Friday, April 10, 2009

MEREKA TETAP TEGAR!

Biar seribu nama dibariskan sepanjang bergegarnya ombak reformasi, mereka tetap tersendiri. Telah ramai yang tewas, ada juga yang sudah gugur tetapi mereka tetap di sini. Berjuang walau tidak dikenali. Walau terkadang dipandang sepi.

Di bawah ni Zali Gombak, kaki demo. Suara besarnya melaungkan slogan semangat akan membakar suasana menjadi lebih 'meriah'. Zali pernah dihumban ke lokap. Kalau itu dikira sebagai markah sebuah perjuangan, dia lulus!

Ummu Asiah (gambar di bawah) giat memperjuangkan Gerakan Mansuhkan ISA bersama-sama keluarga. Anak-anaknya turut menjadi sebahagian dari sejarah perjuangan ini. Ummu Asiah atau Kak N juga pernah ditahan dalam sebuah demonstrasi dan masih sempat menelefon aku di dalam balai, kah kah kah! Suaminya Abang Bad antara yang ditahan di Kuala Kangsar sewaktu kerajaan PR di Perak dilanun skuad Najib. Anak muda yang berkaca mata ini adalah anak lelaki Animah Ferrel MPT Parti Keadilan Rakyat.
gambar di bawah ni istimewa kerana mewakili berbagai generasi. Din (paling kiri) mengenal apa itu perjuangan sejak berumur 10 tahun lagi, diheret ke sana ke mari oleh ibu bapanya (Abang Baha dan Kak Normah) ke setiap perhimpunan, ceramah dan majlis-majlis sejak peristiwa pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.
Pak Engku pula memperjuangkan kebenaran sejak era Semangat 46 lagi. Beliau begitu teliti dalam kerja2 dokumentasi kerana menyimpan keratan2 akhbar sejak lama dulu. Keratan akhbar Mingguan Malaysia tentang Umno diminta siasat harta Raja-Raja yang aku gunakan dalam blog ini adalah sebahagian dari koleksi beliau dan keratan itu merebak dari blog ke blog sehingga ke akhbar Suara Keadilan.
Saudara Nazri dan Azizi mewakili generasi masa kini terlibat sebagai tulang belakang PKR dalam menganjurkan program. Azizi- Ketua AMK Bandar Tun Razak pernah mencuit hati dengan menggayakan fesyen ala badut sewaktu PRK di Ijok dulu.


Aku dengan Pak Amjal yang bertubuh kecil (kelihatan seperti aku sangat besar dalam gambar di bawah) tetapi kental. Sesiapa pun tidak akan lupakan orang tua ini memanjat pagar pembahagi jalan dengan bendera PAS dipakai di belakang badannya seperti Superman dalam suatu perhimpunan rakyat. Pak Amjal memilih untuk dihukum penjara sebulan bersama YB Mahfuz dan Salahuddin Ayub kerana bersalah menyertai perhimpunan menentang pasukan kriket Israel datang ke Malaysia penghujung 90an dulu. Kalau ke Pantai Dalam atau ke Universiti Malaya, singgahlah Restoran Amjal miliknya yang juga bapa saudara kepada Tukar Tiub.


gambar bawah- Abang Junaidi (kiri) beberapa kali dilokap kerana mengusahakan vcd ceramah politik tetapi akhirnya dibebaskan kerana tiada akta yang sesuai untuk dicas. (ada ke dia dicas di bawah akta perfileman, kah kah kah!).
saudara Nasir Isa (kanan) pernah mengungguli carta paling banyak kali dilokap menewaskan pendemo tegar Tian Chua (YB kini) semasa era reformasi. Rakan karib Allahyarham Umar Tan yang banyak membantu menggerakkan berbagai program. Nasir juga begitu mengambil berat akan keluarga-keluarga mangsa tahanan. Bekerja sendiri dan gelut mencari nafkah kerana disenaraihitamkan sejak 1998 namun dia tetap seperti dulu.



