungguh tak bermoral kamu!!"

"Eh tidak cikgu! Saya tidak mencarut, saya hanya menterjemahkan dalam bentuk perkataan apa yang saya lihat dari majalah ini!" Salahkah atau lucahkah?"



"Oh maafkan cikgu Kulup! Kamu tidak salah dan kamu betul! Cikgu adalah peminat setia majalah ini kerana ia mengangkat martabat bangsa cikgu yang menjadi tuan di negara tercinta ini. Eli Wong tak bermoral kerana gambar tidurnya yang seksi dicuri ambil ketika sedang tidur tetapi gambar pusat Islam ini diambil dalam keadaan sedar, dalam sejuk air kolam.Ia sangat berbeza."
"Majalah ini disanjung NGO pejuang2 Melayu, diluluskan Kutu Dan Nyamuk (KDN), dipuji oleh Kementerian Wanita kerana mengangkat dan menyelak martabat wanita dengan lebih tinggi."
Menteri-menteri agama seperti Dr Mashintosh, Ustaz Meja Besar Jamil Khir dan juga Mufti Harussanasini mengatakan jika darurat ia harus dibaca berbanding Harakah, Suara Keadilan kerana majalah ini tiada unsur fitnah, adu domba dan menghasut." Ia juga berfungsi sebagai katalog barangan spare part untuk Datuk-datuk dan VIP yang lain.
CEPAT DAPATKANNYA KERANA KELUARAN HADAPAN MAJALAH INI AKAN MENUKARKAN NAMANYA DARI "MANGGA" KEPADA "BETIK" KERANA BETIK LEBIH "BESAR", "MENGKAL", "MANIS" DAN "BANYAK AIR"

EKSKLUSIF! Poster calon-calon PRK Penanti!!



ilustrasi ronasina

kah kah kah!

Monday, April 27, 2009

3 jejaka bikin gemparr!!

Ahad malam 25 April lalu di malam Pentas 152 anjuran bebudak Anwar Ibrahim Club memang hangat beb!!

Gua tak mau cerita pasal Amanat A. Samad Said 'ikon' baru anak muda pencinta Bahasa Ibunda kerana A. Samad Said seperti kata Rahmat Haron tak perlu buktikan apa-apa lagi. Duduk sebagai penasihat sudah cukup. Dia legenda dialah wira! Kita anak mudalah penyambung perjuangan ini. Juga Hasni Abas, setiausaha GMP yang geram nak baling kasut kat Madey si pencetus PPSMI.

Persembahan spontan baca puisi melalui 'handphone' oleh Pyanhabib toksah ceritalah..Anjing dan babi tersedak-sedak dibuatnya!
Rozan pun sedap. Budak pompuan yang berlagak seperti tukang karut dengan iringan muzik 2 kawannya pun bikin panas.

Tapi....
persembahan Black, Meor dan penyanyi latar Rahmat Haron bikin gempar! Lepas tu Black dan Meor pulak back-up Rahmat Haron baca sajak..POWER!!!
Black nyanyi lagu "Burhanuddin Helmi", Meor bantai lagu "I.S.A".. diiringi 2 penyanyi latar yang over- Rahmat dan Kulupsakah. Aku rasa nak terbang bila depa bantai lagu Syuhada Memali. Dzauk dah sampai, tali penyangkut gitar Meor tertanggal, Black hampir putuskan tali gitar, Rahmat menari ketipang payung..hahaha!!

Penonton ke meja menjual cd Black dan Meor. BRAVO!! Kutipan malam tu untuk dana album DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT Meor mencatat RM89.00..teruskan menderma!!

Ramai mencari album mana yang ada lagu Memali tu, awek yang jaga meja jualan CD Meor dan Black kata album tu belum dirakamkan dan diperlukan dana untuk menerbitkannya. Sekali lagi diulang- teruskan menderma dan sekali lagi diulang awek tu bini aku!!

Promoter Syafiq Sunny bagus, tak kencing..bayar cash selepas show!
Dan Rahmat bersungguh-sungguh menghabiskan duit membelanja kami makan malam tu. Yang kaya tetaplah mamak restoran..

hahaha! next project pleasee!!

petisyen menyokong Tun Mahathir bertanding di Dun Penanti!

Untuk membuktikan dia masih relevan dan berpengaruh ataupun dia adalah penasihat Najib, Mahathir mesti, wajib, must, bertanding di DUN Penanti pada PRK ini!!

wajib!!

Untuk meneruskan PPSMInya, untuk meneruskan projek jambatan bengkoknya...

Untuk membina satu lagi tugu cinta ala Taj Mahal kepada kekasihnya Hasmah..
Dia dah bina satu tugu cinta..KLCC (berbentuk huruf H iaitu Hasmah)..

Yuh Madey kita berdangdut!

dangdutdangdutdangdutdangdut!!

Sapa setuju sila bunyikan Hon dengan menggayakan karektor hidung besar kartunis Zunar!

PONNNNNNNNNNNNNNNN!!!

"Jesus sayang kamu Kulup!"

Awal pagi tadi (sangat awal) Joseph meneriakkan namaku dari atas motor vespa tunggangannya meminta sedikit ruang masa untuk berbual denganku. Aku yang pertuturan Bahasa Inggeris tidak sebaik tulisanku dalam bahasa itu lebih banyak mendengar dan hanya sesekali menyampuk.

"Ingat tak sembang-sembang kita Sabtu lalu?" tanya Joseph. Ya, kami berbincang pasal zakat. Bagi Joseph yang Kristian tetapi mengiktiraf dirinya Jesus Muslim menghuraikan bahawa zakat bukanlah sekadar mengorbankan harta berbentuk material tetapi harta bermaksud sesuatu yang berharga seperti masa, nyawa dan hati demi kebaikan ummat. Zakat bukan untuk Tuhan kerana tuhan maha Kaya dan tidak memerlukan itu tetapi untuk ibadah diri kita sendiri dan insan lain.

"Semalam telah berlaku sesuatu yang ajaib (miracle) kepada saya. Terima kasih Kulup kerana membuka ruang untuk saya lebih memahami 'apokalips' dari Tuhan."

Wang Tuhan dan pengemis Islam
"Saya selalu memperuntukkan sedikit wang dari gaji saya untuk dizakatkan kepada gereja selepas ditolak semua keperluan bulanan saya. Bulan ini saya berzakat sebanyak RM262.00 dan saya mengisi wang itu di dalam envelop. Sewaktu di gereja selepas upacara sembahyang, pemungut akan 'round' untuk kutip zakat. Saya yang menyelitkan envelop di celah Injil terkejut kerana mendapati ada RM262.00 di celah helaian tersebut. Saya cuba membelek envelop yang saya yakin sudah pun saya isikan wang berjumlah tersebut di dalamnya tetapi tidak sempat membeleknya. Apabila pemungut itu sampai saya menyerahkan envelop tersebut. Kerana tak sedap hati, saya menunggu sehingga habis upacara dan mendekati mereka yang sedang mengira wang kutipan. Mereka membenarkan saya memeriksa envelop saya sendiri dan saya dapati jumlah RM262.00 ada di dalam envelop tersebut. Duit siapakah yang mempunyai jumlah yang sama di celah Injil saya itu?
Serta merta saya teringatkan kata-kata kamu bahawa apa yang kamu beri akan diganti Tuhan bahkan melebihi dari itu jika hati kita benar2 ikhlas."
"Di luar gereja saya terlihat seorang lelaki berpakaian koyak-rabak meminta sedekah. Hati saya sangat kasihan dan saya telah membelanja dia makan. Lelaki itu berkata dia sedih kerana orang Islam tidak membantunya tetapi saya menjawab jangan berfikiran begitu kerana rezeki Tuhan yang beri melalui seseorang yang tak kira apa jenis bangsa dan agama. Manusia hanya perantara saja. Terdetik juga apakah ini Malaikat yang cuba menduga saya atau memang benar manusia. Ah! Tak kisahlah!"
Jesus sayang Kulup?
"Selepas peristiwa itu saya entah kenapa asyik teringatkan kamu dan suatu ilham telah datang dalam benak saya, mungkin Jesus yang berbisik..mengatakan Dia sayang saya dan kamu Kulup! Jesus sayang kamu! Dia kata kepada saya Dia akan buka pintu langit dan curahkan kepada kita berdua dan limpahan dari kita akan turut dinikmati insan lain."
"Atas sebab itu nah! Ambillah pemberian dari saya ini!".. Joseph memberikan envelop yang bertulis "Jesus loves you, Kulup!".. "Opss! Jangan fikir apa-apa! Ambil saja! Ini pemberian Tuhan, saya hanya perantara..
Aku mengambil dan menganggapnya dari Tuhan dan akan memulangkan kepada Tuhan juga. Aku dapat melihat sekeping not RM5o di dalamnya.
"Eh Kulup! Ingat tak lagu "zakat" yang saya ciptakan dulu. Nah ini ada cd yang di dalamnya ada suara saya mengalunkan melodinya dan ini liriknya. Saya mahu kamu menyusun muziknya, gubahlah sesesuai mungkin. Apabila siap nanti, saya berhajat mengedarnya kepada kawan-kawan saya untuk menyanyikannya.." Joseph berkata dengan girang.
Aku melihat Joseph berlalu dengan vespanya sehingga kelibatnya menghilang. Kemudian aku merenung envelop berisi duit. Aku melihat pula cd dan lirik tersebut. Nampaknya kena cari MeoN dan Niki untuk menyusun lagu ni...

