Thursday, April 4, 2013

Katak oh katak!

Ibrahim fail permohonan ketepikan prosid komital terhadapnya

KUALA LUMPUR 5 April - Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali telah memfailkan permohonan untuk mengetepikan prosid komital terhadapnya ekoran dakwaan menghina mahkamah terhadapnya dan penulis laman web Perkasa, Zainuddin Salleh oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada 15 Februari lalu, Anwar mengemukakan permohonann komital tersebut ekoran dakwaan bahawa Ibrahim dan Zainuddin telah menghina mahkamah dengan menyerang peribadi salah seorang hakim Mahkamah Tinggi di sini.

Peguam R.Sivarasa yang mewakili Anwar memberitahu pemberita, Hakim Datuk John Louis OHara menetapkan 16 Mei untuk mendengar permohonan Ibrahim bagi mengetepikan prosid komital terhadapnya dan juga permohonan Anwar untuk menghantar Ibrahim dan Zainuddin ke penjara.

Anwar membuat permohonan untuk mendapatkan kebenaran tersebut selepas mendakwa Zainuddin telah menerbitkan satu artikel yang kandungannya dikatakan menyerang keperibadian salah seorang hakim.-UTUSAN



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130405/ma_03/Ibrahim-fail-permohonan-ketepikan-prosid-komital-terhadapnya#ixzz2PYpZKObH
© Utusan Melayu (M) Bhd


Dengarnya mamat ni nak settle luar....hahaha!
Oh ya! Kat mana dia bertanding kali ni? Dan katak-katak yang lain?
Atau direbus?

No comments: