Saturday, April 4, 2009

..bila gelombang kedua memukul, AWASlah!


Sikap lunak Najib (kononnya) yang baru ditabalkan sebagai PM tidak dapat dinafikan akan turut mempengaruhi sikap pengundi PRK dua bukit satu batang. Ini jangan diperkecilkan. Seandainya barisan kabinet baru dibariskan Najib 'kena' dengan masa dan gula-gula yang diberikan menjadi, PR mungkin akan merosot popularitinya seperti PRU 2004 apabila Pak Lah menjadi harapan baru rakyat Malaysia menggantikan Mahathir yang dibenci ketika itu.

Tetapi PR tak perlu risau kerana populariti yang diraih Najib berdasarkan dasar2 yang diperkenalkannya nanti adalah sebenarnya respon kepada tuntutan PR selama ini. Hari ini MCA sudah menuntut kerusi TPM ke2 sama seperti dasar PR bahkan isu ISA dan penarikan semula larangan HARAKAH dan SK adalah 'jawapan' kepada protes PR selama ini. Jangan kecewa jika Anwar tidak menjadi PM atau PAS tidak berjaya menegakkan negara Islam. Ghandi tetap ikon walau dia bukan PM.

'Musibah' yang perlu dibimbangkan akan datang ialah apabila bahana kegawatan ekonomi yang kini melanda negara gergasi merebak ke Malaysia. Sekarang 'kepala air' masih belum sampai , dan jika gelombang ini memukul PM baru akan tergugat. Kritikan pembangkang akan mencabar kedudukannya dan biasanya kekerasan akan digunakan apatah lagi imej Najib di mata dunia agak tercalar dengan kes Altantuya. Negara2 seperti Indonesia, Korea, Perancis mahupun Mongolia sukar menerima Najib melainkan dengan beberapa 'syarat' yang menguntungkan mereka yang membuatkan orang terdesak seperti Najib akan berkompromi seperti perjanjian pelaburan perniagaan yang lebih memihak kepada mereka atau sebagainya.

Mungkin juga Najib terpaksa beralah dengan Anwar untuk menggunakan pengaruhnya agar memujuk negara seperti Indonesia atau lainnya menerimanya dan atas dasar sebuah negara, mungkin Anwar akur. Mungkinkah meneutralkan Anwar adalah cara terbaik mengatasi semua kemelut ini atau menyimpan Anwar ke Sungai Buloh semula dengan kes Saiful lebih berkesan? Seperti kata Khalid Jaafar entah kebetulan atau tidak, Najib secara tak sedar ibarat ular yang sedang menari lenggok mengikut tiupan serunai Anwar!

2 comments:

Anonymous said...

Muka tak malu MCA nak tuntut TPM2. Kot deme ade calon yang berwibawa entah ia juga. Ini, ahli deme semua hampeh. Takde beza dengan MIC. Agaknya MIC nak TPM3 kot? PBB TPM4, PBDS TPM5, PBS TPM6, PBRS TPM7 dan seterusnya hingga TPM14. Apa macam bergaya kita, ramei TPM. Rekod Dunia.

ubilepih said...

Kepala air belum sampai,tapi kepala dia masuk air dah..ha..ha..haa