zaman berubah. dunia bergerak. masa makin pendek dan alam makin sempit kerana arus teknologi sudah masuk ke rumah. segalanya ada di dalam rumah. anak-anak sudah tidak keluar sangat. tidak memotong kayu buat gasing atau menebang batang pisang berhanyut dengan rakit.
Bolasepak, tenis, golf sudah boleh bermain di dalam rumah. Sikit demi sedikit kelasakan menjadi luntur. Ilusi dibina di depan mata dan di dalam rumah. Laman sosial seperti facebook, blog, twitter dan lain-lain adakalanya disangka dunia sebenar. apa yang panas di situ disangkakan sesuatu yang benar-benar 'real' di dunia luar.
kita menyangka apabila kita menanam sayur di Farmville kita sudah menjadi petani berjaya. Apabila kita banyak membaca buku kita sangka kita sudah faham benar akan falsafah hidup. Membaca tentang kemiskinan tidak sama dengan benar-benar miskin. Bercakap tentang kesusahan ketika perut sedang kenyang berbeza dengan orang yang bermimpi kaya ketika tidur di rumah usang.
fatwa-fatwa di facebook sudah jadi kitab.
kita tidak lagi pergi mengembara mencari guru, menjalani disiplin berbai'ah dan berjazam, menjalani disiplin menuntut ilmu, berdamping lutut bertemu lutut dengan sang guru, merasai nikmat ilmu meresap ke dalam diri batin dan menelan nikmatnya.
ilmu sangat berbeza dengan maklumat. kalkulator boleh memberikan jawaban sifir lebih pantas daripada manusia tetapi kalkulator hanya menyimpan maklumat. Ia tiada ilmu.
Moralnya tulisan ini ialah ~ berbeza jika orang mengomen tanpa mengalami situasi sebenar dengan kita yang sedang berhadapan dan menghadapi apa sebenarnya berlaku. mungkin belum sampai masanya semua ini terbuka. Tapi jangan khuatir. Yang ikhlas akan bertahan biarpun dilupakan zaman.
1 comment:
Bhai Fendi @ PapaRON 97...
Paham dan jelas.... thanks..
Post a Comment