Tuesday, April 28, 2009

surat terbuka untuk KDN, Kementerian Wanita, Kebudayaan dan Kesenian, kumpulan Utusan.

Kepada,
Menteri KDN,
Menteri Wanita ,
Menteri Kebudayaan dan Kesenian,
Jabatan Perdana Menteri,
Kumpulan Utusan 28 April 2009

Bismillahirrahmanirrahim,

Dengan rendah diri saya ingin meluahkan rasa kesal kerana majalah Mangga terbitan Kumpulan Utusan keluaran Mei 2009 amat menjolok mata dan sangat lucah muka hadapannya apatah lagi ia digayakan oleh artis-artis yang beragama Islam.
Saya berpendapat tidak ada satu inci pun alasan dari segi syariat untuk menghalalkan bergambar begitu.
Saya berharap majalah yang mempunyai ramai pengikut ini memainkan peranan yang lebih aktif untuk menyuburkan budaya ilmu kepada para pengikutnya dan jauhkanlah dari menjadi agen maksiat.
Sama-samalah kita berusaha memainkan peranan membentuk masyarakat yang bermoral dan sopan.

Saya memohon maaf jika nama-nama kementerian tidak lengkap kerana saya tidak sempat menyemaknya kerana berasa terpanggil untuk terus menulis.

Sekian, terima kasih.


kiriman,
Kulupsakah

7 comments:

Shalehudin said...

Aikk.. tersilap blog ka nie..
sopannya ayaaaatttt..

alang said...

Tula pasal. Takpernah2 bro kulupsakah buat ayat SKEMA mcm nie. Keada org tulong post tuk dia.hehe.

binjidan said...

patutnya di bend je majalah gitu..
kementerian babi sondol..bongok bangang

benludin said...

mudah-mudahan majalah itu dijangkiti selsema babi

teman le ni said...

dalam urusan rasmi kita mesti berbahasa sopan kerana menghormati 'jawatan' itu..
tak bersetuju dengan individu adalah soal lain..
sama seperti Sultan Azlan..menghormatinya sebagai Sultan ok tapi tak bersetuju dengannya dalam beberapa perkara adalah soal lain..

Sahabat bertanya kpd Rasulullah SAW apa yang harus dilakukan apabila seseorang melakukan kezaliman.. Jawab baginda "bantu dia!"..sahabat bertanya," Bagaimana? Kalau yg dizalimi patutlah kita bantu tetapi bagaimana pula yg menzalimi nak dibantu?"

"Tegur dia!" jawab Baginda SAW..

dan cara menegur bolehlah difikir2kan, nak guna kasar ke halus ke..macam2.. 4 sahabat Nabi berbeza watak dan pendekatan tapi tindakan mereka 'tepat'

revrie said...

Sokong kamu brader!

Sungguh profit-oriented Mangga tu.

Term Papers said...

Very nice post, I keep learning about special new things daily from posts like this one. Cool stuff.

Custom Thesis