"Ingat tak sembang-sembang kita Sabtu lalu?" tanya Joseph. Ya, kami berbincang pasal zakat. Bagi Joseph yang Kristian tetapi mengiktiraf dirinya Jesus Muslim menghuraikan bahawa zakat bukanlah sekadar mengorbankan harta berbentuk material tetapi harta bermaksud sesuatu yang berharga seperti masa, nyawa dan hati demi kebaikan ummat. Zakat bukan untuk Tuhan kerana tuhan maha Kaya dan tidak memerlukan itu tetapi untuk ibadah diri kita sendiri dan insan lain.
"Semalam telah berlaku sesuatu yang ajaib (miracle) kepada saya. Terima kasih Kulup kerana membuka ruang untuk saya lebih memahami 'apokalips' dari Tuhan."
Wang Tuhan dan pengemis Islam
"Saya selalu memperuntukkan sedikit wang dari gaji saya untuk dizakatkan kepada gereja selepas ditolak semua keperluan bulanan saya. Bulan ini saya berzakat sebanyak RM262.00 dan saya mengisi wang itu di dalam envelop. Sewaktu di gereja selepas upacara sembahyang, pemungut akan 'round' untuk kutip zakat. Saya yang menyelitkan envelop di celah Injil terkejut kerana mendapati ada RM262.00 di celah helaian tersebut. Saya cuba membelek envelop yang saya yakin sudah pun saya isikan wang berjumlah tersebut di dalamnya tetapi tidak sempat membeleknya. Apabila pemungut itu sampai saya menyerahkan envelop tersebut. Kerana tak sedap hati, saya menunggu sehingga habis upacara dan mendekati mereka yang sedang mengira wang kutipan. Mereka membenarkan saya memeriksa envelop saya sendiri dan saya dapati jumlah RM262.00 ada di dalam envelop tersebut. Duit siapakah yang mempunyai jumlah yang sama di celah Injil saya itu?
Serta merta saya teringatkan kata-kata kamu bahawa apa yang kamu beri akan diganti Tuhan bahkan melebihi dari itu jika hati kita benar2 ikhlas."
"Di luar gereja saya terlihat seorang lelaki berpakaian koyak-rabak meminta sedekah. Hati saya sangat kasihan dan saya telah membelanja dia makan. Lelaki itu berkata dia sedih kerana orang Islam tidak membantunya tetapi saya menjawab jangan berfikiran begitu kerana rezeki Tuhan yang beri melalui seseorang yang tak kira apa jenis bangsa dan agama. Manusia hanya perantara saja. Terdetik juga apakah ini Malaikat yang cuba menduga saya atau memang benar manusia. Ah! Tak kisahlah!"
Jesus sayang Kulup?
"Selepas peristiwa itu saya entah kenapa asyik teringatkan kamu dan suatu ilham telah datang dalam benak saya, mungkin Jesus yang berbisik..mengatakan Dia sayang saya dan kamu Kulup! Jesus sayang kamu! Dia kata kepada saya Dia akan buka pintu langit dan curahkan kepada kita berdua dan limpahan dari kita akan turut dinikmati insan lain."
"Atas sebab itu nah! Ambillah pemberian dari saya ini!".. Joseph memberikan envelop yang bertulis "Jesus loves you, Kulup!".. "Opss! Jangan fikir apa-apa! Ambil saja! Ini pemberian Tuhan, saya hanya perantara..
Aku mengambil dan menganggapnya dari Tuhan dan akan memulangkan kepada Tuhan juga. Aku dapat melihat sekeping not RM5o di dalamnya.
"Eh Kulup! Ingat tak lagu "zakat" yang saya ciptakan dulu. Nah ini ada cd yang di dalamnya ada suara saya mengalunkan melodinya dan ini liriknya. Saya mahu kamu menyusun muziknya, gubahlah sesesuai mungkin. Apabila siap nanti, saya berhajat mengedarnya kepada kawan-kawan saya untuk menyanyikannya.." Joseph berkata dengan girang.
Aku melihat Joseph berlalu dengan vespanya sehingga kelibatnya menghilang. Kemudian aku merenung envelop berisi duit. Aku melihat pula cd dan lirik tersebut. Nampaknya kena cari MeoN dan Niki untuk menyusun lagu ni...
2 comments:
sesungguhnya gua pun mempercayai Jesus the messenger of Allah..
hahaha,,cool...
Post a Comment