Monday, April 20, 2009

Oh Bapakku!

"Ape ke henye kamu teroyok ni Sam?" tanya teman kepada Sam, budak Tingkatan 4 yang juga anak sahabat teman dari kecik.

" Bapak tak de duit nak beli buku rujukan sekolah saya. Cikgu dah mulakan pengajaran, malu dengan kawan-kawan. Depa semua dah beli buku,". Sam budak yang berpotensi untuk berjaya. Teman jumpa Salim, bapanya.

"bukan aku tak mahu beli Lup! Mestilah mahu! Bukannya mahei 30 ringgit lebih je tapi tunggule cukup bulan. Belum gaji lagi. 30 ringgit pun terasala jugak..terutama dalam keadaan ekonomi sekarang dengan barang mahei, bil api air lagi, prepaid anak bini pun nak kena topap! Hissyy!!".. Lancar mulut Salim berhujah selancar asap rokok keluar dari paru-parunya.

"Yang cekgunye pun satu hal..tak reti nak sabor sampe cukup bulan ke? Aku bulan ni dah le 2 kali pi klinik sakit dada.. lepas tu kakak dia kat UM pulak mintak duit sikit..Rabaklah !!!"..

dan teman rasa nak terajang Salim yang kedekut RM30 ni untuk buku anaknya apabila dia menjerit ke arah Nasir si toke Restoran, "Nasir! Bawak Dunhill besor dua kotak!"...

14 comments:

Unknown said...

Salam sdr. Kulup

Saya pernah maki kawan saya bila kedekut anak minta yuran RM5, tapi dia hisap Benson RM9.00/kotak. Perkara ini juga berlaku di kedai kopi.

Anonymous said...

salam bang,

tu ler ghoper khalifah akhir zaman ni kan
kalu betul sesak nak jugak mintak no akaun dia
tp bab ngisap ejen pengkarat gigi
pembusuk peparu tu leh plak
tu yg kekadang pening paler mikior,
nak2 yg manjang nyalahkan k'jaan
k'jaan kecik dlm umah sendiri pn siksa
abes kalu diberi kuasa sok lusa
leh ker ngadap rakyat berjota
ntah2 ngan bini pon kedekot
ari2 minum teh o
dia ngan kengkawan ngeteh best2
siap belanja kwn lagik
anak2 kesekolah ikat perot
ini mcm punya worang leh layanker
hayat dia?
naper abg tak terajang jer
bior dia sedor tanggungjawab
seorang bapak manusia!!!!
ntah2 abg pon sama...
heheheee
ini ler contoh khalifah masakini
pandai kawin suka berbini
org beranak depa beranak
org mendidik depa menternak
adusss senak!

sori bang.

Anonymous said...

salam lks

sian anak dia tu...mangsa kerakusan bapak dia yg pandai mengaji tp tak pandai mengkaji, yg taat solat tp tak betul kiblat.

Hrp sudi siarkan akaun no anak malang itu.
sama usianya ngan anak saya.
atau beri nama sekolah dia
insyaAllah ada peruntukan utknya.
kalau kita diberi kelebihan ringgit
bukan milik kita seorg kan
sekiranya kita terjumpa anak terbiar yg kelaparan
tugas kita hanyalah mengisi perutnya
bukan hak kita menghukum ibubapanya
kenapa begitu tak bertanggungjawab
soal lain2 serahkan pada urusan Allah
kerana segala yg berlaku adalah dlm pengetahuanNya.

Harap sdr kulup sudi menyatakan acc no anak bangsa ku ini ya.

wassalam.

Admin said...

Kulup..

Aku sokong bebenor cerite mike yang ini, hari tuh YDP PIBG satu sekolah sudah kasik tarok Sama parents yang datang masa mesyuarat agung PIBG untuk tahun ni..

Dia hentam cukup2 parents2 yang berkira nak bayar duit buku anak2, tapi kalau tukar sport rim keta, tuka henpon, BELI ROKOK sebgaimana yang ko cakap tuh boleh pulak...

Sekolah kat pekan pulak tuh, kalau kampung hulu-hulu banat tu lain la..!

abgBro said...

bro..kalu gtu crite nye..hang pesan kt bdk sam tu masa pak dia tdo rajin2 la usha seluor yg bersangkut ..haa!

D'ayo said...

Bro...

Buku boleh tunggu tapi benda tu mana boleh tunggu...

Pyanhabib said...

patut lu terajang terus salim tu!

HaHs said...

Bengong!

Nak bagi anak dia jadi mcm dia kot?

Bukan takde duit, tapi nak tunggu gaji. Alamat gaji bulan ke 5 kot baru dapat. Sayang, anak pandai2 tak diberi contoh yg baik.

Pandai plak tu cover malu, cakap hujung bulan. Sakit2 lg mentakedarah rokok. Adik beradik aku, tapi aku isap rokok murah.
Hehehe...

Kita ni belum tau kan?

Tinta Hitam said...

Teman tak merokok dan amat anti pd rokok..Rokok tu haram.Tapi susah juge nak cakap.sebab ustaz dan tok guru pun merokok..BUkan takt tu aje,bayk ahli PAS pun kaki pam rokok juga..

Camna la nak dakwah pd UMNO.Kalu le UMNO tu pandai berhujah dema akan ckp" poorahhh,rokok pun tka boleh berhenti nak ckp pasal negara Islam"..

TG NIk Aziz pun dah fedup sampai dia kata org merokok ni bodoh mcm lembu wapupun dia berserban dan berjubah

alang said...

Bro, lu tak bagi 30 ke kat anak si Salim tu. Kesian kat dia. Penat dia ngadu kat lu.hehe

daLyaanoon said...

Brader Lup,

Sruh en.Salim hadir mesy agung PIBG, pertikai kenapa cikgu tak boleh tunggu sampai hujung bulan!

Anonymous said...

Salam tuan tanah dan salam untuk semua : teman tak boleh nak menyebelah mana-mana sebab teman peronah merasa situasi cam gini ... teman kakitangan kerajaan gred rendah je ... masa tu gaji pun lebih sikit dari setengan ribu (oh ye ini cerita 90an dulu) masa tu dah lepas tengah bulan., baru je renew road tax kapcai teman, bayar sewa rumah, beli barang dapur (maaf teman bukan perokok) agak-agak berapa yang tinggal (duit belanja sekolah anak dah orang rumah teman sebelahkan sekali ngan duit ikan & sayur tiap-tiap hari) sekali tu adalah kes seperti di atas berlaku cikgu minta bayaran itu ini lebih kurang kat 40 ringgit (dulu belum guna RM lg) tempoh yang begitu singkat yang diorang bagi, mana nak cekau dalam tempoh nazak ekonomi cam tu, bagi orang gaji besor mcm depa tak jadi kudis pun, bg kami setakat kerani rendah ni 40 ringgit tu besor tau ... renung renung kan la

ubilepih said...

Kereta bru tak berhajat..ha..ha..ha..aku setuju sgt2 dgn tukar tiub

IndukYati said...

Naper rasa nak sepak..?naper tak sepak terus..dunia dunia..mcm2 hal