Friday, April 24, 2009

Masyarakat Penyayang? Piirahhh!!

kereta2 lembu parking tempat OKU


Kempen Masyarakat Penyayang yang pernah dijalankan bukan saja gagal tapi hampeh lagi menghampehkunyitkan!! Masyarakat Penyayang adalah dongeng komik seperti kisah-kisah duyung dan naga yang pernah kita dengar.




Karpal Singh terjatuh di mahkamah sebab laluan pejalan kaki di Malaysia memang tak mesra OKU - bahkan juga tidak selamat bagi orang normal.


Kamonlaahh... 50 tahun merdeka dan dah ada bangunan tertinggi di dunia tapi jalan pun tak mesra OKU.




Aku selalunya susah nak parking kereta di tempat OKU (kereta aku ada sticker OKU sebab dua anak aku OKU) di tempat-tempat awam seperti di hypermarket, hospital atau pejabat awam kerana tempat OKU disapu oleh OKB (Orang Kurang Upaya Berfikir). Otak rakyat yang dah merdeka 50 tahun pun masih di zaman Abrahah lagi.




Aku pernah melihat seorang lelaki India bertongkat kerana kudung paras lutut sebelah kakinya tapi haram tak diberikan duduk oleh babi-babi di dalam LRT. Mujurlah aku di gerabak lain, hanya mampu melihat dari tingkap saja kalau tidak harus aku maki jubur-jubur berat dan telor-telor batu yang susah nak bangun tu..




satu pagi di HUKM sewaktu nak bawa 2 anak istimewaku menjalani latihan fisioterapi aku dapati tempat parking OKU penuh dan sebuah Unser (aku biasa tengok kereta ni parking tempat OKU) yang ada plak (pingat) di keretanya dan topi BN di dashboard selamba curi parking kat situ. Aku parking di tepi jalan yang aku dah pastikan TAK mengganggu lalulintas dalam hospital.




Sedang aku cuba menurun dan memasang dua buah kerusi roda khas anak-anak aku, pak guard yang menaiki motorsikal memekik menyuruh aku segera blah kerana kononnya mengganggu lalulintas (sekali lagi diulang! aku tak ganggu jalan). Aku cakap aku kena turunkan dua kerusi untuk dua orang anak, jadi beri masa sedikit. Tapi mamat ni terus bersungut macam aku tak sekolah. Sebagai KulupSakah, aku terus menyinga memekik bersama isteriku sehinggakan sepasang suami isteri yang kebetulan lalu di situ tanpa banyak bertanya terus saja faham dan join kami memarahi pak guard.




"Kenapa kereta yang takde sticker OKU ni kau tak 'clamp'? Sebab ada lambang VIP? ," jerkahku.




"itu encik tak perlu sibuk, saya akan uruskan nanti!" kata dia.




"Oh.. dengan aku kau suruh cepat2 blah, VIP ni boleh nanti2 pulak! Bak sini clamp tu biar aku clamp kalau korang takut! Pak Menteri mana punye kereta pun aku akan clamp!" marah aku dah tahap hmbgyrtssx..dan tahapa2 lagi seranah aku suami isteri keluar waktu tengah marah!




Zuppp! Berdedai geng2 guard tu keluar dan bawak clamp2 untuk mengunci tayar kereta2 tanpa sticker OKU tetapi parking di tempat OKU. Antara mereka pun bertelagah mengatakan aku tak salah dan akhirnya mereka memberikan ruang parking untuk kami di tempat yang tadinya tak boleh..inilah pentingnya BERTIMBANG RASA!


Aku cuba tunggu siapa pemilik Unser tu tapi tak muncul2 sedang aku terpaksa bawak anak berfisio.




Lain pula di Hospital Serdang, tempat parking OKU dikawal rapi oleh guard dan kerjasama yang diberikan AMAT baik!

12 comments:

Amri Mat Saaid said...

tahniah tuan kulop,

Malaysia bolehland ni memang kene mcm tu aje

lanterajiwa said...

salam... tahniah bro... aku rase diaorang tu Orang Kurang Untung (OKU) kot?

---------=)

fahmi said...

assalamualaikum.. syabas kerana sound direct kat mereka.. selalu mmg jd mcm tu.. parking OKU ni mmg xpnah kosong,, jarang betul tengok parking tuh diisi kenderaan OKU.. kebanyakan org kita mmg pntingkn diri sndiri brbnding org lain.. inilah bahana kapitalis..

Zolkharnain Abidin said...

Tuan telah mengajar saya satu ilmu yang sangat bermanfaat iaitu jangan takut untuk menuntut hak kita. Tuan adalah contoh warga yang diperlukan oleh negara ini untuk menjadi negara berwibawa. Saya bangga dengan tuan.

Ah Win said...

iya lah bro
kat malaysia ni ramai unta-kaldai babi yang tak reti nak bagi ruangan/tempat kat org yang kurang upaya..ini tak semstika cacat saja.

hari tu saya balik kursus kat kl.Amik komuter ke subang jaya.tengok ada seorang auty india dgn sorang anak..tak salah mcm unur 2 tahun.
terpaksa la dia dukung anak dia pasal tkde org offer tmpat.dah la barang bnyak kiri-kanan.

saya nampak 2 ekor betina celaka pura-pura tidur(walhal tak tidur) tapi sayang nak bg tempat kat org yg susah.

ntah kenapa, rasanya mental kot?

TheSniper said...

Salam Yob...! Itu le pasei bila pencen daghi keghoje di kolumpo teman terus cunggit balik Kuale. Tak laghat teman duduk kolumpo sapei tua. Ate, mike bila udah pencen esok nak kemaner hala gamaknyer!?

Anonymous said...

Pemilik Unser tu pun OKU.....Orang Kuat UMNO...

D'ayo said...

Carrefour kat Wangsa Maju ni oklah jugak... siapa ada Pak Guard jaga parking OKU... tapi yang kesian dia, Pak Guard tulah... selalu kena maki kat Orang Tak Kenang Untung... sebab Pak Guard tu tak bagi dia orang parking kat situ... Syabas...

Anonymous said...

yap...susah wa slalu bwk wife pi fisio ke ppum, yap park utk OKU selalu kena sapu oleh ou

ronasina said...

PEMANDU YG KEBAS TEMPAT PARKING OKU ADALAH BAHALOL IBNU BANGSAT

Term Papers said...

Very good post. I have been searching for this post since many days. Now I have implemented the same for my site.

Unknown said...

Please tell me that you are going to keep this up! Its so good and so important. I cant wait to read more from you. I just feel like you know so much and know how to make people listen to what you have to say. This blog is just too cool to be missed. Great stuff

Term Papers help