Monday, April 15, 2013

ABU bukan sekadar Asalkan BUkan Umno tetapi Anti Bodek dan Umpan!

Menuntut perubahan bermaksud menggantikan sesuatu yang buruk dan rosak dengan yang baru dan baik. Mengubah benda yang rosak dengan sesuatu yang lain tetapi juga buruk bukanlah perubahan. Sentimen ABU hari ini adalah slogan menukarkan umno yang buruk dan rosak kepada PR yang baru dan baik. Tetapi jika calon-calon PR yang dipilih tetap mengamalkan apa yang diamalkan oleh 'umno yang buruk' itu maka tidak gunalah perubahan.
Dalam keadaan mood hari ini menuntut untuk jatuhkan umno, ada oportunis membodek, melobi dan melabur untuk mendapat kerusi. Ini kerja jijik. Mengambil kesempatan. Akar umbi disejukkan dengan lagu 'sabar!', 'sokong!' dan 'bekerjasamalah' walhal cara kotor ini tidak lagi dapat disembunyikan. Ahli nampak. Tetapi segelintir ahli, dengan mood ABU ini akan bersifat apologetik. Kata mereka, jatuhkan umno dahulu barulah kemudiannya; setelah menang kita singkirkan yang jahat ini.
Reformasi yang hendak dilakukan mestilah berprinsip. Kotor tetap kotor. Tiada kompromi. Tiada peluang untuk beri peluang. Pimpinan tidak sewajarnya memikirkan parti adalah milik peribadi sendirian berhad atau tiga orang pekerja sendiri sahaja.
Politik baru ialah politik matang. Tiada ketaksuban kepada parti. Tiada kem cai-mengecai, tiada pemuja sosok individu, tiada autokratik tetapi lebih banyak berbincang mencari sebuah keputusan yang tepat.
Tersingkirnya orang-orang lama yang mempunyai rekod peribadi perjuangan yang cemerlang seperti Syed Hamid Ali di parlimen Batu Pahat, cikgu Lee Kim Sin penyandang kerusi Dun Kajang untuk memberi peluang kepada entah siapa-siapa dan tiba-tiba sahaja dijolok sebagai 'berjiwa besar' sangat menggelikan hati anggota parti apatah lagi jika kita bercakap tentang kepedulian rakyat.
Bukan rahsia lagi apabila muka-muka baru ini menggunakan taktik mengampu untuk mendapat kedudukan. Ini budaya lapok yang diamalkan umno. Yang selalunya kita laungkan 'Reformasi!' praktikalnya adalah di dalam parti kita sendiri.
Apa yang hendak direformasikan jika amalannya tetap sama?
ABU bukan perjuangan Asalkan Bukan Umno tetapi ABU adalah Anti Bodek dan Umpan!

1 comment:

C++ said...

Bhai...

Gua pon dah makin menyampah dengan diorang nih... banyak calon bangsat jer yang naik kali nih...

Kalu lar PSM bertanding kat kawasan gua... pastinya undi gua untuk PSM...

Same goes to Parti Komunis Malaya atau Parti Buruh... gua akan undi diorang kalu ader bertanding...

Nak undi PR dan BN... sori aaa.... tak kuasa gua... tambah lagi macam PAS... dengan slogan PAS ganti UMNO... hahaha

Hampeh