Saturday, April 13, 2013

Pengkaderan

Politik kepartian jarang mengasuh pengikut menjadi cerdik. Yang dibuat selalunya pengkaderan, mengolah kepercayaan dan mematuhi keputusan. Diajar strategi politik kononnya yang sebenarnya ada agenda peribadi.
Kalau kita lihat mesyuaran MLM biasanya upline leader akan berceramah beri motivasi, membimbing, memasang strategi untuk downline. Sambil memberikan ilusi-ilusi indah. Upline membesar-besarkan kisah susah payah perjalanan kejayaannya untuk dikagumi.
Sebenarnya agenda yang tepat ialah - merekrut agar kedudukan upline makin kukuh.
Begitu juga parti politik. Yang nampak bahaya dan bakal jadi pesaing jika sempat dicantas, cantas.
Hari ini rakyat makin matang. Tuntutan perubahan makin kuat di bawah sana. Cina tak pernah sokong Pas dan Melayu pantangnya dengan DAP. Tembok ini dah diruntuhkan. Semua sudah terima dan faham.
Ketika rakyat sudah selangkah faham, pemimpin politik mengundur setapak. Ada orang yang track record perjuangannya berpuluh tahun konsisten, mengepalai perjuangan, melakukan kerja-kerja kebajikan, sentiasa teguh ketika zaman susah dan gelap, menjadi ketua di kawasan-kawasan mereka...tetapi bila tiba nak pilihanraya, kredibilitinya diragui, kononnya kiri atau bahaya. Ada orang baru yang lebih berjiwa besar dan layak kata mereka. Tiba-tiba saja, ya tiba-tiba saja....
PKR - parti politik yang menarik. Ia telah melalui tiga fasa. Tak kiralah ketika bernama keADILan, Parti Keadilan Nasional sehingga bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia menjadi Parti Keadilan Rakyat.

Fasa satu - zaman susah. Zaman Anwar di dalam penjara. Zaman ketika sesiapa yang aktif akan berpeluang besar masuk ISA. Zaman kalau kita susah tiada wang, nak letak jawatan pun ahli tak bagi. Disokong suruh teguh bertahan. Ramai juga yang lahir pada era ini sudah hilang, menyeberang dan senyap. Demi survival. Ini kerana mereka kena hidup dan mereka bukan seperti orang-orang lain yang ada sponsor.
Yang menyeberang dan menikam, itu hal lain.

Fasa dua - zaman selepas Anwar keluar penjara. Ramai yang masuk. Kenalan-kenalan lama, bekas-bekas YB yang dah tak laku semuanya masuk. Anak-anak muda yang masih bersekolah sudah besar. Parti sudah tersusun.
Ini sedikit eksyen sebab ramai menyangka menang besar pada PRU 2004 dan Anwar jadi PM. Akhirnya tak jadi. Ramai kembali melompat.
Persiapan menuju 2008. Makin ramai yang sertai kerana yakin menang besar.
Benar! Menang besar dan menakluki beberapa negeri.
Makin ramai oportunis masuk menghimpit, masuk kerajaan negeri. Yang rasa dah lama berjuang, menuntut itu ini. Duduk di kerusi empuk. Ada gaji.
Dah pasang strategi untuk jadi YB. Buang pesaing.

Fasa ketiga- menuju PRU 13. Kali ini yakin tawan Pusat. Makin ramai masuk. Tawar diri. Yakinkan pimpinan. Pesaing dianaktirikan. Putrajaya di hadapan.

Kita tunggu!

Paparon - tunggu selepas PRU dan pemilihan parti. Ini best!