Bagaimana calon sesuatu parti dipilih? siapakah panel pemilih dan sejauh manakah ketelusan panel ini? Ini persoalannya kerana kerap terjadi pilihan dipersoalkan. Soalan pertama tentang panel pemilih - apakah mereka turut juga bertanding? Dan memegang jawatan besar dalam struktur organisasi? Selalunya kita melaungkan ketelusan tetapi di atas kertas ketelusan mudah ditulis tetapi sejauh mana ia boleh dipraktikkan dengan benar-benar jujur?
Ini kerana jika panel pemilih juga bertanding sama ada dalam pilihanraya umum dan pemilihan jawatan di dalam parti maka risikonya akan berlaku konflik kepentingan (conflict of interest). Dengan tidak menuding kepada sesiapa, besar kemungkinan akan berlaku 'cai' atau percaturan dalam membentuk barisan atau kem. Malah panel sendiri juga akan mempengaruhi keputusan di dalam meletakkan 'diri sendiri' atau pasukan panel atau kawan-kawan rapat di dalam membuat keputusan. Ketelusan - walaupun sedaya upaya cuba dilaksanakan akan tetap menimbulkan persepsi.
Di dalam pertandingan kecil contohnya pertandingan nyanyian di peringkat sekolah atau pemilihan pengawas atau Juara Lagu sekali pun,, panelis atau juri yang dipilih seboleh-bolehnya dilihat tidak ada kaitan dengan diri mereka dan calon-calon. Ini asas sesebuah proses pemilihan.
Sebab itulah berlaku pertikaian di dalam parti tidak kira ketika pemilihan Umno yang menyaksikan wang banyak ditabur tidak termasuk projek atau tender kontrak, PKR yang melaksanakan pemilihan dengan formula 1 anggota 1 undi juga turut rosak apabila kes pemunggahan beramai-ramai dibayar untuk mengundi, kes PAS lambat mengira undi dan mengumumkan keputusan dan juga DAP yang memberitahu tersilap kira.
Lalu bagaimana formula yang harus digunakan untuk memilih calon yang sesuai bagi sesebuah kawasan? Janganlah terjadi ada yang sudah buat kerja tiba-tiba kena berpindah kawasan atau digugurkan. Ada juga yang bertanding di kawasan yang berlainan tiap-tiap kali PRU? macam mana rakyat nak kenal? Ada juga yang tiba-tiba dipilih berdasarkan populariti.
Pertama ~ amalan yang mengikut rentak BN merahsiakan tarikh PRU berjangkit dengan PR apabila pemimpin turut merahsiakan (atau sebenarnya tak tahu nak putuskan) siapakah calon-calon yang akan bertanding di mana-mana kawasan harus dibuang. Jadi strategi perlu dipasang. Kawasan mesti dikenalpasti untuk memutuskan calon bagaimana yang sesuai.
Kedua ~ Untuk calon yang sebelumnya memang sudah menyandang kerusi di sesuatu kawasan, parti harus turun ke akar umbi membuat survey tentang prestasi calon. Kalau setakat menunggu laporan dari Ketua Cabang atau kenalan di cabang amat tidak adil. Ini kerana bukan sedikit yang dengki dan ingin menjadi calon. Panel harus menilai semua pandangan - termasuk dengan penduduk setempat.
Ketiga - popular tidak semestinya boleh berkhidmat. Ada yang tiba-tiba dekat PRU masuk parti dan terus jadi calon melanggar orang lain tanpa perlu melalui proses dan disiplin parti. Kerana mereka selebriti atau memegang jawatan besar dalam jabatan kerajaan dahulunya atau bekas menteri dari parti lawan, automatik terpilih.
Ke kempat - paling bagus kalau panelis dilantik bergilir-gilir setiap penggal dan untuk penggal yang mereka ini menjadi panelis, mereka tidak boleh bertanding. Bukannya bertanding lebih daripada satu kerusi.
nanti dulu.....tak habis lagi. akan bersambung, ini baru draf..ada cadangan lain?
3 comments:
Bhai Fendi @ PapaRON 97 ...
Err... PR ader ker mekanisma telus untuk pilih calon nih... setahu gua takder... main ikut kapla pemimpin jer...
PAS, DAP dan PKR samer jer peel dier... kuat lobi dan rapat dengan pimpinan sudah cukup...
Aper daaa....
Anyway... nih gua ader tulis satu guideline dulu... http://cipantapirtenuk.blogspot.com/2012/09/senarai-calon-pilihanraya.html
Pilihlah calon utk bertanding awal bukan Di saat terakhir supaya dapat kenalkan calon dgn penduduk setempat.
bro kulup
cuba buat survey.kalau cikgu lee bertanding bebas. ada harapan tak.
aku hardcore PAS tapi yg jelasnya aku rasa laungan demi rakyat PKR hanyala semata-mata slogan.
kalaula azmin/zuraida dtg kajang buat survey dengan rakyat kajang dah tentu mereka dapat jawapan dah.
so kalau cikgu lee tanding bebas.team aku nak pasang logo bebas seiring dgn PAS amacam?
Post a Comment