Wednesday, April 29, 2009

perihal BABI dan MEE CELUP dalam PAS

Satu dunia kecoh pasal selsema babi. Kita pun menggelupur. Salahkan sana-sini, Mexicolah- babilah..tak sedar kita pun penternak babi terbesar di dunia..

Sebab tulah babi ni haram pasal banyak masalah, nak mansuhkan tak bolehlah..bukan kerja kita nak lawan Tuhan mau kasi mansuh itu babi..tapi kawallah!

Dalam satu seminar, aku diberitahu hampir semua kandang babi sama ada yang haram atau halal (hehe) terletak di tepi sungai. Taiknya masuk sungai dan air sungai pun mengalir dalam paip rumah kite..Pembentang seminar ni kata sewaktu dia melawat loji rawat air di Ijok, dia dapat melihat air dirawat dibubuh kimia untuk membersihkan semula air.. Orang yang memasukkan klorin dalam air berpakaian seperti angkasawan kerana klorin tulen jika kena tubuh bahaya!
Setelah dirawat dan dibubuh klorin didapati kuman dari babi TIDAK juga mati dan ia sampai di dalam paip rumah kita. Jika paip rumah kita tak pakai penapis ia akan lolos dan kita akan meminumnya..Wau sedap!! (kuman babi sebesar 1.5 mikron, so kalau filter kecil dari ukuran tu, cacing ni tak lepas..dan sekelepuk taik dari seekor babi bersamaan hampir seribu orang punya taik..cehh!! Bila kerajaan Selangor nak kumpulkan babi pada satu tempat dengan penjagaan berteknologi Jerman yang selamat dan bersih, ramai yang bantah!!
Nak berpolitik pun janganlah sampai bodohkan orang macam kamu yang memang bahalol , ceritalah benda betul, BABI betul korang ni!!


Mee Celup
ni istilah baru oleh Nik Abduh yang mengatakan dalam PAS ada 'mee celup' yang belajar agama celup-celupan telah menghasut bapanya agar menentang KERAJAAN PERPADUAN Umno-Pas. Yang belajar agama hebat dia kata "mee Goreng" lalu ditempelak Ir Khalid Samad yang mahu Nik Abduh jelaskan siapa yang menghasut tu..jangan 'goreng' lama sangat dalam kuali nanti hangus!!
Teman maleh nak layan isu menggelarkan orang lain lebih jahil atau melabelkan diri lebih beriman dari orang lain sebab teman dalam kategori char kuetiow kah! kah!
Cuma kepada mee-mee celup, mee goreng, mee segera, mee rebus dan mee udang dengor sini kulupsakah nak geromal..
Ingat dak dulu sewaktu PAS ditanya mengapa pindah ke bangunan di tengah KL berdekatan Lorong Hj Taib tempat pelacur, pondan dan mak nyah menyundal?
Kata salah seorang mee udang, antara misinya ialah nak dakwahkan juga "darai-darai" tu..
KAH KAH KAH! Dah berapa tahun dah ni? Mana ketua Dakwah? Tunggu apalagi? Jangan tahu baling botol kat Carburetor Dung je..pi lah dakwah..
pusing-pusing pun lebih kurang puak gerombolan juga.. apa cerita Adun yang tinggal anak bini tu? Mee siputkah dia?
Ustaz yang dikecoh menikah dengan artis perempuan bertudung tu apa cerita? Nikah ke dak? Sampai bila tak nak jawab? Dulu masa ceramah habis artis dilibasnya, la ni cuba bagi satu jawapan yang tak boleh membuat orang berprasangka..
nikah atau dak?
kulupsakah- mesti teman kena libas dengan mee hailam lepas nih..tapi takpelah sebab teman char kuetiow!

14 comments:

Anonymous said...

Nasib ko lahh...Dulu masa sihat orang panggil ko khinzir...sedap nama tu...Dah bawak penyakit kena sumpah pulak...BABIIIII....

abgBro said...

projek babi negara perlu disegerakan kata PPIM...babi btoi

~bro wa suke mkn kue tiaw mee..ahaa

daLyaanoon said...

CKTeow Kuale hebat sabgat ke brader lup!

kulupSakah said...

sedap macam bakkut teh, tanya bro pyan sedap tak bak kut teh atau itik leper?

ISA said...

Bro,

Wa nak rembat artikel pasal PAS tu...

Anonymous said...

sesema apa?
sesema babi...
sesema apa?
sesema babi....
sesema apa?
sesema babi...
sesema apa?
sesema lah!,BABI!!!!!!

heeee org yg kuat mkn babi mana reti sabor...

Anonymous said...

ko kutuk org yg ko benci dgn perkataan bahalol tu dah silap kot!

cuba semak balik sejarah Islam siapa bahalol sebenarnya dan naper org2 arab dulu gelarkan anak dia bahalol, sebab mengambil berkat kebijaksanaan pemilik nama itu.

Bahalol ialah seorg yg bijak pandai dan dikagumi.Mcm org melayu skang nih tak bg nyumpah anak2 ngan perkataan buruk2, kena kata 'bertuah' punya anak..

