Thursday, April 4, 2013

Gossip Politik oleh Papa Ron

1 Politik Kunyit

Azmin Ali sebelum ini menjelaskan PR sudah bersedia menghadapi PRU sejak Jun tahun lalu.

Papa Ron - hari ini rakyat setiap Dun dan Parlimen masih tak tahu siapa calon tempat mereka isy! Isy!
Hampeh kunyit betul!


2 Kiri tetap anak tiri

Ramai penyokong hairan mengapa Syed Hamid Ali - tokoh veteran politik dan juga bekas aktivis sejak pelajar lagi pada era 70an tidak tersenarai sebagai calon kawasannya sendiri di Batu Pahat. Begitu juga Chegubard yang masih samar.
Menurut seorang pemerhati politik," Kalau orang kiri diganti dengan kiri juga tak mengapa tapi ada ular BTN menyelinap"
Ada juga berkata, " beginilah nasib orang kiri. Tetap anak tiri."

Papa Ron - teringat ungkapan " tenggiri tetaplah tenggiri manakan sama si anak seluang, kiri tetaplah kiri mana nak sama depa yang ada uang"


3 Semangat ABU
Namun begitu semangat menjatuhkan kerajaan korup Umno/BN tetap membara.
Selepas kita menang, kata mereka- mana yang hampeh dalam PR akan ditebas.

Papa Ron - ABU bukan Abuk!




AWAS!
Akan muncul tak lama lagi! TV RABU. Apabenda nih?

1 comment:

author faethal said...

Aku kalau nak komen 'politik kunyit' golongan uang ni....memang banyak nak hentam.

Tapi bak kata hang, semangat ABU tu tetap membara..

Sampai masa kita kasi tebas kaw-kaw..