Maaf jika ada lagi yang belum sempat aku pamerkan. Insyaallah kawan, aku akan abadikan cerita kalian di dalam blog kecil ini sebagai menghargai wira-wira yang tak didendangkan. Tanpa setitis air, belum tentu gelombang akan terjadi!
REFORMASI!!



20 comments:

Anonymous said...

Tahniah dan tabik hormat kepada semua "un-sung hero" reformasi. Berjuang tanpa mengharapkan pangkat dan imbuhan, hanya ingin melihat Malaysia diurus tadbir dengan adil dan beramanah. Alangkah indahnya kalau dapat dibukukan nama-nama mereka berserta tulisan kisah perjuangan yang telah dilalui. Apapun semoga usaha ikhlas mereka diganjari Allah.

cree said...

Tabik spring untuk semua wira-wira.
Terasa betapa kerdilnya diri ini
dibandingkan dengan mereka.

cree said...

Tabik spring untuk semua wira-wira.
Terasa betapa kerdilnya diri ini
dibandingkan dengan mereka.

abgBro said...

Allahuakbar..

TAbik juge utk para pejuang2 keadilan sjagat yg masih utuh..

aku percaya sdr2 ku ini kdg2 soru pun miss..tapi lawan tetap lawan

aku masih 100km di belakang mereka...adehh

Ya Allah

al amin said...

sebagimana di ucapkan oleh

syekh yusof kenali Al Kelantani

"Tidak menjadi korban kepada pengorbanan dan tidak dimahkotakan pahlawan"

Sesungguhnya didalam perjuangan tiada hamparan permaidani merah,

ayuh saudaraku mari kita tetapkan matalamat hidup dan mati.

salam refomasi

AKUOKU said...

abg junaidi antara orang yg banyak menolong keluarga kami semasa mahu memulakan perniagaan cd. masih membantu sehingga hari ini. jasa beliau dan keluarga tak mungkin dapat dibalas. beliau juga banyak membantu org lain. hamba Allah yg sangat baik dan semoga Allah memurahkan rezeki beliau.

bukan panglima perang pun said...

restoran pak amjal ni memang dah agak selalu dah aku makan.nasi goreng ayam dia kawwww gitu.tapi jarang pulak nampak pak amjal kat sana.

dan aku tau ada pakatan nak cuba jahanamkan perniagaan pak amjal.harap pak amjal bersabar la banyak-banyak.semoga murah rezeki hendaknya.

kulupSakah said...

anonymous,
aku pun tengah nak pikirkan 'pembukuan' (eheh! perkataan baru) tentang unsung heroes ni!

cree,
aku memang tabik melantun2 pd depa

abgBro,
memang depa struggle nak survive tapi depa lasak!

al amin,
haiya 'alal falah!

aku oku,
Allah jua membalas..

bukan panglima,
kita doakan agar Allah memelihara Pak Amjal dari hasad dengki dan khianat

Anonymous said...

Yang abang Junaidi tu macam aku cam jer........dia biasa sembahyang berjemaaj kat masjid kg baru.......dia tu org kg baru kan.........

Unknown said...

Syabas untuk semua. Selamat berjuang. Tidak ada perjuangan tanpa pengorbanan.

kulupSakah said...

anony,
ya! tulah abg junaidi

LAPAN GALLERY said...

Assalamualaikum,
Aku ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada para pejuang diatas yg disebutkan saudara kulup dan yang sealiran dengannya bagi pihak diri aku, ibubapa aku, anak isteri aku, adik beradik aku, saudara-mara serta cucu cicit dan seluruh generasi aku yang akan datang (INSYAALLAH). Hanya Allah saja yang mampu membalas jasa dan pengorbanan kalian semua. Doakanlah wahai PEJUANG sekalian untuk diri Aku dan seisi keluarga Ku agar diberikan kekuatan untuk bersama langkah PEJUANG seperti KALIAN! ALLAHUAKBAR!

ummu asiah said...

terasa sangat kerdil dibandingkan dgn apa yg tertulis..

