Saturday, April 18, 2009

buta kayu alias buta seni!

gambar persembahan boria dari blog warisanboria


Kawan aku si pemuzik@penyanyi jalanan pernah suatu ketika didatangi pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk diangkut kerana mereka berpandangan golongan ini seperti 'masyarakat sampah' (bukan sampah masyarakat atau adakah kedua-duanya mempunyai pengertian yang sama?) yang perlu diselamatkan.

Mengapa masih tak faham lagi? Seniman jalanan dan juga pemuzik cacat penglihatan selalunya dikaitkan dengan peminta sedekah. Lebih malang lagi penyanyi jalanan dikatakan warga yang malas bekerja dan meminta sedekah adalah cara mereka mendapatkan wang dengan mudah.

Meh sini Kulupsakah nak khabor,
Menyanyi jalanan adalah suatu profesion. Mereka ini usahawan yang menjual bakat dan suara mereka. Jika anda ingin menikmatinya, belilah. Menariknya harga 'jualan' mereka dinilai oleh anda sendiri. Bayarlah dengan harga yang ikhlas tanda penghargaan dan jika tak mahu membayar dengan wang, bayarlah dengan senyuman dan anda masih boleh lagi menikmatinya! Inilah keunikannya berbanding dengan perniagaan lain. Jika anda ingin makan apam balik anda harus membelinya, jika anda tiada wang anda hanya boleh memandang tanpa menjamahnya. Dah faham?

Tak pernah ke luar negarakah? Di London misalnya seniman jalanan diiktiraf sebagai penggerak budaya. Mereka memohon permit dan boleh 'busking' di jalanan. Art Fazil anak Melayu Singapura busking di sana.
Inilah yang patut diajar oleh media khususnya media hiburan, bukan asyik dengan cerita2 gossip, cerai artis, berlenggeng di kolam dan sebagainya. Kalau adapun cerita pasal ni, kecik je ruangan. Jangan tidak kata orang.
Sebuah akhbar berbahasa Inggeris pernah menyiarkan 3 muka surat penuh kisah seorang penyanyi jalanan. Sesuatu yang tak pernah didapati oleh artis glamour arus perdana yang lain.

Didik masyarakat kita memahami seni dan budaya. Laman Santai Istana Budaya patut beri ruang kepada penghibur rakyat menjalankan kegiatan seninya. Baca puisi, dikir barat, ghazal, boria, wayang kulit dan lain-lain perlu dihidupkan semula. Budget yang besar tu nampaknya dihabiskan dengan artis-artis pop yang dah puas kita tonton di tv ataupun konsert2 percuma. Di mana ruang untuk seniman rakyat?

Aku biasa tonton persembahan pentas di sekolah-sekolah. Budaya karaoke dah menular di sana. Kalau ada deklamasi sajak, nada deklamasinya begitulah..intonasinya macam yang selalu mereka tonton di tv, stereotype tiada variasi. Mereka tak pernah tonton bagaimana Usman Awang deklamasi, Dinsman punya gaya, satira Pyanhabib atau aksi Abd Ghaffar Ibrahim.

Lama kelamaan kita jadi buta kayu, buta seni dan kita jadi robot yang tak reti 'bergurau senda' dengan cara yang bukan mengikut arus.

(adakah orang baca labun teman ni?)
Video Art Fazil dan Imuda melagukan Blues Untuk Rakyat

13 comments:

benludin said...

-art fazil housemate aku dulu2..mmg rock mamat tu!
-dgr citer album dia release bulan 4 nih...tunggu dan lihat je le

sheikh teluk intan said...

Salam Kulup Sakah,

Teman baca mike punya entri. Dan teman setuju dengan apa yang mike tulis.

Anonymous said...

pkr atau bn sama je yob..transfom..attitude,sama saja..manupalate,kronisma..kalau dalam musik,sama juga..kalau pakatan jadi cchampion nanti sama je la..mungkin lebih lingkup ..hoi pemimpin pakatan!!kamu kena dulukan orang yang lebih berhak,yang berjuang utk kepentingan kamu dulu,mangkuk!!

Harimau-Menaip said...

Den baco bro.

Labun hang memang membuka minda.

Pak Oncu said...

Kulup Sakah (kebetulan nama kambing jantan den kulup ) bab seni den memang buta kayu,,, tetapi den minat kat org seni yg seperti pyan, khalid salleh penjual ubat di JB satu ketika dulu,, aku minat lakuna bersahaja pelakum pelakun kita,,,tapi yg pasti nya den meluat dan loya tokak dgn artis meLAYU yg jobo lobih lobih..... semoga budak budak baskin mendapat tompek di persada seni Malaysia yg serba boleh ini,,,

fahmi said...
This comment has been removed by the author.
fahmi said...

assalamualaikum... teman bace blog bro.. sedap bebeno isi post ni.. harap2 adela perubahan lebih positif dlm dunia seni tanah air..

ubi said...

Beng!!Beng!!! dasyuuuummmm!!!! hantam yop hantam...jom megeteh...ha..ha

Anonymous said...

saya setuju pendapat dan pandangan abang ttg seniman jalanan ni.
saya pun suka dgn persembahan mereka yg ternyata ikhlas dan tembus hati.
tp yg buat saya takleh nak tunggu lama2 ialah kerana mata saya ni.
kebanyakan seniman jalanan ni selekeh.
tak mengapa nak berambut panjang dan berjanggut berjambang.
tp tak boleh ker disisir rapi dan biar kemas dipandang mata.
ada seorg seniman jalanan tu bila saya try nak sembang2 kan, bila dia bukak mulut jer, alamak! kat celah2 gigi dia ada serpihan2 cili kering tak tau sambal nasi lemak ntah bila punya makan!
gigi plak udah ler seropa dah lama tak jumpa berus,
berkarat lagi ditambah ngan rokok punya keladak asap,
pastu kat celah2 misai dan janggut yg disengajakan berserabut tu terselit plak juntaian2 meehoon semalam gaknya,
fuyooo...betol2 tanda berseni!
pastu bau badannya punyalah hapak...
seluar baju buruk takper bang,
no hal punya,
tp MESTILAH bersih bang...
tanda seni beriman...
saya tak maksudkan seniman jalanan tak berduit tp...
katalah mereka mmg tak berduit,
apa pendapat abang dgn apa yg saya tulis dibawah ni,
miskin dan pengotor adalah dua hal yg berbeza.
tak semestinya bila seseorg tu miskin maka dia harus dilihat dlm keadaan yg kotor dan tak terurus,
betul tak bang?
gara2 hal diataslah maka saya mmg dah tak minat ngan seniman jalanan ni KECUALI mereka tukar ketermpilan agar dilihat bersih, tak berbau dan tak serabut.
HIDUP SENIMAN JALANAN!
HIDUP ABANG KULUP!
maaflah bang kalau kasar bunyinya.

faizsaaid said...

saya macam kenal je orang yang kena bawak sound ngan jkm tu.

Saya memang respect seniman jalanan.

Term Papers said...

Your blog is really excellent. It inspires the readers who has that great desire to lead a better and happier life. Thanks for sharing this information and hope to read more from you.

Unknown said...

Your article and picture both are Extremely impressive. That I never regarded feasible to Accomplish It Was Like That Until something after I Looked over your post . You Gave Certainly a great collection is desired exactly how this process works Whole . I Will make sure to return for more advice. Thanks

Term Papers help

yanmaneee said...

golden goose sneakers
nike off white
golden goose outlet
pandora outlet
off white nike
hermes
chrome hearts online store
kyrie shoes
moncler
pandora jewelry