Monday, April 13, 2009

Aku balik dari gereja..(sambungan)

Aku dan Darren minum di warung sebaik saja keluar dari gereja itu..

Darren : Amacam Lup, betul tak aku cakap? gerenti dapat punye- TANPA syarat! Ok tak?

Kulup : Betul Darren tapi aku kena fikir dulu..

Darren : Why man? TANPA SYARAT!! Ni bukan Along tau?

Kulup : Aku tahu, my friend! Masalahnya aku kena fikirkan juga apa kata orang lain!

Darren : "Orang lain" itu tak tolong kau pun?

Kulup : Ramai jugak nasihatkan aku berhati-hati , jangan mudah terpedaya dengan dakyah!

Darren : Lup! Nasib kita kawan lama tau? Please...jangan sebut perkataan "dakyah"..ia
berbau negatif! Selama kita berkawan adakah aku pernah ajak kau masuk Kristian?
Kau pun tak pernah ajak aku 'convert' kan? Aku kenal kau, isi borang UMNO dan
berpura2 asalkan dapat duit TEKUN pun kau tak sanggup inikan pula tukar agama!


HAHAHA!!

Darren : Lup! Kita masing2 ada kepercayaan yang kita rasakan benar! Kita kena hormat tu!
Setiap agama ajar tentang kebersihan - zahir dan batin! Kami pakai kasut masuk
gereja demi kebersihan, Hindu masuk kuil cuci kaki sebab nak bersih dan Muslim
berwudhuk juga untuk kebersihan! Agama apa pun mengajak kita berbuat
kebaikan!

Kulup : Sangat-sangat betul!

Darren : Sebab tu aku marah kau gunakan perkataan "dakyah" tadi! Bantuan yang kami
buat ini adalah kerja-kerja kebajikan bagi kami yang dituntut agama. Bukan nak
berdakwah atau menyebar dakyah seperti katamu tapi wajib juga bagi agama kami
menolong insan lain..kami pun tak memaksa orang tapi jika berminat kami akan
bimbing! Tolong jangan kata dakyah! Kita ada peranan! ..tapi sorry to say..

Kulup : kenapa? takpe katalah!

Darren : Itulah yang gagal kamu orang Islam lakukan, kamu kata kami jahat cuba menjalan
jarum kami untuk memesongkan kamu tapi kamu tak buat itu! Mana pendakwah
kamu? Mengapa berceramah di surau saja? Mengapa tak buat lawatan ke hospital,
bina rumah-rumah kebajikan untuk golongan terbiar, masuk kampung orang asli
berkahwin dan tinggal bersama mereka- itu yang kami lakukan dan kami dikatakan
jahat? Kami juga akan ke syurga seperti kamu jika berjaya menyebarkan agama!
..Ahhh! Forget about it! Kita tetap kawan bro! Dan pasal 'loan' tu, fikirkan!


Darren, begitulah dia..tetap jujur dalam persahabatan. Dia terpaksa pergi. Sewaktu memerhatikan dia berjalan, aku terbayangkan kedai bukuku yang agak perlahan sekarang ini dan aku terbayang juga isteriku sedang menyusukan anak sambil duduk di meja kaunter. Kalimah "fikirkan" yang Darren tuturkan terngiang-ngiang di telingaku..

18 comments:

Ikemen said...

salam bro, fuyo...canteek...punywa cerita...betoi2..mmg pendakwah kita kureng istiqamah,kureng mujahadah dalam hal ni.

artikel ni patut disebarkan utk bacaan semua muslim terutama budak2 yang amik subjek dakwah di IPT.

Anonymous said...

good job!

ISA said...

Tabik spring 11 kali bro...

Tapi sayang ada juga makhluk yang tak paham dengan apa yang lu cuba sampaikan...

Wa ingat kena hantar diorang pergi kaunseling dengan Joe Rock bagi membuka minda yang lembab tu...

Lu kenal ke Joe Rock... ha..ha..ha..

abgBro said...

wa simpati ngan lu br0..tp ape kan daya wa pun sesak..

~ketika jaman kalut ini, longlai nye usaha dakwah kite..

~sape yg sanggup duk dgn org asli ni?? satu persoalan yg wajib diulang2 selalu diwar2kan keseluruh tanah hadhari...

kulupSakah said...

alfateh,
arakian, gitulah adanye..

isa,
apa cite joe rock? lama senyap..sakit depression datang lagi kot?tih tih tih..

abgBro,nengok muka kutu mcm kami pun depa jijik inikan pula nak ke sana

marauhirang said...

Salam Bro.....

Katakan padaku cerita ini semua fantasi....

Dan andaikata ianya satu reality....

Alangkah malangnya kerana ianya berlaku di sebuah negara Islam yang bernama Malaysia.....

Siapakah yang bersalah dalam hal ini...

Katakan saja....

Aku yang bersalah....
Aku yang menjadi puncanya..
Aku yang tidak ingin memperbaiki keadaan....
Aku yang mewariskan permasalahan ini....

