Sebenarnya banyak benda yang aku labunkan dengan Darren, tapi off recordlah.. tapi antaranya:-
Darren, "Aku akui Islam antara agama yang masih agung di dunia ini. Yahudi saingannya. Kristian sebenarnya dah hampir tiada, ia kecil saja. Aku baca kitab yang Islam akan tertegak kembali pada akhir zaman tetapi sebelum itu ia akan mengalami proses hampir musnah dan ia dah nak berlaku sekarang!"
Aku berkata yang Islam pasti akan bangkit tapi mungkin dalam 'bentuk' yang lain. Kata Darren Islam akan menemui kehancuran kerana keadaannya hampir sama berlaku seperti Kristian.
"Apabila agama hanya menjadi milik paderi saja, penganut2 tidak dibenarkan mengkaji dan berfikir sebaliknya hanya menerima saja apa yang 'ulama' sampaikan. Budaya ilmu jadi lenyap dan berfikir adalah dilarang. Islam di Malaysia aku lihat begitu. Politik menguasai semua. Pengikut berfikir mengikut acuan yang diberi mursyidulnya. Kalau pengikut hadhari dengan ulama kerajaannya, PAS sebenarnya beruntung ada Nik Aziz tetapi sebahagian besarnya tak faham Nik Aziz..
Aku hairan," Kau tahu semua ni?"
"ahh! Tu belum termasuk tariqat-tareqat lagi, sama saja dengan Kristian yang saling menuduh aliran-aliran yang tak sehaluannya sesat! Aku nak tanya kau Lup, 2009 dah sampai April, apa buku yang kau dah baca, buku agamakah, apa-apakah?
err...
"hahaha! okeylah! Kau dah baca Muqaddimah Ibnu Khaldun? Itu muslim Malaysia wajib baca selain menghadam Ihya' Ulumuddin"
"aku dah baca cuma Ihya' tu tak habis lagi ke semua jilidnya, aku juga baca Fariduddin Attar Birds Conference dan aa..Ahadiat Akashah hahaha!"..aku menyambung," Juga aku baca Jesus, Testament dan aa...lupalah!"
Darren bagi pukulan maut," Kalau takut dengan dakyah, kita mesti berilmu dan beramal. Banyak mengkaji, menafsir, merujuk dan bukan berasa paranoid dan menganggap orang lain musuh. Nabi Muhammad dulu berniaga dan berurusan dengan orang Yahudi dan Kristian dengan aman kerana Haqqul Yaqinnya! Ramai yang perasan hebat tapi tong kosong- Israk Mikraj pun tak faham-faham lagi!"
Aku ketawa. Ketawa pahit..cuma Darren agak sugul bila aku bicara tentang konsep trinity ( yang ni off record)..dan bila aku buat pertama kalinya mengajak dia masuk Islam, dia menjawab' "Nur belum sampai!"
13 comments:
Salam...
Ada sambungan ke lagi bro....
Kalau x ade....syabas penamatnya masih ada sinar.....
Bro....
Catatan kau memercik akal fikirku yang telah kusam.....
Aku terus tertanya tentang diriku...
Seorang hamba allah yang sering terlupa pada penciptanya...
Seorang insan yang tidak mengenali diri sendiri....
Seorang insan yang pandir tapi megah berdiri...
Itulah AKU
Aku terasa kekurangan.. Orang bukan Islam lebih tinggi ilmunya tentang Islam, siap boleh baca Quran lagi. Orang Islam sibuk kata orang bukan Islam tak boleh baca Quran...
Insaf rasanya...