Saturday, April 25, 2009

DULI YANG MAHA MULIA dah dimansuhkan?


aku terima e mel ini:-


Rabu (15 April 2009)


Yang Berbahagia,
Tuan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan,
Wisma Negeri,Jalan Dato' Abdul Malek
,70503 Seremban.


Yang Berbahagia,
Perkara:- BAHASA ISTANA (DIRAJA) HAPUS
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Saya, Raja Mohd. Yusof bin Raja Othman k.p No: 370404-10-5297 dengan segala hormat dan rendah diri ingin tahu iaitu "Adakah Peraturan Baru terhadap bahasa atau ungkapan lama di raja betul-betul dihapuskan? (Bersama ini saya kepilkan fotostat keratan akhbar Berita Harian, Jumaat 18 Jun 1993).Saya rasa peraturan ini adalah ekoran dari "pindaan undang-undang Perlembagaan 1993" yang mengenyahkan Imunity Raja-Raja Melayu.Saya mempunyai asas di raja di dua buah negeri iaitu Selangor dan Negeri Sembilan dan asas ini boleh dirujuk di Arkib Negara Malaysia serta tercatatnya dan direkod dalam Jilid- jilid "Hari Ini Dalam Sejarah" ISSN 0127-0486 1980-1981, malangnya Hak asasi Warisan/Pusaka Diraja saya ditindas dalam negara yang merdeka oleh pihak-pihak yang berkepentingan.Oleh itu saya harap "Peraturan Bahasa dan Ungkapan Diraja" ini bukan sahaja dihapuskan malahan Institusi itu sendiri turut sama barulah Pindaan Perlembagaan 1993 terlaksana sepenuhnya.


Sekian, terima kasih dan Wassalam.



Adalah saya yang benar,


(tandatangan)

RAJA MOHD YUSOF BIN RAJA OTHMAN
(370404-10-5297)


Salinan kepada:-Yang Amat Berhormat,
Dato' Menteri Besar,
Negeri Sembilan.


Yang Berbahagia,
Tuan Setiausaha,
Dewan Keadilan dan Undang,
Negeri Sembilan.
d/a istana hinggap'
JALAN ISTANA,
70500 SEREMBAN


Yang Berbahagia,
Arkib Negara Malaysia,
JALAN DUTA,
50568 KUALA LUMPUR


Tel no 03-79605325
(Tuan Haji Sidek bin Jamil)
(Ketua Pengarah)

Friday, April 24, 2009

dia Jesus Muslim!

Bersembang dengan Joseph kadang2 lebih bermakna dari bersembang dengan rakan seagama yang lain. Biasalah di tempat aku ni, kalau dok bersembang takdak cerita lain, cerita kereta, motor- hantu, pancing ikan..
hisyy! Rimas!
Aku tak pernah dapat cerita agama dan kupasan dari 'kaca mata' kita warga marhaen di kedai kopi. Bagi kita, agama bukan taraf kita nak bicarakan, kita tak layak dan agama hanya untuk orang2 berkosmetik dan berketrampilan ala alim saja yang boleh berlabun.

Dengan Joseph yang dah berusia 55 tahun syok! Dia tahu isi Al Quran dan sejarah nabi-nabi.

"Agama di Malaysia telah menjarakkan hubungan antara kaum kerana kelihatan agama adalah milik peribadi sesuatu kaum. Melayu mestilah Islam dan kalau nak masuk Islam kena jadi Melayu. Begitu juga Hindu dengan orang India dan Cina dengan Buddha". kata Joseph.

"Muhammad dulu bergaul dengan berbagai kaum dan agama ketika berdagang. Siapa yang bagitahu Abu Talib bahawa Muhammad akan jadi Nabi apabila dewasa? Seorang pendita Yahudikan?" kata Joseph lagi." Macamana dia tahu? Berdasarkan ilmu dan amalan yang dipraktikkannya lalu Allah memercikkan ilham kepadanya. Bagi saya, orang yang tak percaya Tuhan adalah sesat dan akan dihumban ke neraka. Tetapi yang percayakan Allah akan ada tapisannya oleh Allah di tahap mana keimanan seseorang."

"Benar," kataku. "Nabi pun berkata bahawa baginda sendiri tidak akan masuk ke syurga kerana amalan yang dibuatnya tetapi sebab seseorang itu ke syurga adalah apabila Allah 'redha' ke atasnya. Amal ibadah adalah kewajipan kita ia bukan penentu kerana Allah yang lebih mengetahui sejauh mana keikhlasan amal ibadah itu sehingga DIA redha akannya. Kalau banyak amalan tapi ada sekelumit riya' ia akan binasa!".

"Disebabkan orang sekarang asyik berbalah pasal agama dan mengakui Allah hanya milik golongan tertentu saya telah mengambil pendekatan baru. Saya percayakan Isa dan saya percayakan Allah, Saya percayakan Muhammad dan Al Quran. Cuma saya tak ikut syahadah itu kerana saya mengikut Isa. Saya teruja apabila Al Quran mengatakan bahawa Isa Al Maseh akan turun pada akhir zaman membela kebenaran dan saya percaya segalanya akan terjawab waktu itu."

" Kulup, saya menggelarkan diri saya seorang Jesus Muslim!" .

Masyarakat Penyayang? Piirahhh!!

kereta2 lembu parking tempat OKU


Kempen Masyarakat Penyayang yang pernah dijalankan bukan saja gagal tapi hampeh lagi menghampehkunyitkan!! Masyarakat Penyayang adalah dongeng komik seperti kisah-kisah duyung dan naga yang pernah kita dengar.




Karpal Singh terjatuh di mahkamah sebab laluan pejalan kaki di Malaysia memang tak mesra OKU - bahkan juga tidak selamat bagi orang normal.


Kamonlaahh... 50 tahun merdeka dan dah ada bangunan tertinggi di dunia tapi jalan pun tak mesra OKU.




Aku selalunya susah nak parking kereta di tempat OKU (kereta aku ada sticker OKU sebab dua anak aku OKU) di tempat-tempat awam seperti di hypermarket, hospital atau pejabat awam kerana tempat OKU disapu oleh OKB (Orang Kurang Upaya Berfikir). Otak rakyat yang dah merdeka 50 tahun pun masih di zaman Abrahah lagi.




