Friday, April 24, 2009

dia Jesus Muslim!

Bersembang dengan Joseph kadang2 lebih bermakna dari bersembang dengan rakan seagama yang lain. Biasalah di tempat aku ni, kalau dok bersembang takdak cerita lain, cerita kereta, motor- hantu, pancing ikan..
hisyy! Rimas!
Aku tak pernah dapat cerita agama dan kupasan dari 'kaca mata' kita warga marhaen di kedai kopi. Bagi kita, agama bukan taraf kita nak bicarakan, kita tak layak dan agama hanya untuk orang2 berkosmetik dan berketrampilan ala alim saja yang boleh berlabun.

Dengan Joseph yang dah berusia 55 tahun syok! Dia tahu isi Al Quran dan sejarah nabi-nabi.

"Agama di Malaysia telah menjarakkan hubungan antara kaum kerana kelihatan agama adalah milik peribadi sesuatu kaum. Melayu mestilah Islam dan kalau nak masuk Islam kena jadi Melayu. Begitu juga Hindu dengan orang India dan Cina dengan Buddha". kata Joseph.

"Muhammad dulu bergaul dengan berbagai kaum dan agama ketika berdagang. Siapa yang bagitahu Abu Talib bahawa Muhammad akan jadi Nabi apabila dewasa? Seorang pendita Yahudikan?" kata Joseph lagi." Macamana dia tahu? Berdasarkan ilmu dan amalan yang dipraktikkannya lalu Allah memercikkan ilham kepadanya. Bagi saya, orang yang tak percaya Tuhan adalah sesat dan akan dihumban ke neraka. Tetapi yang percayakan Allah akan ada tapisannya oleh Allah di tahap mana keimanan seseorang."

"Benar," kataku. "Nabi pun berkata bahawa baginda sendiri tidak akan masuk ke syurga kerana amalan yang dibuatnya tetapi sebab seseorang itu ke syurga adalah apabila Allah 'redha' ke atasnya. Amal ibadah adalah kewajipan kita ia bukan penentu kerana Allah yang lebih mengetahui sejauh mana keikhlasan amal ibadah itu sehingga DIA redha akannya. Kalau banyak amalan tapi ada sekelumit riya' ia akan binasa!".

"Disebabkan orang sekarang asyik berbalah pasal agama dan mengakui Allah hanya milik golongan tertentu saya telah mengambil pendekatan baru. Saya percayakan Isa dan saya percayakan Allah, Saya percayakan Muhammad dan Al Quran. Cuma saya tak ikut syahadah itu kerana saya mengikut Isa. Saya teruja apabila Al Quran mengatakan bahawa Isa Al Maseh akan turun pada akhir zaman membela kebenaran dan saya percaya segalanya akan terjawab waktu itu."

" Kulup, saya menggelarkan diri saya seorang Jesus Muslim!" .

7 comments:

adam said...

moga dia diberi hidayah oleh Allah

Unknown said...

Salam sdr. Kulup

Bila kita bersembang dengan orang yang bukan Islam, memang kita boleh mengiyakan atas sifat menjaga hati.
Tetapi "Islam" dan "Muslim" perlukan pengtakrifan yang sebenar. Banyak perkataan yang perlukan tkrif dan pemahaman sebenar seperti "Islam, Musalim, Mukmin" sama juga dengan "kafir/kafirun" juga perlukan pentakrifan. Semoga semua manusia yang bersyahadah faham.

Tapi masalah bagi kita "Halal dan Haram" pun masih belum faham.

kulupSakah said...

memang masalah..joseph bukan islam kerana belum pun mematuhi rukun islam yg pertama tapi kita yg dah ucap pun masih tak faham kalimah syahadah dlm2, yg mana nafi yg mana ithbat yg mana sebat...hihi!
nak kena menyelam ke blog wak jono ni

ISA said...

Betul kata hang tu KS, yang dah bersyahadah pun belum tentu Islam lagi.

Aku pernah bertanya dengan seorang melayu, soalan paling asas, apa yang membezakan Islam dan Kafir, dia jawap Solat.

Habis tu... kenapa tak solat? Dia senyap... fikir la sendiri..

Anonymous said...

kat malaysia ni kalau nak ckp bab ugama kena la ketayap atas kepala.kalau tak,takdak org nak caya.
ckp meletup2.takat ckp la..

tgk penganut ugama lain punya amal kebajikan.. ziarah org kt spital ,tlg org susah,pegi ceruk rantau..
pak-pak alim kita dok tang mana?yg ngaku pendokong islam lepak kt mana?

prang-prang kt surau,masjid,ceramah..

balik umah tidoq lena..

Anonymous said...

jesus muslim..hahaa..menarik tu bro..isa islam..but bila tulis jesus,melayu jadi heran..bila cakap isa..boleh diterima..hehe

ubilepih said...

Wa suka yusuf Islam..biar pun dia bukan melayu..ha..haa