Untuk saudara Zackry ... info dari YB Saari Sungib, kutipan zakat kat Selangor nie je lebih kurang 200 juta ringgit setahun ... tambah dia lagi, kalau diperkemaskan cara pengutipan ... boleh gie 500 juta ... dan cara pengagihan sekarang kurang betul ...
bro lks,
baru2 ni teman tengok movie yes man. bila mike cerita pasal kesusahan nak buat loan...cerita pasal offer gereja tu, terus teman terfikir apakah duit zakat tidak boleh digunakan utk buat mikro-loan ke?
rasanya di bangladesh dulu ada banker jutawan islam yg pemurah memperkenalkan sistem mikro loan ni. tak salah teman dia menang hadiah nobel.
dlm yes man tu pun konsep dia hampir sama. cuma bagi loan dlm 500 dollar. kalau di bangladesh tu plg byk pun mungkin rm1000.
org yg diberi pinjaman mikro ni memnag biasanya akan bayar penuh dan ikut masa. sbbnya installment yg kecik dan dia terasa terhutang budi dpt buat pinjaman yg mudah tanpa byk kerenah birokrasi.
semakin menarik kisah ni br0...
Kita yang dilahirkan sebagai islam, tidak sampai tahap itu ilmunya. Apakah masih tidak insaf lagi kita dibumi Allah ini?
Salam lks,
Darren ker, komeng ker, bacalah quran khatam byk mana pun, tanpa hidayah Allah tak kemana perginya..yg melayu sibuk kutuk sesama melayu, maki hamun sesama melayu, carut mencarut sesama melayu apa kehal?mcmlah dah betol sgt! cuba renung diri sendiri bila kali terakhir ambik pedulik jiran tetangga (bukan nak kepoh), ckp lemah lembut dgn anak isteri, tel mak bapa(kalau masih ada), adik beradik kesemuanya...mana ada masa..sibuk..sibuk..jgn sibuk2 hal org..mcm2lah..pandai ckp islam bersaudara tp hakikatnya engkau engkau aku aku!
Para bapa2 yg ngaku islam tu...dah pastikan makan minum anak isteri mencukupi?jgn sedap ngeteh diluar, anak isteri tertidur menanti...lelaki yg paling baik ialah yg baik pada keluarganya (anak2 dan isteri)...
syabas bro,
tulisan yg mampu menghantam byk jiwa. tp konon jer depa tu...pasni kutuk org tak hengat2...
persoalan saya: 1. tanya pada org islam siapa yang sudah membaca habis buku alkitab injil org kristian, dan tanya pada org bukan islam yang sudah membaca dan mendalami pendidikan islam? ertinya org yang jahil dengan ilmu umpama katak di bawah tempurung. hanya bercakap bagi pihak komuniti dia.......
persoalan k2: berapa orang bukan islam boleh hidup di negara bukan islam dan berapa org yang beragama bukan islam boleh hidup di negara pertadbiran islam?
k3: di mana ada negara islam di situ lah peperangan dan keganasan berlaku. kamudian tidak pernah mengakui kelemahan ini, selalunya keganasan oleh islam kerana penindasan oleh yahudi atau kaum barat....
from anonymous to anonymous,
Anda telahpun menjawab sendiri persoalan anda sendiri yg ketiga.
Ramai org2 Islam yg tahu dgn jelas betapa jahatnya yahudi zionis. Amerika dan britain sebenarnya telah dicangkuk tengkuk mereka dan sedang diperosokkan dimata gelotin, dua negara ini hanya memainkan peranan tukang hayun gelotin itu saja, selepas itu Islam adalah sasaran laknatullah itu,yahudi zionis belajar quran bukan utk mencari kebenaran tp utk mencaari modal terbaik yg paling kebal utk melemahkan umat Islam. Dinegara kita mana2 yg sekular didodoi dgn kesesatan yg nyata dan mana2 yg cintakan agama pula dihampiri dgn topeng2 agama yg sepaling2 syumul. Kesudahannya dua2 cara ini tidak membawa kebahagiaan dan kejayaan sebenar melainkan asyik berlaga sesama kita. Bila mau ingat?I'm sorry...
Ini bab yg kita kena pikir,jgn dok sokong akedemi fantasial je...wink
ilmu aku tak tinggi cam lu bro..
I never thought of it like that, but it really is true.
Post a Comment