Aku pernah melihat seorang lelaki India bertongkat kerana kudung paras lutut sebelah kakinya tapi haram tak diberikan duduk oleh babi-babi di dalam LRT. Mujurlah aku di gerabak lain, hanya mampu melihat dari tingkap saja kalau tidak harus aku maki jubur-jubur berat dan telor-telor batu yang susah nak bangun tu..




satu pagi di HUKM sewaktu nak bawa 2 anak istimewaku menjalani latihan fisioterapi aku dapati tempat parking OKU penuh dan sebuah Unser (aku biasa tengok kereta ni parking tempat OKU) yang ada plak (pingat) di keretanya dan topi BN di dashboard selamba curi parking kat situ. Aku parking di tepi jalan yang aku dah pastikan TAK mengganggu lalulintas dalam hospital.




Sedang aku cuba menurun dan memasang dua buah kerusi roda khas anak-anak aku, pak guard yang menaiki motorsikal memekik menyuruh aku segera blah kerana kononnya mengganggu lalulintas (sekali lagi diulang! aku tak ganggu jalan). Aku cakap aku kena turunkan dua kerusi untuk dua orang anak, jadi beri masa sedikit. Tapi mamat ni terus bersungut macam aku tak sekolah. Sebagai KulupSakah, aku terus menyinga memekik bersama isteriku sehinggakan sepasang suami isteri yang kebetulan lalu di situ tanpa banyak bertanya terus saja faham dan join kami memarahi pak guard.




"Kenapa kereta yang takde sticker OKU ni kau tak 'clamp'? Sebab ada lambang VIP? ," jerkahku.




"itu encik tak perlu sibuk, saya akan uruskan nanti!" kata dia.




"Oh.. dengan aku kau suruh cepat2 blah, VIP ni boleh nanti2 pulak! Bak sini clamp tu biar aku clamp kalau korang takut! Pak Menteri mana punye kereta pun aku akan clamp!" marah aku dah tahap hmbgyrtssx..dan tahapa2 lagi seranah aku suami isteri keluar waktu tengah marah!




Zuppp! Berdedai geng2 guard tu keluar dan bawak clamp2 untuk mengunci tayar kereta2 tanpa sticker OKU tetapi parking di tempat OKU. Antara mereka pun bertelagah mengatakan aku tak salah dan akhirnya mereka memberikan ruang parking untuk kami di tempat yang tadinya tak boleh..inilah pentingnya BERTIMBANG RASA!


Aku cuba tunggu siapa pemilik Unser tu tapi tak muncul2 sedang aku terpaksa bawak anak berfisio.




Lain pula di Hospital Serdang, tempat parking OKU dikawal rapi oleh guard dan kerjasama yang diberikan AMAT baik!

Thursday, April 23, 2009

MISTERI RUMAH USANG..




EH Apahal ni? Rumah misteri ini dipenuhi dengan tulisan-tulisan yang menjadi tanda tanya? Siapakah tuan empunya rumah usang ini dan apakah motif penulisnya mempamerkan tulisan ini?



siapakah yang melakukan vandalisme ini?
Apa sebenarnya ni?..hahaha!!

Wednesday, April 22, 2009

KENA BULI...

Lamin yang baru saja menghantar anaknya bersekolah asrama di pekan terpaksa menukarkan anaknya semula di sekolah lama di kampung.

""Anak aku teruk dibuli senior, disepak terajang, dipau, ketuk ketampi..." adu Lamin.

"Apasal tak report polis ke suratkhabor ke?" tanya teman.

"Hisy! Buatnye samseng-samseng tu belasah balik Atan mampuihlah!'"..

"Tulah masalahnya kita ni, kalau kes cikgu hukum pelajar satu Malaya kepoh! Kes pelajar membuli siap tutup muka lagi...Buli ni dah jadi adat dunia! Bukan kat sekolah je.. kat U pun ada, di tempat kerja orang baru dibuli orang lama, yang rasa besor akan buli yang kecil dan lemah. Abang buli adik, Amerika buli Iraq, BN buli PR, bini buli suami.."kata teman.

"Ade ke bini buli suami?" tanya Lamin.

"Itu kamu pi tanya Hantu Kopek," kata teman..

KAH KAH KAH! Lamin ketawa bagai resahnya sudah hilang. "Tapi.." tambah Lamin," Kekadang Hantu Kopek pun kena buli!".

"Bukan kena buli tapi kena uli!"..

KAH KAH KAH!!!

Black 14 yang sepi

Tahun ni takde perayaan BLACK 14 ke? Pasaipa, dah white ke?
Atau penjerit-penjerit REFORMASI sibuk cari projek?
Atau depa pun fed-up ?
Masih celebrate kemenangan PRK lagi?

ATAU
Ada strategi rahsia yang sedang dirancang? (gimik yang membosankan)

BLACK 14 jangan dibuang dari buku sejarah!!

Monday, April 20, 2009

Oh Bapakku!

"Ape ke henye kamu teroyok ni Sam?" tanya teman kepada Sam, budak Tingkatan 4 yang juga anak sahabat teman dari kecik.

" Bapak tak de duit nak beli buku rujukan sekolah saya. Cikgu dah mulakan pengajaran, malu dengan kawan-kawan. Depa semua dah beli buku,". Sam budak yang berpotensi untuk berjaya. Teman jumpa Salim, bapanya.

"bukan aku tak mahu beli Lup! Mestilah mahu! Bukannya mahei 30 ringgit lebih je tapi tunggule cukup bulan. Belum gaji lagi. 30 ringgit pun terasala jugak..terutama dalam keadaan ekonomi sekarang dengan barang mahei, bil api air lagi, prepaid anak bini pun nak kena topap! Hissyy!!".. Lancar mulut Salim berhujah selancar asap rokok keluar dari paru-parunya.

"Yang cekgunye pun satu hal..tak reti nak sabor sampe cukup bulan ke? Aku bulan ni dah le 2 kali pi klinik sakit dada.. lepas tu kakak dia kat UM pulak mintak duit sikit..Rabaklah !!!"..

dan teman rasa nak terajang Salim yang kedekut RM30 ni untuk buku anaknya apabila dia menjerit ke arah Nasir si toke Restoran, "Nasir! Bawak Dunhill besor dua kotak!"...

KITA...(Catatan untuk kengkawan yang selalu minum semeja!)

kita cari
kita kejar
kita tangkap
kita lepaskan..

kita bakar! kita bakar! kita bakar!
kita ketawa...

Saturday, April 18, 2009

buta kayu alias buta seni!

gambar persembahan boria dari blog warisanboria


Kawan aku si pemuzik@penyanyi jalanan pernah suatu ketika didatangi pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk diangkut kerana mereka berpandangan golongan ini seperti 'masyarakat sampah' (bukan sampah masyarakat atau adakah kedua-duanya mempunyai pengertian yang sama?) yang perlu diselamatkan.

Mengapa masih tak faham lagi? Seniman jalanan dan juga pemuzik cacat penglihatan selalunya dikaitkan dengan peminta sedekah. Lebih malang lagi penyanyi jalanan dikatakan warga yang malas bekerja dan meminta sedekah adalah cara mereka mendapatkan wang dengan mudah.

Meh sini Kulupsakah nak khabor,
Menyanyi jalanan adalah suatu profesion. Mereka ini usahawan yang menjual bakat dan suara mereka. Jika anda ingin menikmatinya, belilah. Menariknya harga 'jualan' mereka dinilai oleh anda sendiri. Bayarlah dengan harga yang ikhlas tanda penghargaan dan jika tak mahu membayar dengan wang, bayarlah dengan senyuman dan anda masih boleh lagi menikmatinya! Inilah keunikannya berbanding dengan perniagaan lain. Jika anda ingin makan apam balik anda harus membelinya, jika anda tiada wang anda hanya boleh memandang tanpa menjamahnya. Dah faham?

