Mat Keris: bang! Kenapa sesetengah kawasan PR bertembung sesama sendiri? Mana yang dikatakan 'Pakatan Rakyat'?
Aku: Apa bezanya dengan BN?
Mat Keris: BN tak bertembung sesama parti komponennya, jika tak tercalon mereka diam. Kalau tak puas hati mereka tanding bebas. Tapi PR tak. Pas dan PKR pun bertanding sesama sendiri. Abang tahu apa persamaan BN dan PR?
Aku: calon-calonnya bukan pilihan rakyat tetapi pilihan pimpinan untuk kroninya.
Mat Keris: haha! Setuju. Abang setuju kalau saya kata Pakatan Rakyat ni bukan Pakatan Rakyat tapi Pakatan tiga parti saja?
Aku: hmmmm....
Mat Keris: BN sebenarnya bukan sepakat pun sesama parti komponen. Mereka hanya mempertahankan kepentingan. Status quo. Pakatan Rakyat sebenarnya adalah pakatan tiga parti yang tak muafakat pun.....(ketawa berdekah-dekah). Ia adalah penguasaan anak Ali di dalam Pas dan anak Ali di dalam PKR.
Mat Keris pernah jadi orang Pas. Era reformasi dia sertai keADILan. Berjuang menuntut pembebasan Anwar. Kerja dibuang, bisnes rugi. Beberapa bulan selepas Anwar bebas dia slow down , tumpu bisnes semula. " dah ramai orang baru dalam parti. Dulu masa zaman susah, kita nak letak jawatan sebab takde duit ramai yang halang dan suruh terus bertahan. Hari ini orang dah ramai dah mula bincang nak rebut jawatan. Baik aku blah!"
Mat Keris hari ini orang umno. Bukanlah berjuang sangat. Cuma boleh berniaga dengan aman saja katanya.
Mat Keris: belum menang dah bergaduh, kalau menang Putrajaya ada kemungkinan bergaduh tak rebut kuota menteri kabinet? Lagi satu, calon-calon ini calon 'cai' untuk pemilihan parti. Akhirnya PKR akan dikuasai bekas-bekas BN yang melompat masuk dan jadi calon kerana melabur dan membodek. Orang kiri dan reformis hanya tukang tepuk, tukang buat program aje. Tukang mobilise. Mereka ini macam daun kari. Masa nak buat kari sebok cari daun, kari dah masak daun letak tepi.
Paparon- peminat tegar kari kambing Hussin Brickfields
1 comment:
betul tu lup.. xyah taksud sgt dgn parti2 ni. naik bn atau pr. sama je. lain ler kita ni jenis kaki kipas. nnt rosak rumh tangga.. hilang pkerjaan.. aku mmg sokong pr.. tapi klu nak g demo kena pastu kena pijak dgn polis xde lah aku nak joint. sapa menang atau kalah dlm pru.. kita sbg org biasa tetap kena kerja gak carik duit.. mereka yg kita menangkan hanya mengira duit... ikutkan hati mmg aku nak balik mengudi.. tp bila aku pikir balik dgn tiket flite aku 2.5k berbaloi tak dgn pengorbanan aku.. utk PR? aku pikir semasak2nya.. xpayah lah.. baik aku beri 2.5k tu utk mak ayah ku di kampung.. klu aku susah sakit diorg yg akan dtg jaga aku pun.. yb2 setakat melawat utk penuhkan dairi berkempen je..
Post a Comment