IndukYati said...

kesianlah pulak kat binatang sekor nie...asik kono penyakit jer..dulu JE kat tompek den skrng nie SF lah pulak...
Selsema apa..?
Babi pun jawap....lu pikrlah sendiri babiiii!!

kulupsakah said...

anony,
aku setuju bab bahalul dengasn Bahlul cendikiawan Baghdad tu.

tapi pembetulan, aku tak pernah MEMBENCI sesiapa cuma sekadar mengkritik menyatakan kasih sayang aku.

kotak14 said...

Thursday, April 30, 2009
madu yang dibuang,sebelum habis sepahnya......

aku terpanggil untuk menulis kisah ini.lambang persaudaraan dan persahabatan aku pada seorang sahabat bloggers.Jumaat lepas,heboh di akhbar akhbar utama,kisah seorang pengendali blog "pahangdaily"disaman sebanyak RM 2 juta atas tuduhan fitnah.Saman ini telah dibuat oleh Saiful Bukhari Azlan.Mangsa kononnya yang diliwat Dato Seri Anwar Ibrahim.

Pada jumaat lepas,aku ada menghubungi rakan rakan bloggers yang lain,apakah bantuan yang perlu diberikan kepada bloggers berkenaan "cucu mat kilau".Sayang seribu kali sayang,rupanya sahabat bloggers yang lain cuma ada kesedaran berpolitik.Tiada kesedaran sosial sama sekali.

Begitu juga sikap para pemimpin PAKATAN RAKYAT yang lain.terutamanya DSAI sendiri.Seorang bloggers yang membersihkan nama DSAI dilayan seperti seorang pelacur tua yang tidak mahu dibantu sama sekali.

Kemana perginya peguam peguam PKR didalam membantu "cucumatkilau".Adakah hati saiful izham,latifah koya,shamsul iskandar telah dibutakan dengan sedikit kemenangan.Dimana sikap kemanusiaan DSAI dalam membantu "cucu mat kilau".

Perbualan telefon aku bersama "cucu mat kilau"sebentar tadi menjelaskan segalanya.memang sah tiada bantuan,sama ada sokongan moral,bantuan nasihat guaman tidak ada langsung.

Beginikah sikap seorang peminpin yang langsung memperdulikan nasib seorang yang membela maruah DSAI sendiri.

Begitu juga sikap para sahabat bloggers yang lain.Sehingga posting ini ditulis,tiada sokongan dari sahabat bloggers sama sekali.

buat semua bloggers network,masih ingatkah kita dengan deklarasi semasa penamaan calon permatang pauh.dibawah khemah sambil menikmati asap rokok,mee udang dan nasi.Kita sama sama berjanji,untuk membela nasib rakan bloggers yang lain.

sayang seribu kali sayang,deklarasi berkenaan kita dilupakan.semua semakin hanyut dengan dunia glamour masing masing.Kita mula lupa daratan.menganjurkan berbagai majlis hi-tea dan pelbagai majlis cari glamouryang lain.

Kita mampu menebalkan muka memohon derma simpati untuk tembolok sendiri ketika berjuang ats nama parti.tapi kita lupa rakan sendiri yang kini terkontang kanting memohon simpati dan sokongan moral.

Jika beginilah sikap kita,yang lebih pentingkan tembolok sendiri,majlis hi-tea dan sebagainya..adalah lebih baik,kita para bloggers,pemimpin pakatan rakyat membuat pertunjukan sarkis.menjadi badut di pentas diketuai DSAI.

Ayuh,buka minda,buka mata hati...seorang rakan kita "cucumatkilau"perlukan kita semua dikala ini.Beliau bukan meminta wang ringgit,sebagai pejuang seperti beliau.Pamerkan no akaun di laman blog bukan pilihan.Beliau cuma perlukan sokongan moral.

berkenaan bantuan guaman,biarlah DSAI dan pakatan rakyat uruskan.

alang said...

Kotak 14. Aku hormat byk budak2 blogerNetwork. Tapi ada sesetengah tu sengaja menyebarkan fitnah yg keterlaluan. So, terima la akibatnya.

Anonymous said...

oooo...camtu ker kefahaman anda? Sucinya jiwa mengkritik org demi menyatakan kasih sayang dgn kata2 'BABI betul korng ni' ker?

hurmm...kdg2 masih tak faham sikap org yg memperjuangkan bahasa, bahasa yg mana satu ya? kalau saban hari bahasa yg dilafazkan cuma carut-marut dan maki-hamun jer.

kulupSakah said...

kita dikatakan celupar apabila melafazkan kata2 tetapi 'perbuatan' yg melampau tidak dpt diterjemahkan keceluparannya..
maka aku dgn penuh rasa tanggungjawab mencarut sebagai menterjemahkan kebobrokan mereka..percayalah aku sukar nak mencarut secara lisan dari mulut aku tanpa sebab2 tertentu!

Term Papers Writing Services said...

Term Papers Writing Services Really sad, feeling sorrow.