Tak pernah ke luar negarakah? Di London misalnya seniman jalanan diiktiraf sebagai penggerak budaya. Mereka memohon permit dan boleh 'busking' di jalanan. Art Fazil anak Melayu Singapura busking di sana.
Inilah yang patut diajar oleh media khususnya media hiburan, bukan asyik dengan cerita2 gossip, cerai artis, berlenggeng di kolam dan sebagainya. Kalau adapun cerita pasal ni, kecik je ruangan. Jangan tidak kata orang.
Sebuah akhbar berbahasa Inggeris pernah menyiarkan 3 muka surat penuh kisah seorang penyanyi jalanan. Sesuatu yang tak pernah didapati oleh artis glamour arus perdana yang lain.

Didik masyarakat kita memahami seni dan budaya. Laman Santai Istana Budaya patut beri ruang kepada penghibur rakyat menjalankan kegiatan seninya. Baca puisi, dikir barat, ghazal, boria, wayang kulit dan lain-lain perlu dihidupkan semula. Budget yang besar tu nampaknya dihabiskan dengan artis-artis pop yang dah puas kita tonton di tv ataupun konsert2 percuma. Di mana ruang untuk seniman rakyat?

Aku biasa tonton persembahan pentas di sekolah-sekolah. Budaya karaoke dah menular di sana. Kalau ada deklamasi sajak, nada deklamasinya begitulah..intonasinya macam yang selalu mereka tonton di tv, stereotype tiada variasi. Mereka tak pernah tonton bagaimana Usman Awang deklamasi, Dinsman punya gaya, satira Pyanhabib atau aksi Abd Ghaffar Ibrahim.

Lama kelamaan kita jadi buta kayu, buta seni dan kita jadi robot yang tak reti 'bergurau senda' dengan cara yang bukan mengikut arus.

(adakah orang baca labun teman ni?)
Video Art Fazil dan Imuda melagukan Blues Untuk Rakyat

Politik tahi ayam!

kadang2 tulis berat2 atau buat cerita kiasan orang tak faham..tah kenape kite semakin tak pandai baca yang tersirat, mungkin tampi untuk membezakan antah dan beras dah tak digunakan lagi...err...ada yang tak kenai camana rope 'tampi'?

Pakatan Rakyat sekarang memang dalam keadaan top form, asal ada PRK mereka akan mengalu-alukannya. Kerajaan BN pulaentah mengapa kini berada dalam keadaan 'bawah anjing' (hihi!) dan sedikit fobia dengan PRK.

Aku cuma kesal dengan semangat hangat-hangat tahi ayam politikus dan penyokong PR dalam memperjuangkan isu SPR khususnya isu pengundi hantu. Mentang-mentanglah asyik menang straight set sejak PRU tahun lepas, maka isu penyelewengan SPR seperti pemalsuan identiti, pengundi hantu dijuangkan macam melepaskan berak di tepi lif..
Bila ada PRK mula2 kecoh pasal pengundi hantu dan penipuan SPR, bila menang seronoookk!! Seolah-olah semua tu takde dan gimik sahaja.

Memang diakui mood rakyat inginkan perubahan dan dah muak dengan BN, PRK buktinya sehinggakan penipuan pengundi hantu gagal melawan gelombang ini tapi ingat- SPR masih perlu diperbetulkan dan digegar terus-terusan. Ingat tak dulu KJ juga pernah menceceh mengatakan PAS cuba memasukkan 'hantu-hantu' di Kelantan untuk mengekalkan kuasa? Maknanya SPR masih perlu diperbetulkan..

Angkatan Muda PKR, Dewan Pemuda PAS dan anak-anak muda dari parti-parti PR ataupun dari UMNO harus terus mengangkat agenda ini dan menjadikan salah satu perjuangan 'core' kerana inilah salah satu perjuangan ke arah membina Malaysia sebagai negara yang mengamalkan demokrasi tulin.

Misinya:- Buktikan sampai semua rakyat Malaysia PERCAYA bahawa pilihanraya di negara ini memang wujud PENIPUAN! Atau (bagi BN) buktikan kepada MALAYSIA bahawa pilihanraya memang telus!!
itu saja..

Album Khas Untuk PieM!


gambar yang dicadangkan untuk dijadikan cover album aku


10 lagu telah siap untuk album aku. Juga cerita pasal perjuangan, kemanusiaan, ketuhanan dan kepincangan masyarakat Sama seperti Meor, si penyanyi jalanan yang agak payah mendapatkan dana menerbitkan albumnya itu, aku juga menghadapi jalan buntu.

Bersama mengeteh di CM dengan teman-teman yang akan terlibat sebagai sessionist dalam album ini Nikki, MeoN, Bro Sharm dan Jonjonijonathan kami merancang satu program bagi mengutip dana menerbitkan album aku.

"Masalah kau dengan si Meor nak dapatkan dana ni memangla susah sebab korang tak mengikut arus!" kata MeoN. "Siapa yang nak biayai atau contribute? Orang-orang PR? Hahaha! Dulu masa "berjuang" orang-orang macam kau, Meor, Black, Rahmat diundang menjayakan persembahan dengan bayaran yang alahaii..ciput! Takpelah kata mereka. Ini perjuangan! Tak payah banyak-banyak dan tak perlu berkira sangat. Sekarang dah menang di mana korang? Hahaha! Sambutan setahun PR di Shah Alam depa panggil Yassin dan artis lain dengan bayaran yang emm...standard depalah kot? Apatah lagi bila Yassin declare minat PKR..pehh!! dari open house Raya di Kg. Baru, Kongres PKR, function support Palestin di Dewan Sivik sampailah setahun Pakatan dia dapat show.... kenapa tak panggil Meor, Black? Tak Layak? Kah Kah Kah! Bukan nak menidakkan rezeki Yassin, cuma aku tertanya-tanya di mana nilai kamu?".

MeoN bikin panas. Aku hanya diam. Tak aku nafikan dan bangkang dia.

Jonjonijonathan menambah api," Aku ada idea macamana nak dapatkan segera dana untuk album kau ni!" . Mukanya kelihatan agak buruk apabila muncungnya menyedut rokok SAAT dengan sedutan ala tupai. Dia menyeringai menampakkan giginya. Ketupaiannya semakin terserlah.

"Macamana?" soalku.

" Kau tukar judul album "Suara Rakyat" kau ni kepada "Suara sang PM" dan kau minta dana kat Kementerian Kesenian ataupun Belia dan Sukan, katakan ini projek album khas "Tribute untuk Piem baru, gerenti dapat punya!" jelas Jon bersungguh-sungguh.

"Bayangkan Ketua Bahagian diwajibkan membeli 1000 unit untuk diagihkan kepada ahli-ahlinya. Pehhh!! Kurang-kurang 200,000 unit boleh jual beb!" tambah Bro Sharm.

Aku termenung jauh - kemudiannya mencoretkan kata-kata yang masih kasar di atas kertas tisu mamak. MeoN mencapai gitar dan mengocok-ngocok melodi. Apabila Nikki menyambut melodi itu dengan strumming untuk membentuk ritmanya maka terhasillah sebuah lagu bonus dari album yang akan dihasilkan nanti bertajuk "ISA- Indahnya Singgahsana Aman"

Friday, April 17, 2009

BEBASKAN DIA PM!!!


MAT SAH BIN MOHAMMED SATRAY, suami Cikgu Noorlaila Othman masih ditahan ISA tanpa alasan, tanpa dibicarakan, tanpa diberi ruang membela diri. Jika anak anda dilahirkan pada tarikh dan hari dia ditangkap, anak anda hari ini sudah bersekolah dan selama itulah seorang suami terpisah dengan isteri atau seorang bapa merindui anaknya.

Kepada binatang yang terlibat mengurung, menandatangani dan anda yang menyokong penahanan Mat Sah dan lain-lainnya, satu perkataan yang seuai dari aku-
PUKIMAK KORANG!
(Perkataan apa yang lebih sesuai bagi sebuah kekejaman??)