Akulah punca segalanya

huhuhuhuhuhuhuhuhuhuuhuhu

rajauda said...

Marauhirang,

itulah hakikat sebenarnya yg terjadi di luar sana. Mereka datang dng berbagai bentuk dan rupa.

di belakang rumah saya ada sebuah rumah kebajikan kristian yg penghuninya berbagai kaum. kita nak cakap apa?.

musafir nak menumpang di masjid atau surau boleh ke?. semua di kunci kalau tak mereka dok tenung semacam aje...

iam_khufu said...

Memang bro, puak tabligh(atau geng 40 hari) kristian ni memang aktif bab masyarakat. Setahu aku yang paling ok dan tak mengharapkan balasan, tabligh kristian catholic dan Seventh-day Adventist Church. Tapi per2 pun lu tak yah la amik bantuan dia tuh. Bukan pasal apa, walaupun dia ikhlas nak tolong tapi jadi umat islam ni gua rasa berat gila kalau nak mintak tolong dari orang bukan islam.

ubilepih said...

Tanya,PKZ,JAKIM dan apa2 je yang sewaktu dengan nya apa depa bikin..ha..ha..Duit Zakat buat bayar hutang orang berjudi pun ada kes bro..tapi berani ke org komplen...pegawai zakat pun da bole pakan Camry..ha..ha

Zackry said...

Salam Bro,

Patutnya duit kutipan Zakat kita pun kena mainkan peranan macamana tabligh kristian nie buat. Tapi masalahnya duit zakat kita yang dibagi kat Lembaga Zakat dah lebih 50 tahun tolong orang fakir. Yang miskin tetap miskin walau dibantu duit zakat kita ntah kemana.

Rasanya kutipan zakat nie makan puluh-puluh juta setahun untuk satu negeri jek. Tapi persoalanya macam tak nampak kemana perginya duit tu.

Anonymous said...

saya melayu Islam yg ingin ubah hidup kpd lebih islamic, saya pernah nekad hampiri kumpulan2 brtudung labuh (bukan arqam) tp tak semudah yg saya bayangkan, wlp saya tutup aurat dan tak pakai pakaian yg jelas bentuk tubuh tp hanya kerana tudung saya sederhana dan tidak selabuh mereka maka saya direnung mcm org..(taktau nak kata apa).Rupanya saya tak semudah itu join usrah mereka bila dah ketinggalan kerana tahap pelajaran yg diajar bertingkat2 (wlp saya boleh ikuti), maka terhegeh2 saya cari kumpulan usrah baru, saya terima semua ini sebagai ujian Allah.Oleh kerana saya telah ada asas maka saya dapati isi pelajarannya mmg tidak bercanggah dgn apa yg pernah saya pelajari dulu cuma satu jer yg saya tak boleh tahan....semua contoh2 jahat ditujukan pada pemimpin2 umno dan semua contoh2 baik dikias ibarat pada diri pengajar itu sendiri, mcm begitu sempurna! naluri dan aqal saya jadi enggan duduk seiring lalu saya termuntah akibat pening...saya tinggalkan usrah itu dan kini sedang mencari2 sinar lain yg lebih bersih asalkan tetap dlm Islam.sahabat2 yg lain pun takder bezanya, suka menunjuk2 kebaikan yg telah dilakukan mungkin dgn niat agar boleh dicontohi, sygnya dah jadi lain pulak, saling berlumba2 agar lebih menonjol dimata ketua, gelilah pulak rasanya. Sebelum ini saya berkawan dgn ramai kwn dari byk agama, dibandingkan penganut islam, penganut kristian lebih mesra, tak suka memburuk2kan org lain hanya dgn mendengar cerita2 dari org lain, tak mudah berprasangka wlp kedatangan kita dgn pakaian yg tak serupa dgn mereka dan byk lagi, tp kerana saya tahu itu slah satu etika dan tactic mereka dlm berdakyah dan berdakwah wlp mulut mereka menafikan maka saya sgt berhati2.Anda pernah dgr bgmana anak2 muda melayu dikristiankan? caranya begitu halus dan mulus, dalam gemalai boleh terkulai.
kenapa hanya mahu melihat dan mengharap ulama2 k'jaan saja yg jalankan dakwah sptmana darren ckp tu? kenapa ulama2 pas tak mulakan dulu? adakah kerana hospital2 itu milik kerajaan? tp ugamakan tidak membataskan hal2 yg begitu? Pakailah pakaian yg biasa agar tidak difitnah utk berkempen, lgpun bila nak tolong jgn ambil kesempatan utk berkempen, cukup dgn sebut anda darimana, akhirnya org2 yg dibantu akan sedar sendiri dgn izin Allah, usah kita pertikai kerja Allah, laksanakan dulu kerja kita sebagai menunaikan amanahnya. sekian.

kulupSakah said...

betul sesangat korang ni..teruskan mengikuti..

Anonymous said...

