Monday, April 27, 2009

3 jejaka bikin gemparr!!

Ahad malam 25 April lalu di malam Pentas 152 anjuran bebudak Anwar Ibrahim Club memang hangat beb!!

Gua tak mau cerita pasal Amanat A. Samad Said 'ikon' baru anak muda pencinta Bahasa Ibunda kerana A. Samad Said seperti kata Rahmat Haron tak perlu buktikan apa-apa lagi. Duduk sebagai penasihat sudah cukup. Dia legenda dialah wira! Kita anak mudalah penyambung perjuangan ini. Juga Hasni Abas, setiausaha GMP yang geram nak baling kasut kat Madey si pencetus PPSMI.

Persembahan spontan baca puisi melalui 'handphone' oleh Pyanhabib toksah ceritalah..Anjing dan babi tersedak-sedak dibuatnya!
Rozan pun sedap. Budak pompuan yang berlagak seperti tukang karut dengan iringan muzik 2 kawannya pun bikin panas.

Tapi....
persembahan Black, Meor dan penyanyi latar Rahmat Haron bikin gempar! Lepas tu Black dan Meor pulak back-up Rahmat Haron baca sajak..POWER!!!
Black nyanyi lagu "Burhanuddin Helmi", Meor bantai lagu "I.S.A".. diiringi 2 penyanyi latar yang over- Rahmat dan Kulupsakah. Aku rasa nak terbang bila depa bantai lagu Syuhada Memali. Dzauk dah sampai, tali penyangkut gitar Meor tertanggal, Black hampir putuskan tali gitar, Rahmat menari ketipang payung..hahaha!!

Penonton ke meja menjual cd Black dan Meor. BRAVO!! Kutipan malam tu untuk dana album DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT Meor mencatat RM89.00..teruskan menderma!!

Ramai mencari album mana yang ada lagu Memali tu, awek yang jaga meja jualan CD Meor dan Black kata album tu belum dirakamkan dan diperlukan dana untuk menerbitkannya. Sekali lagi diulang- teruskan menderma dan sekali lagi diulang awek tu bini aku!!

Promoter Syafiq Sunny bagus, tak kencing..bayar cash selepas show!
Dan Rahmat bersungguh-sungguh menghabiskan duit membelanja kami makan malam tu. Yang kaya tetaplah mamak restoran..

hahaha! next project pleasee!!

8 comments:

alang said...

Salam abg. Abg meor selalu lepak kat CM ari apa n kul baper. Saje nak pi layan2 sambil menyaport projek Abg Meor. Online2 ni tak best. Takdak feel.hehe. Anjuran ADil memang saya tak pergi. Pantang.hehe.

A Mum Of Three Mohd said...

Salam,

Yoooo, wa caya sama lu Kulop!!!

meorpestajiwa said...

kita sedang mempraktikalkan makna perjuangan dan semangat..semangat datang dari kawan2 yg seperjuangan..tq

Pyanhabib said...

rahmat belanja? ceh!

benludin said...

perghhh

rugi aku tak pi
(mungkin kerana aku masih didalam bas A.staq-KL?)

Anonymous said...

hahahaha

keje mesti kene bagi kawan-kawan percaya


hahaha (kering)
-syafiq

Term Papers said...

I guess sometimes truth is stranger than fiction!

Unknown said...

Absolutely agree with what you stated. Your explanation was by far the simplest to understand. I say to you, I often get annoyed when people talk about things that they plainly have no idea about. You managed to hit the nail right on the head and rolled out everything clearly.

College Term Papers