Blog ummu asiah memperincikan kisah tragis ini, sila ke sana. Blog itu terlalu baik untuk diluahkan carut2an kecaman terhadap kezaliman ini dan jika anda ingin mencarut mengecam, sila lepaskan di blog aku..

nota/: PukiMak adalah nama penuh bagi PM

Thursday, April 16, 2009

Benci Malaysia..

"Aku nak migrate..nak pindah, dah bosan dok Malaysia," rungut Maliki (bukan nama sebenar). Dia bekas penyanyi band rock cintan yang lingkup dengan satu album saja..

"Rileks bro, kedamaian letaknya dalam jiwa. Kalau jiwa kacau, dok syurga pun payau!" gua berfalsafah. "tapi kalau jiwa tenteram, dalam penjara tersenyum riang!". "by the way, lu nak migrate kat mana?" tanya aku.

"Mana saja asalkan di jalanraya yang sesak depa tak potong q, atau tandas awamnya bersih dan takde gay bersidai. Negara apa saja yang pekerja khidmat kaunternya sentiasa senyum, sentiasa beratur nak naik kenderaan awam, pi masjid aman sebab AJK nya bersatu padu walaupun pendirian politik berbeza." Bebel Maliki.

"Negara yang mengiktiraf perbezaan pendapat sebagai suatu rahmat ilmu, rasuah adalah musuh nombor wahid rakyatnya, penduduknya tak heran nak berlumba2 menukar kereta dan membesarkan rumah, longkang dan sampah dibersihkan sendiri..bla..bla..bla glamour..bla bla..plastik..bla..bla... Islam..bla..material..

Aku pening, ada ke negara macam tu?

Monday, April 13, 2009

Bicara aku dengan Darren (dah tak off record)

Sebenarnya banyak benda yang aku labunkan dengan Darren, tapi off recordlah.. tapi antaranya:-

Darren, "Aku akui Islam antara agama yang masih agung di dunia ini. Yahudi saingannya. Kristian sebenarnya dah hampir tiada, ia kecil saja. Aku baca kitab yang Islam akan tertegak kembali pada akhir zaman tetapi sebelum itu ia akan mengalami proses hampir musnah dan ia dah nak berlaku sekarang!"

Aku berkata yang Islam pasti akan bangkit tapi mungkin dalam 'bentuk' yang lain. Kata Darren Islam akan menemui kehancuran kerana keadaannya hampir sama berlaku seperti Kristian.
"Apabila agama hanya menjadi milik paderi saja, penganut2 tidak dibenarkan mengkaji dan berfikir sebaliknya hanya menerima saja apa yang 'ulama' sampaikan. Budaya ilmu jadi lenyap dan berfikir adalah dilarang. Islam di Malaysia aku lihat begitu. Politik menguasai semua. Pengikut berfikir mengikut acuan yang diberi mursyidulnya. Kalau pengikut hadhari dengan ulama kerajaannya, PAS sebenarnya beruntung ada Nik Aziz tetapi sebahagian besarnya tak faham Nik Aziz..

Aku hairan," Kau tahu semua ni?"

"ahh! Tu belum termasuk tariqat-tareqat lagi, sama saja dengan Kristian yang saling menuduh aliran-aliran yang tak sehaluannya sesat! Aku nak tanya kau Lup, 2009 dah sampai April, apa buku yang kau dah baca, buku agamakah, apa-apakah?

err...

"hahaha! okeylah! Kau dah baca Muqaddimah Ibnu Khaldun? Itu muslim Malaysia wajib baca selain menghadam Ihya' Ulumuddin"

"aku dah baca cuma Ihya' tu tak habis lagi ke semua jilidnya, aku juga baca Fariduddin Attar Birds Conference dan aa..Ahadiat Akashah hahaha!"..aku menyambung," Juga aku baca Jesus, Testament dan aa...lupalah!"

Darren bagi pukulan maut," Kalau takut dengan dakyah, kita mesti berilmu dan beramal. Banyak mengkaji, menafsir, merujuk dan bukan berasa paranoid dan menganggap orang lain musuh. Nabi Muhammad dulu berniaga dan berurusan dengan orang Yahudi dan Kristian dengan aman kerana Haqqul Yaqinnya! Ramai yang perasan hebat tapi tong kosong- Israk Mikraj pun tak faham-faham lagi!"

Aku ketawa. Ketawa pahit..cuma Darren agak sugul bila aku bicara tentang konsep trinity ( yang ni off record)..dan bila aku buat pertama kalinya mengajak dia masuk Islam, dia menjawab' "Nur belum sampai!"

Aku balik dari gereja..(sambungan)

Aku dan Darren minum di warung sebaik saja keluar dari gereja itu..

Darren : Amacam Lup, betul tak aku cakap? gerenti dapat punye- TANPA syarat! Ok tak?

Kulup : Betul Darren tapi aku kena fikir dulu..

Darren : Why man? TANPA SYARAT!! Ni bukan Along tau?

Kulup : Aku tahu, my friend! Masalahnya aku kena fikirkan juga apa kata orang lain!

Darren : "Orang lain" itu tak tolong kau pun?

Kulup : Ramai jugak nasihatkan aku berhati-hati , jangan mudah terpedaya dengan dakyah!

Darren : Lup! Nasib kita kawan lama tau? Please...jangan sebut perkataan "dakyah"..ia
berbau negatif! Selama kita berkawan adakah aku pernah ajak kau masuk Kristian?
Kau pun tak pernah ajak aku 'convert' kan? Aku kenal kau, isi borang UMNO dan
berpura2 asalkan dapat duit TEKUN pun kau tak sanggup inikan pula tukar agama!


HAHAHA!!

Darren : Lup! Kita masing2 ada kepercayaan yang kita rasakan benar! Kita kena hormat tu!
Setiap agama ajar tentang kebersihan - zahir dan batin! Kami pakai kasut masuk
gereja demi kebersihan, Hindu masuk kuil cuci kaki sebab nak bersih dan Muslim
berwudhuk juga untuk kebersihan! Agama apa pun mengajak kita berbuat
kebaikan!

Kulup : Sangat-sangat betul!

Darren : Sebab tu aku marah kau gunakan perkataan "dakyah" tadi! Bantuan yang kami
buat ini adalah kerja-kerja kebajikan bagi kami yang dituntut agama. Bukan nak
berdakwah atau menyebar dakyah seperti katamu tapi wajib juga bagi agama kami
menolong insan lain..kami pun tak memaksa orang tapi jika berminat kami akan
bimbing! Tolong jangan kata dakyah! Kita ada peranan! ..tapi sorry to say..

Kulup : kenapa? takpe katalah!

Darren : Itulah yang gagal kamu orang Islam lakukan, kamu kata kami jahat cuba menjalan
jarum kami untuk memesongkan kamu tapi kamu tak buat itu! Mana pendakwah
kamu? Mengapa berceramah di surau saja? Mengapa tak buat lawatan ke hospital,
bina rumah-rumah kebajikan untuk golongan terbiar, masuk kampung orang asli
berkahwin dan tinggal bersama mereka- itu yang kami lakukan dan kami dikatakan
jahat? Kami juga akan ke syurga seperti kamu jika berjaya menyebarkan agama!
..Ahhh! Forget about it! Kita tetap kawan bro! Dan pasal 'loan' tu, fikirkan!


Darren, begitulah dia..tetap jujur dalam persahabatan. Dia terpaksa pergi. Sewaktu memerhatikan dia berjalan, aku terbayangkan kedai bukuku yang agak perlahan sekarang ini dan aku terbayang juga isteriku sedang menyusukan anak sambil duduk di meja kaunter. Kalimah "fikirkan" yang Darren tuturkan terngiang-ngiang di telingaku..

Sunday, April 12, 2009

Aku ke gereja...