kita semua bangun dengan pengorbanan dan kezaliman yang menimpa org lain..ada hikmah di balik setiap perkara yg berlaku..jika DSAI tidak dilucut jawatan dan dizalimi sudah pasti kita semua masih lagi leka..jika 10 org reformis tidak ditahan ISA di tahun 2001 sudah tentu tidak ramai yg tahu betapa zalimya ISA..(tp sayang 3 org diantara mereka pi jilat balik org yg tahan mereka bawah ISA!!)..terkini isu Perak..dek kerana kebodohan dan kerakusan si Naji$$$..lebih ramai lagi rakyat yg bangkit membenci kerajaan BN...

begitulah sejarah yang tertulis..syukur..moga kita semua terus kekal bersemangat..apa-apa pun tak leh lawan episod gear 3 dan 4 tu..mmg..tak ada yg boleh lawan semangat dan keberanian itu dengan 2 orang anak istimewa bersama..

kerani-opis said...

Berkalung-kalung tahniah juga kepada pemilik blog dan isteri serta anak-anak, pengorbanan abang dan kakak serta anak-anak tidak dilupakan.Hadir dalam setiap program rakyat....sejarah tidak pernah menipu tentang kehadiran penggiat dan aktivis reformasi.Cuma terkilan kerana ramai dari perjuang dan aktivis yang dilupakan serta ada pulak makhluk-makhluk yang ketika ramai disenarai hitam kan nama, dibuang kerja, disumbat ke lokap, mereka masih menyokong pemimpin bacul dan setelah nampak akan bendera kemenangan dengan tangkas mereka berdiri di sebalik tiang yang menaikan bendera tersebut.....
HIDUP-HIDUP....HIDUP RAKYAT, SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT......R.E.F.O.R.M.A.S.I KERANI-OPIS BLOGSPOT

Anonymous said...

salam perjuangan..
moga Allah merahmatai dan memberkati hidup anda sekalian..
perjuangan x pernah menjanjikan kemewahan dan harta benda, hanya kemanisan melihat keadilan dan kebenaran tertegak di bumi ini menjadi penawar..
kredit utk korang sume..

selalu nak g restoran Amjal, tp x menyempat..
kisah perjuangan Pak Amjal patut dicontohi semua golongan muda..

gangga awana said...

salam..

brother zali yang memang ku kenali sentiasa mantain dari dulu hingga kini..restoran pak amjal antara restoran wajib bagi aku nak lepak..lagi-lagi kalau balik lewat dari opis...

singgah sat said...

betuiii..tabik spring utk semua reformis ... yg tetap setia berjuang.. walaupon tak terkenal... Ini dia pejuang sejati.. tak perlu nak tgu nama naik jadi popular..

Last sekali aku pi kedai pak Amjal thn 2002 kot.. masih student time tu...huii kalau pi tghari mmg panas tui kedai tu.. hehehe..
Skrg ni dah ada kipas kot?

Anonymous said...

KERAJAAN PAKATAN WAJIB MEMBANTU PEJUANG REFORMASI YANG BERJUANG ATAS DASAR SEMANGAT PERJUANGAN YANG TULIN ,KERANA INDIRECTLYNYA MEREKA-MEREKA INI SEDANG DAN TELAH MEMENUHI AGENDA POLITIK PR.TAPI BIASANYA GITULAH..SEPERTI KATA RAHMAT HARON,PEJUANG BIASANYA TAK DAPAT APA-APAPUN..DAN TIDAK AKAN DIKENANG MAHUPUN DIPEDULI..BAHKAN MUNGKIN AKAN DIBAKUL-SAMPAHKAN JUGA BILAMANA PR BERKUASA..HA HA HA ..

Samudera Tinta said...

Barulah saya tahu pak Amjal ada hubungan darah dengan tukar tiub.

Dulu masa kat UM selalu juga lepak kat restoran pak amjal.

D'ayo said...

Tahniah Bro kerana telah mendendangkan hero-hero tu ... hebat sungguh dia orang tu ... cadangan saya, sesekali, pada mereka di atas tu, hellolah dia orang tu ... lagi hebat kalau buat reunion dengan dia orang nie ... dia orang-dia orang je ...

ps ... aku mesti not in the list tapi aku tak kisah kerana siapalah aku kalau dibandingkan dengan dia orang ...