Salam lks, mcm 'dalam' jer maksud 'fikirkanlah' tu. Tak apa susah sikit dulu asalkan jgn gadai masalah saudara kpd agama lain. mmg bukan senang nak berurusan dgn pusat2 pinjaman tp pas takder ker sediakan dana2 utk ahli2nya yg menghadapi masalah spt saudara?Masa ni kwn2 seketawa dan sesorak dgn saudara tentu ramai yg kata 'aku bukan tak nak tolong tp aku pun cukup2 jer'..itulah yg along boleh hidup lebih galak, tp saudara usahlah carik pasal dgn along, maju mundur dlm bisnis tu biasa jer bro, tak boleh hijrah tempat bro hijrah minda, pasti ada sinar dihujung terowong kecuali kalau Allah dah kambus tanah runtuh disana. er...banyak ke saudara nak guna duit?

Anonymous said...

persoalan saya: 1. tanya pada org islam siapa yang sudah membaca habis buku alkitab injil org kristian, dan tanya pada org bukan islam yang sudah membaca dan mendalami pendidikan islam? ertinya org yang jahil dengan ilmu umpama katak di bawah tempurung. hanya bercakap bagi pihak komuniti dia.......

persoalan k2: berapa orang bukan islam boleh hidup di negara bukan islam dan berapa org yang beragama bukan islam boleh hidup di negara pertadbiran islam?
k3: di mana ada negara islam di situ lah peperangan dan keganasan berlaku. kamudian tidak pernah mengakui kelemahan ini, selalunya keganasan oleh islam kerana penindasan oleh yahudi atau kaum barat....

iam_khufu said...

Bro Anon April 14, 2009 7:19 AM, Penindasan umat islam, kalau aku boleh bagi percent hanya 10% je dari bukan islam, lagi 90% datang dari orang islam sendiri. Tengok Palestine udah la. Keliling Israel tu sumer negara majoriti umat islam tapi ..........

Anonymous said...

saudara iam_khufu,

Mesir dan negara2 arab lain lebih rela berjirankan israel dari gaza, kuasa terkuat sudah digenggaman yahudi, sementara dlm gaza sendiri Islam terus berpuak2, tak terfikirkah saudara betapa 'menjadinya' menteri2 dajjal akhir zaman ini melaksanakan rancangan dan impiannya?

Dinegara kita pula tak terfikirkah saudara apa dan dimana tak kenanya dgn melayu Islam kita. Berhati2 dgn org luar dan dalam yg dtg membawa khabar kebaikan beragama dgn mencari kesalahan dan dosa2 org lain (walhal mungkin dosa2 itu tercipta dipedajjal mereka juga yg besar jarum peranannya tp dlm jubah dan topeng yg berbeza), lebih berhati2 lagi bila khabar ini diperoleh semasa kita berada diluar negara, bercampur dgn mereka yg dtg dari negara Islam yg telah hilang keislmannya (pecah belah),asalkan kita Islam saja maka sasarannya pasti ada, akhirnya mana ada masa nak bukak quran lagi, sudahnya quran dibaca oleh org2 yg cuba menangguk diair keruh sementara kita terus bersengketa dan berburuk sangka hingga lupa kehendak dan kepentingan Islam itu sendiri.

Islam itu suci tp kita terus2an menodainya...

iam_khufu said...

Bro anon April 15, 2009 12:05 AM, Bab penindasan semua negara ada penindasan tapi kalau kau cakap sebab orang islam berhadapan penindasan teruk di bawah bukan islam, isu tu patut kupas secara mendalam, bukan sekadar ambik satu contoh untuk nak kuatkan point ko sahaja. Aku bagi contoh yang pelbagai.

1) Islam kat China. Islam kat China tak disekat untuk berkembang tapi memang ada sekatan sebab kerajaan China amalkan fahaman komunis yang memang kita sedia maklum anti agama tetapi kalau nak dibandingkan dengan Agama lain, Islam lebih mendapatkan layanan istimewa berbanding kristian. Contoh masa olimpik hari tu China banned bible dari upacara olimpik bukan quran.

2) Islam kat eropah dan US. Umat islam kat sana mendapat sedikit keistimewaan sama taraf dengan agama lain kalau tak Islam tak kan jagi agama paling pesat berkembang kat sana. Jangan la citer islam kena kutuk dan dihina seperti kes kat belanda dan Denmark hari tu. Kalau ko pernah pergi kat Eropah dan US tiap2 hari ada orang kutuk pasal agama tak kira ISLAM, KRISTIAN DAN LAIN2 AGAMA. Sebab mereka anut fahaman sekular dan lebih ekstrem lagi ada yang jadi Atheis. Jadi kena paham la.

Bab orang islam tak baca quran bermaksud salah orang islam itu sendiri la bukan salah orang lain atau bukan islam. Sebab tu bila ko bangkitkan isu menyalahkan orang lain aku tak berapa setuju. Pasal tu la kau gunakan ayat kalau boleh bagi percet aku bagi 10% je salah orang bukan islam, manakala selebihnya salah sapa? jawabla sendiri

iam_khufu said...

Last paragraph pada ayat "Pasal tu la kau gunakan ayat" "kau" tukar "aku".