Terperanjat aku apabila bertembung dengan Darren di Restoran Nasir. Darren, yang dah berbelas tahun menghilang memang kawan baik aku sejak kami sama-sama menjadi pomen awal-awal kedatanganku ke kota besar ini. Lebih memeranjatkan kini dia berjaya mengusahakan kedai alat-alat memancing, hobi dulunya yang tetap tak berubah-ubah.

Darren : Amacam bisnes Lup, ok?

Kulup : Oklah..maintain! Asal lepas bayar sewa, pusing modal, makan minum tu kira oklah
zaman ekonomi tak tentu arah ni!

Darren : Korang 'bumi' oklah..kami non-bumi ni terpaksalah pandai-pandai cari lobang,

Kulup : Ceh! Senang hapa? Sama je..baru ni aku pi YaPEIM nak tanya pasal peluang suntik
modal, receptionist kata pinjaman dibekukan, aku mintak nak jumpa pegawai, depa
kata semua boss takde, berkampung di Bukit Gantang. MARA pun hampa.. aku
tanya bank, depa kata kedai yang 'menumpang' dengan kedai lain tak layak, SUK
pulak kata dia tak bagi duit cuma bagi peralatan atau mesin yang diperlukan.

Darren : TEKUN?

Kulup : Hoooooooohh!! Tu tak payahlah! tu tempat puak tu nak perabihkan duit saja-saja je,
apa nak buat lagi? Mengadu kat ALONG le jawabnya!

Darren : huuhh! Payah jugak, aku ingat jadi bumi okey! ..tapi jangan sesekali jumpa ALONG,
Kulup oii..silap-silap hilang kulup nanti! Jom ikut aku!

Kulup : Ke mana?

Darren : Aku dulu bukak bisnes pun dengan dana kami. Jangan bimbang aku boleh tolong,
takde hal punya, ni tak kira bumi ke tidak, bangsa dan agama pun tak penting..
GERENTI DAPAT beb!!

Kulup : dana dari mana?

Darren : gereja kami!

........

Friday, April 10, 2009

MEREKA TETAP TEGAR!

Biar seribu nama dibariskan sepanjang bergegarnya ombak reformasi, mereka tetap tersendiri. Telah ramai yang tewas, ada juga yang sudah gugur tetapi mereka tetap di sini. Berjuang walau tidak dikenali. Walau terkadang dipandang sepi.

Di bawah ni Zali Gombak, kaki demo. Suara besarnya melaungkan slogan semangat akan membakar suasana menjadi lebih 'meriah'. Zali pernah dihumban ke lokap. Kalau itu dikira sebagai markah sebuah perjuangan, dia lulus!

Ummu Asiah (gambar di bawah) giat memperjuangkan Gerakan Mansuhkan ISA bersama-sama keluarga. Anak-anaknya turut menjadi sebahagian dari sejarah perjuangan ini. Ummu Asiah atau Kak N juga pernah ditahan dalam sebuah demonstrasi dan masih sempat menelefon aku di dalam balai, kah kah kah! Suaminya Abang Bad antara yang ditahan di Kuala Kangsar sewaktu kerajaan PR di Perak dilanun skuad Najib. Anak muda yang berkaca mata ini adalah anak lelaki Animah Ferrel MPT Parti Keadilan Rakyat.
gambar di bawah ni istimewa kerana mewakili berbagai generasi. Din (paling kiri) mengenal apa itu perjuangan sejak berumur 10 tahun lagi, diheret ke sana ke mari oleh ibu bapanya (Abang Baha dan Kak Normah) ke setiap perhimpunan, ceramah dan majlis-majlis sejak peristiwa pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.
Pak Engku pula memperjuangkan kebenaran sejak era Semangat 46 lagi. Beliau begitu teliti dalam kerja2 dokumentasi kerana menyimpan keratan2 akhbar sejak lama dulu. Keratan akhbar Mingguan Malaysia tentang Umno diminta siasat harta Raja-Raja yang aku gunakan dalam blog ini adalah sebahagian dari koleksi beliau dan keratan itu merebak dari blog ke blog sehingga ke akhbar Suara Keadilan.
Saudara Nazri dan Azizi mewakili generasi masa kini terlibat sebagai tulang belakang PKR dalam menganjurkan program. Azizi- Ketua AMK Bandar Tun Razak pernah mencuit hati dengan menggayakan fesyen ala badut sewaktu PRK di Ijok dulu.


Aku dengan Pak Amjal yang bertubuh kecil (kelihatan seperti aku sangat besar dalam gambar di bawah) tetapi kental. Sesiapa pun tidak akan lupakan orang tua ini memanjat pagar pembahagi jalan dengan bendera PAS dipakai di belakang badannya seperti Superman dalam suatu perhimpunan rakyat. Pak Amjal memilih untuk dihukum penjara sebulan bersama YB Mahfuz dan Salahuddin Ayub kerana bersalah menyertai perhimpunan menentang pasukan kriket Israel datang ke Malaysia penghujung 90an dulu. Kalau ke Pantai Dalam atau ke Universiti Malaya, singgahlah Restoran Amjal miliknya yang juga bapa saudara kepada Tukar Tiub.


gambar bawah- Abang Junaidi (kiri) beberapa kali dilokap kerana mengusahakan vcd ceramah politik tetapi akhirnya dibebaskan kerana tiada akta yang sesuai untuk dicas. (ada ke dia dicas di bawah akta perfileman, kah kah kah!).
saudara Nasir Isa (kanan) pernah mengungguli carta paling banyak kali dilokap menewaskan pendemo tegar Tian Chua (YB kini) semasa era reformasi. Rakan karib Allahyarham Umar Tan yang banyak membantu menggerakkan berbagai program. Nasir juga begitu mengambil berat akan keluarga-keluarga mangsa tahanan. Bekerja sendiri dan gelut mencari nafkah kerana disenaraihitamkan sejak 1998 namun dia tetap seperti dulu.



Maaf jika ada lagi yang belum sempat aku pamerkan. Insyaallah kawan, aku akan abadikan cerita kalian di dalam blog kecil ini sebagai menghargai wira-wira yang tak didendangkan. Tanpa setitis air, belum tentu gelombang akan terjadi!
REFORMASI!!



Thursday, April 9, 2009

Dari Rakyat Untuk Rakyat!

Meor (bertopi) bersama Nik menyanyikan lagu marhaen di Central Market


Meor Yusof Aziddin nama dia. Dia memang begitu- berkemeja T dan berjeans sempoi, bersepatu dan kadang2 berselipar ayam- melaungkan lagu-lagu rakyat bagai duta mewakili jerih marhaen. Di Central Market, di Bangsar, di hotel-hotel, di sebarang majlis tak kira di pentas politik mana pun. Dia bukan ahli politik, dia Meor. Meor kalau menyertai Akademi Fantasia pasti tersingkir sejak ujibakat lagi sebab tiada pakej glamour dan plastik (ah! Meor pun tak teringin ke sana hahaha!). Dia pernah bergelap di lokap hanya kerana disangka penagih dadah walhal Meor mempunyai latar belakang pendidikan yang baik. Ini persepsi biasa. Anda dilihat ganjil jika tidak mengikut arus.


Meor tidak mahu dibayangi dua saudaranya yang mencipta sejarah. Mishar pengasas industri kartun dengan menerbitkan majalah Gila-Gila dan Batu Api manakala Suhaimi Meor Hassan membuai rasa dengan puisi romantisnya. Meor mahu melakar sejarah sendiri dan sejarah itu sudah bermula.


Meor 'lari' dari Luncai Emas kerana tak mahu jadi seperti Awie, Mawi atau yang lain-lainnya. Dia juga tak mahu jadi Iwan Fals, Ebiet atau Bob Dylan walaupun nama-nama itu membakar inspirasinya. Meor mahu jadi Meor. Dia menolak muncul di RTM yang mahukan dia menyanyikan lagu abangnya.

