Terperanjat aku apabila bertembung dengan Darren di Restoran Nasir. Darren, yang dah berbelas tahun menghilang memang kawan baik aku sejak kami sama-sama menjadi pomen awal-awal kedatanganku ke kota besar ini. Lebih memeranjatkan kini dia berjaya mengusahakan kedai alat-alat memancing, hobi dulunya yang tetap tak berubah-ubah.
Darren : Amacam bisnes Lup, ok?
Kulup : Oklah..maintain! Asal lepas bayar sewa, pusing modal, makan minum tu kira oklah
zaman ekonomi tak tentu arah ni!
Darren : Korang 'bumi' oklah..kami non-bumi ni terpaksalah pandai-pandai cari lobang,
Kulup : Ceh! Senang hapa? Sama je..baru ni aku pi YaPEIM nak tanya pasal peluang suntik
modal, receptionist kata pinjaman dibekukan, aku mintak nak jumpa pegawai, depa
kata semua boss takde, berkampung di Bukit Gantang. MARA pun hampa.. aku
tanya bank, depa kata kedai yang 'menumpang' dengan kedai lain tak layak, SUK
pulak kata dia tak bagi duit cuma bagi peralatan atau mesin yang diperlukan.
Darren : TEKUN?
Kulup : Hoooooooohh!! Tu tak payahlah! tu tempat puak tu nak perabihkan duit saja-saja je,
apa nak buat lagi? Mengadu kat ALONG le jawabnya!
Darren : huuhh! Payah jugak, aku ingat jadi bumi okey! ..tapi jangan sesekali jumpa ALONG,
Kulup oii..silap-silap hilang kulup nanti! Jom ikut aku!
Kulup : Ke mana?
Darren : Aku dulu bukak bisnes pun dengan dana kami. Jangan bimbang aku boleh tolong,
takde hal punya, ni tak kira bumi ke tidak, bangsa dan agama pun tak penting..
GERENTI DAPAT beb!!
Kulup : dana dari mana?
Darren : gereja kami!
........
15 comments:
kulup, lu pegi saja gereja biar yapiem kalut, jakim kalut, hah ha!
bro kulup, hati2..
mungkin mmg dia nak tolong, tapi melayu ni mudah rasa terhutang budi..takut nnt terbayar dgn iman di hati..
Bro,
Aduh..., mata pedang pun tak setajam tu...,
Apa guna ada Mara, Yapeim, Tekun kalau nak isi borang mau ada cop mohor Adun atau MP, paling cekai Ketua JKKK.
Baguih juga kalau pi mintak kat gereja!!!
Apa kata kita kempen semua peniaga melayu, nak buat pinjaman pi minta dengan gereja...
Aku nak pi asah mata pedang jap...
org islam di malaysia ramai yg kaya tapi kebanyakan mereka kaya utk anak beranak tak terpikir nak tolong org lain. tengok rakyat aceh dan pakistan sebagai memberi contoh, mcm mana diaorg membantu sesama bangsa mereka. dtg malaysia dengan tanpa ada apa2 tapi mereka boleh bina empayer di malaysia kerana sepakat dan saling membantu dari segi modal.
org melayu islam kita bila kaya sikit nak beli kereta dan rumah besar. tu yg TGNA marah. apalah salahnya membantu sesama bangsa dan agama.
pi aje gereja tu LKS tapi aku paham apa maksud kau.
din
Salam.. kulup... aku pun x pandai.. tp cuma untuk ingatan sesama islam jer.. pastikan klau buat pinjaman jgn sampai terlibat dgn riba.. biar kita susah kat dunia..asalkan x kena jawab kat akhirat. x tertanggung weiii...Rasulullah pun bukan hidup senang. nak compare tentang perjuangan dan dugaan lagi la jauh spt langit dgn bumi.
Pembaca semua klau nak study bab riba, nak tau betapa bahayanya riba ni,leh tengok kat http://www.zaharuddin.net/
Tp klau ada lobang2 pinjaman tanpa riba sound la kat gua.. gua pun nak jugak...
wa tau bro lu cuma mau bilang hebatnye cara org kristen menjarum kan br0..dan
betapa hampeh kunyit nye cara badan ekonomi islam/myu nak menolong sebangsa dan seagama..
kahkahkah
Sana susah situ susah, mintak tolong kat gereja jer, agak2 dia main rasuah ko kuarkan jer ayat2 quran yg sesuai, agak2 dia bising ko ngaji jer banyak2 kat dia, mudah2an berulang lagi sejarah mcm mana saidina umar dulu masuk islam, tul tak? bila lagi kau nak amalkan perkara2 yg kau dah ngaku kau beriman dgnnya? Jaga nawaitu, toksah nak nunjuk2 kat umno ker jakim ker, tu dah riak namanya. So selamat kegereja, selamat berdakwah, moga berjaya dan bahagia.
Syukurlah Allah ketemukan saudara dgn Darren, selama ni tak cukup ruang saudara menghina dan mengutuk bangsa sendiri yg kononnya lebih jahil dari saudara, lepas ini siapa tahu berbakul2 saudara memuji2 saudara2 baru saudara tu...peluang dah terbuka luas didepan mata, apa ditunggu lagi?
Selamat berdakwah, Allahuakbar!
Lup
Kamu pergi gereja minta pinjam duit.Jgn murtad dah le.Lepas tu kamu panggil pemberita kata kamu pinjam duit kat gereja sbb TEKUN tak bagi sbb bukan ahli UMNO,yg lain lain pun tka bagi dgn alasan msg msg.
Tgk apa mufti mufti dan UMNO komen
LKS,
Wa tau lu, walau ada org tak paham apa lu cuba sampaikan. itu masalah diaorg sbb tak mahu tuntut ilmu yg tersirat.
ini satu contoh ngapa org melayu ramai murtad.
teruskan. buka minda org melayu yg mmg lemah ni.
Gua doakan brader selamat sudah...
hahaha. Kita ni kan Negara ISLAM Version Umno. Nilah HADIAH BN untuk rakyat.
persoalan saya: 1. tanya pada org islam siapa yang sudah membaca habis buku alkitab injil org kristian, dan tanya pada org bukan islam yang sudah membaca dan mendalami pendidikan islam? ertinya org yang jahil dengan ilmu umpama katak di bawah tempurung. hanya bercakap bagi pihak komuniti dia.......
persoalan k2: berapa orang bukan islam boleh hidup di negara bukan islam dan berapa org yang beragama bukan islam boleh hidup di negara pertadbiran islam?
k3: di mana ada negara islam di situ lah peperangan dan keganasan berlaku. kamudian tidak pernah mengakui kelemahan ini, selalunya keganasan oleh islam kerana penindasan oleh yahudi atau kaum barat....
Very nice write up. Easy to understand and straight to the point.
Nice to be visiting your blog again, it has been months for me. Well this article that I've been waited for so long. I need this article to complete my assignment in the college, and it has same topic with your article. Thanks, great share.
College Paper
Post a Comment