Sudah disenaraikan calon-calon PKR di Selangor untuk PRU kali ini di AU 2 Keramat tadi. Anwar mengumumkannya. Pertukaran dan gantian itu perkara biasa. Okey. No hal.
Tetapi macam Paparon kata tadi, semangat ABU bukanlah air keruh tempat untuk calon-calon pembodek menangguk.
Paparon tak pernah jadi orang itu orang ini, kem siapa kem siapi, tak kuasa makkkk...
Tapi Paparon tidak akan menyokong calon PKR untuk Dun Kajang kali ini. Siapa? Pergi google sendiri.
Parti bukan milik peribadi pimpinan. Ia ada akar umbi. Ia ada suara di bawah. Ada juga ikatan setiakawan dengan parti-parti lain, penduduk, penggerak budaya dan NGO-NGO yang lain. Bukan kerana ia disukai pemimpin, tetapi akar umbi yang senang bekerja dengan siapa, mereka tahu. Hubungan dengan masyarakat, akar umbi tahu. Pengundi Kajang juga menyumbang besar kepada kemenangan Parlimen Hulu Langat yang ditandingi Dr Che Rosli (Pas). Mahu ini terjejas? Mahukah Pas atau kita PR kehilangan satu kerusi parlimen disebabkan salah calon?
Kajang ini kamu fikir kawasan mampu menang (winnable seat) atau mamat tu calon mampu menang (winnable candidate)?
Pimpinan mencaturi berdasarkan apa? Menolak dan mengambil calon mengikut kriteria apa? Apa KPI orang lama dan apa track record bekas ahli Gerakan yang baru tak sampai 4 tahun menyertai parti?
Janganlah kerana mood rakyat ABU, ambil kesempatan.
Kamu mahu tengok kuasa rakyat? Kamu yang selalu laungkan "Lawan Tetap Lawan!"
Kamu tengok!
Paparon - ini Kalilah!
No comments:
Post a Comment