Meor mempraktikkan konsep DIY (Do It Yourself) apabila berjaya menerbitkan sendiri album Pesta Jiwa, Pesta Jiwa ii, Itu Padang Aku Di situ, Aku dan bulan, Yang Terlintas Di Fikiran dan Sakrat. Kekuatan dia adalah semangat dan dorongan teman-teman.


Meor sedang berusaha menghasilkan sebuah album Dari Rakyat Untuk Rakyat . Dia mahu cepat tetapi teman-teman seperti Zunar mahu album kali ini dihasilkan 'betul-betul album' untuk dijadikan khazanah sejarah sebagai album yang mewakili suara rakyat dan perjuangan. Ini bukan album politik, ini album marhaen. Album ini juga adalah himpunan karya nama-nama besar seperti Hishamuddin Rais, Zunar, Rahmat Haron, Pyanhabib, Black Amin dan juga teman-teman seperti Abdullah Jones, Ubilepih dan Benludin (geram sebab aku terlepas peluang, mungkin next project ekk?)


Ayuh kawan-kawan jadikan diri kita sebahagian dari sejarah dengan menyumbangkan dana agar ia dapat direalisasikan! Sumbangkan ke akaun :-
RHB Meor Yusof Aziddin Meor Hassan 10804300441247 atau
CIMB Roslinda Hashim 08090070970523

atau layari DI SINI

KALAU NAK REAL, BELI ALBUM SEBELUM-SEBELUMNYA SAMBIL MENYUMBANG!

* tulisan ni adalah dari kaca mata aku sendiri..

Khairy ruyup?

grrrrr..


Khairy sang menantu tak jadi menteri tapi anak buahnya dalam pemuda dilantik?
Apahal?..ahh sudah!
Kenape jadi begitu dan adakah Pak Lah tak sedar sejak awal lagi?
Kalau kita pun dah agak takkanlah depa tak agak?
Haa..saspen nih.. i don't think that pak Lah is so stupid..

nampaknya teori "kite" macam nak jadi..

*kite bermaksud beberapa diskusi dengan pihak2 dalaman tu..hihi!!

Wednesday, April 8, 2009

Babak2 terakhir kes Altantuya...(prolog ke epilog?)




Sirul Azhar dan Azilah Hadri (gambar bertopeng.. kahkahkah)dihukum mati..(seperti yang diagak)
ini bukan cerita Hindustan dan bukan babak terakhir..ini prolog! kah kah kah!

Akan ada tuntutan agar wajah mereka selepas dihukum gantung dipaparkan dalam media macam Saddam Hussein mahupun Mona Fandey...

dan babak baru bermula, perbicaraan akan bermula..baru punya cerita!

Tungguuuu!!

PRK BUKIT GANTANG: XPDC hampir maut! Memang gile!

Mat Comot sms 8 pagi Selasa, hari mengundi ajak pergi Bukit Gantang, aku tolak mentah2..aku penat dan malas nak layan PRK ni dan memang sepanjang tempoh kempen aku takde pun tulis entry pasal PRK. Mat Comot menghasut tinggalkan kerja dan ikut dia tapi aku tetap menolak. Tapi bila pukul sebelas, brader gua Pyanhabib sms yang dia ikut Mat Comot balik Bukit Gantang untuk mencabul gencatan balik Peraknya sejak krisis haritu aku menggelenyor geram macam cacing kepanasan. Sms bertalu-talu Mat Comot dan Brader Pyan mengejek dan menganjingkan aku yang tertinggal kat sini membakar telinga jobenku..Bini aku pun menambah api kat dada aku lalu selepas menghabiskan kerja kami sekeluarga membakar jentera roket untuk ke Bukit Gantang.

Waktu kereta kami mencecah highway Sg Buloh, Mat Comot dah sampai Tapah..hampeh! Singgah sebentar di restoran jejantas beli makanan.


Kereta berpusing

Waktu nak mula perjalanan aku dapati lever gear aku tertanggal dan cuma boleh masuk gear 3 dan 4 saja..sebagai 'kulupsakah' aku teruskan perjalanan. Hujan renyai2 dan di sesetengah tempat amat lebat. Sewaktu hendak memotong sebuah kereta di jalan yang dipenuhi air, kereta aku hilang kawalan dan nyaris menghentam pembahagi jalan, aku membalas belokan dan kereta berpusing dan melelong ke kiri kanan...senyap! Mujur takde kereta di belakang..aku keluar memeriksa tayar dalam hujan dan masuk semula. Hanya tersedar apabila anak aku dah tertonggeng di kerusi belakang. Perjalanan diteruskan dalam hujan lebat..masih dengan gear 3 dan 4....dahlah air-cond takde dan reverse gear tak boleh masuk, haru!


Taiping yang sesak

Mat Comot , Halim dan Pyanhabib tunggu di pekan Simpang, menggeleng-gelengkan kepala sebab tak sangka kami sanggup datang. Blogger Ummi Hani dan Ana jemput kami ke markas Blogger PR di taman belakang Balai Polis Simpang..kami minum di gerai berdekatan. Di situ ada Black Amin dan geng yang melepak dengan Mat Saman Kati, Sam Ahmad, Anje Dugong Darat, Perisik Rakyat dan lain-lain. (maaf! sekadar menyebut beberapa nama). Di markas mereka memang tekun dan bersungguh-sungguh dapatkan maklumat. Blogger Mamamat, Cyberboron, Labuayor tak angkat kepala mengadap lap top. Mat Saman Kati bersedia untuk ditemuramah 'live' malam nanti oleh Malaysiakini.
Brader Pyanhabib sesekali berlagak seperti editor membetulkan tulisan Ummi Hani, aku jadi wakil jurucakap brader Pyan. Sms keputusan2 semasa menyenakkan perut aku!

PR menang dan berjumpa taiko Gombak

Sebaik tahu keputusan menang, kami pun keluar meraikan kemenangan. Mabuk kopi di gerai tepi jalan berlarutan ke Pelita Nasi Kandar. Di Pelita kami bertembung dengan Megat Zulkarnain (yang nak serang Karpal Singh di Parlimen haritu) dan kawan2nya. Aku mengucapkan tahniah di atas kemenangannya sebagai exco Pemuda Umno Pusat dan dia bersalam2an serta mengucapkan tahniah kepada kami di atas kemenangan PRK. Aku yang mengenalinya secara peribadi bergurau dengannya "wah! Tengok kat tv haritu hebat!" dia ketawa sambil menjawab, "Biasalah! Dia (Karpal) lebih2 sangat!" ..aku turut ketawa sambil berkata,'Ya! Itu perlu juga!". Aku, isteri dan anak2 pulang awal sikit bersama Ummi dan Ana sebab anak dah ngantuk, Bloggers Network meneruskan perayaan dan mereka telah bertemu dengan geng2 Zorro Unmasked, Malaysiakini dan lain2..
Aku berborak dengan Perisik Rakyat, Sam Ahmad dan Dugong Darat yang penuh dengan teori2 mereka sampai 3.30 pagi.

Balik dengan gear 3 dan 4

8.30 pagi aku sekeluarga bertolak balik pelan2 dan masih menggunakan gear 3 dan 4. Selamat sampai ke rumah dan ngam-ngam sampai rumah gear lever langsung rosak dan tak boleh masuk gear langsung..kah kah kah! Kata seorang blogger, "kau sekeluarga memang gile!" aku jawab,"korang blogger lagi gile..mana ade orang nak buat liputan macam korang PERCUMA! kalau Pakatan Rakyat memerintah satu hari nanti, mereka berhutang dengan korang!"


* inilah saat manis dalam hidup kami- bersama geng2 Blogger dan kawan2 yang ikhlas!

Tuesday, April 7, 2009

jumpa lagi, EZAM!

Saya dengan rendah kaki ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudara Ezam kerana usaha beliau selalunya berkesan . Sayang, lu tak sempat ke batang auw!!

Jumpa lagi Ezam, we're gonna miss u!
mboooooooohhh!!

kangkung menjalar di Batang, dua Bukit dapat dipegang!

Penganalisis politik juga seorang profesor kangkung berkata walaupun rakyat Sarawak tinggal di ulu tetapi mereka lebih memahami perjuangan BiEn dari yang di semenanjung yang lebih moden..

kah kah kah! Tiba-tiba je orang bandar tak faham dan lebih bodoh.. Dasar kangkung bongok!

peganglah kuat2 Batang tu, kami syok dapat dua bukit..tih tih tih!

Monday, April 6, 2009

bila DAP baca Quran, kita jadi bongok!


..apa nak heran bila DAP baca ayat Quran?
Quran kitab panduan untuk semua manusia..
sebab dia bukan Islam?..doakan agar dia Islam nanti..

cuba fikir kenapa agaknya Allah 'menghantar' orang bukan Islam untuk menyedarkan kita agar rujuk semula Al Quran?
Apakah kita semakin hampeh?
...jangan sampai Allah turunkan binatang pulak untuk mengajar kita sebagaimana burung mengajar bagaimana nak kebumikan mayat dalam peristiwa Habil dan Qabil. Itu tandanya kita memang dah tahap hmbroqsewtrrss!

*teringat dulu Samy Vellu berkata "Quran boleh bikin jalanraya ka?" dan seluruh ahli parlimen BN menepuk meja seronok..SCibai!!

Saturday, April 4, 2009

..bila gelombang kedua memukul, AWASlah!


Sikap lunak Najib (kononnya) yang baru ditabalkan sebagai PM tidak dapat dinafikan akan turut mempengaruhi sikap pengundi PRK dua bukit satu batang. Ini jangan diperkecilkan. Seandainya barisan kabinet baru dibariskan Najib 'kena' dengan masa dan gula-gula yang diberikan menjadi, PR mungkin akan merosot popularitinya seperti PRU 2004 apabila Pak Lah menjadi harapan baru rakyat Malaysia menggantikan Mahathir yang dibenci ketika itu.

Tetapi PR tak perlu risau kerana populariti yang diraih Najib berdasarkan dasar2 yang diperkenalkannya nanti adalah sebenarnya respon kepada tuntutan PR selama ini. Hari ini MCA sudah menuntut kerusi TPM ke2 sama seperti dasar PR bahkan isu ISA dan penarikan semula larangan HARAKAH dan SK adalah 'jawapan' kepada protes PR selama ini. Jangan kecewa jika Anwar tidak menjadi PM atau PAS tidak berjaya menegakkan negara Islam. Ghandi tetap ikon walau dia bukan PM.

'Musibah' yang perlu dibimbangkan akan datang ialah apabila bahana kegawatan ekonomi yang kini melanda negara gergasi merebak ke Malaysia. Sekarang 'kepala air' masih belum sampai , dan jika gelombang ini memukul PM baru akan tergugat. Kritikan pembangkang akan mencabar kedudukannya dan biasanya kekerasan akan digunakan apatah lagi imej Najib di mata dunia agak tercalar dengan kes Altantuya. Negara2 seperti Indonesia, Korea, Perancis mahupun Mongolia sukar menerima Najib melainkan dengan beberapa 'syarat' yang menguntungkan mereka yang membuatkan orang terdesak seperti Najib akan berkompromi seperti perjanjian pelaburan perniagaan yang lebih memihak kepada mereka atau sebagainya.

Mungkin juga Najib terpaksa beralah dengan Anwar untuk menggunakan pengaruhnya agar memujuk negara seperti Indonesia atau lainnya menerimanya dan atas dasar sebuah negara, mungkin Anwar akur. Mungkinkah meneutralkan Anwar adalah cara terbaik mengatasi semua kemelut ini atau menyimpan Anwar ke Sungai Buloh semula dengan kes Saiful lebih berkesan? Seperti kata Khalid Jaafar entah kebetulan atau tidak, Najib secara tak sedar ibarat ular yang sedang menari lenggok mengikut tiupan serunai Anwar!

Mahathir sekali lagi menyamar!

Ramai mat bongok terpesona bila Piem baru, yang paling cerdik dalam sejarah menarik balik penggantungan HARAKAH dan SUARA KEADILAN, membebaskan beberapa tahanan ISA dan ingin mengkaji semula ISA padahal itu semua bende bongok sebab:-

1- jadah hapa nak ditarik semula penggantungsn, sebab penggantungan pun takde sebab apa
2- nak kaji ISA ni sejak zaman Rais Yatim lagi...tapi semuanya kelentong lanun!
3- MAT SAH BIN MOHAMMED SATRAY
SUAMI Noorlaila Othman dah lebih 7 tahun ditahan, dikurung tanpa dibicarakan..mana dia pejuang MELAYU haprak?!!MANSUHKAN ISA!

MAHATHIR biawak!
Madey , mamak yang telah mengutuk Melayu haprak dan mudah lupa dalam ayat2 kontot ciptaannya yang digelar rakyat Malaysia sebagai 'sajak' sekali lagi menyamar sebagai Melayu untuk masuk dalam parti Melayu hari ini. Parti yang mengaku memperjuangkan perasuah2 Melayu tetapi menggunakan nama dalam bahasa Inggeris itu menerimanya semula seperti Melayu2 yang lain iaitu Kadiaq sheikh fadiaq dan keluarga, Jin Dollah Kepala Butus, Ijat Kapoor, Naina American, nor yakop serta pak2 Arab Albar, Alhabshee dan lain2..


madey yang pernah hadir di majlis KIMMA (kesatuan india muslim) kerana dianggap sekapal-

Friday, April 3, 2009

Mr. Crime Minister..kah kah!


truutt!
sms daripada Pak Din, " congratulation! We got the new Crime Minister!"

kah kah kah!

Thursday, April 2, 2009

Kutu Dan Nyamuk serang kilang cetak Harakah dan Suara Keadilan!

tadi- Kutu Dan Nyamuk (KDN) telah serbu kilang percetakan HARAKAH dan Suara Keadilan sebagai meraikan perayaan pelantikan WANITA PERTAMA (First Lady) Malaysia hari ini!

fawaukafya!

cheers!!

Tok Jib jadi Piem,
Pak Lah dapat Tun
..cheers untuk Agong!

SELAMAT ANGKAT SUMPAH!


kalau Rosmah jadi wanita pertama Malaysia esok,
itu tandanya Allah izinkan, jangan melatah!
hikmahnya ialah;
Allah masih izinkan kita berjuang..
LAWAN TETAP LAWAN!

suspen hari ini!

ilustrasi ronasina

SELAMAT ANGKAT SUMPAH NAJIB!! Eh..belum lagi ye? hehehe!
apa cerita kartun tu? klik kat gambar

Wednesday, April 1, 2009

tak boleh ke berenti bertekak?

sepatutnya pemimpin PR cakap dengan pemimpin BN ," Rakyat pilih kami perintah 5 buah negeri, bagi kami peluang laksanakan menifesto kami seperti yang kami janjikan!"

pemimpin BN pula jawab, "ok! Kalau begitu kami pula akan tunaikan janji2 kami kepada negeri2 di bawah pemerintahan kami!"..

kemudian sama2 berkata, "marilah kita bekerja untuk rakyat dan biarlah rakyat menilai yang mana terbaik untuk pilihanraya akan datang!"

..tapi ah! itu cerita dalam komik! Dari Mac sampai hari ni kedua-duanya sebok bergaduh2 nak rebut kuasa!

Woi!! Setin susu tepung dah lebih RM60 ringgit!! Lampin pakai buang saiz besar dah lebih RM40..korang pedulik pun tidakk!! asal ada pilihanraya, kerah rakyat! Lepas tu haramm!!

Cubalah renti bertekak, fikirlah pasal rakyat pulakkk!! Piem baru kena ubah semua ni, rakyat ni bukan nak banyak sangat..kes Altantuya pun diorang tak peduli sangat asalkan masalah perbelanjaan isi rumah mereka selesai.. bunuh wanita eskimo pun takpe!