Ceritanya begini. Petang tadi Paparon, Sham dan An-Nur ke Perpustakaan Negara. Alah! Di Jalan Tun Razak itulah. Kami tidak memanjat tangga-tangga ke pintu masuknya kerana Paparon menolak kerusi beroda An-Nur. Mujur ada 'ramp' atau laluan untuk OKU walaupun agak tinggi. Tetapi sampai sahaja di atas, pintu masuk kaca dari laluan OKU ditutup dan disendal dengan kayu sehasta dari dalam. Kami memberi isyarat meminta masuk. Ada budak-budak sekolah di dalamnya sedang berurusan dengan kaunter. Kami mengetuk pintu kaca untuk menarik perhatian kerani perpustakaan. Mereka buat tidak tahu sahaja.
Paparon nampak dari luar ada seorang lelaki di dalam pejabat. Kerana ia berkaca maka ia nampak Paparon. Paparon memberi isyarat meminta bukakan pintu itu. Dia memberi syarat supaya gunakan pintu lain. Bermaksud kami kena turun balik dan memanjat tangga-tangga yang tinggi ke pintu masuk utama sambil mengangkat kerusi roda An-Nur. Kami menggunakan bahasa isyarat kerana sudah tentu dinding kaca itu tidak boleh membuka ruang suara. Paparon gunakan isyarat yang Paparon sedang bawa anak OKU dengan menggayakan aksi kerusi roda. Dia menunjukkan isyarat tunggu dan dia keluar pejabat menuju ke ruang pintu.
Anehnya dia tidak mahu membuka. Seolah-olah membuka pintu itu suatu kesalahan atau mesti mendapat keizinan dari seseorang. Perlu tunggu arahan pihak atasan agaknya. Kerani-kerani juga tidak bergerak. Kami boleh sahaja menolak kayu sehasta itu dengan menggunakan jari melalui celah pintu tetapi takkanlah kami yang hendak buat begitu. Tuan rumahlah. Lima minit kami menjerit meminta dibuka tetapi langsung mereka tidak mahu. Hanya memandang sahaja. Paling hampeh lelaki tadi terus keluar ke tempat lain meninggalkan kami, melepaskan tanggungjawab.
Sham tidak sabar lagi. Dia menguis kayu itu dari celah pintu dan kayu tersebut jatuh. Pintu boleh dibuka dan kami masuk. Apalagi! Kami pun memekaklah di lobi perpustakaan tersebut. "Apakah masalahnya hendak membuka pintu itu? Apakah perlu minta izin dari pihak atasan?" "Apakah anda akan dibuang kerja jika buka pintu itu" "Beginikah kamu layan OKU?"
"Kalau hendak tutup pintu itu buatlah papan tanda di awal-awal 'ramp' tadi tak payahlah penat orang naik sampai ke atas." Kerani di kaunter buat tidak mendengar leteran kami.
Pegawai keselamatan datang dan bertanyakan hal. Kami menjelaskan. Mereka memahami dan meminta maaf. Mereka juga meminta isi borang aduan. Paparon menolak.
Inilah masalah kita. Sejak dibangku sekolah kita dididik dengan suapan, menerima tanpa perlu menyoal. Mematuhi arahan tanpa ada timbang rasa dan tolak ansur. Bekerja macam robot. Hidup kita juga ditentukan oleh orang lain. Kita jadi robot sehingga bagaimana hendak berjimak pun kita tidak tahu, kena tanya ustaz. Sebab kita malas belajar. Sehingga tua kita masih bertanya sahkah solat jika terkentut di hujung tahiyyat akhir? Kita selalu dengar "Ini arahan!" walaupun perkara itu masih terbuka ruangnya untuk dibincang. Masalah!
Selesai urusan di tingkat tiga kami menggunakan lif ke tingkat lobi. Keluar dari lif kami bertembung dengan staf lelaki yang lari dari tanggungjawab tadi.
"Dia nilah blah tadi." kata Paparon kepada Sham. Staf lelaki itu masuk ke dalam lif tanpa berasa apa-apa. Di dada kanannya ada tanda nama bertulis Safian.
5 comments:
Bhai Fendi @ PapaRON 97...
Aper teruk sangat perangai dan kelaku kakitangan awam nih... macam siot jer..
Salam Sdr.
Jalan terbaik adalah membuat aduan terus dan inilah yang dikatakan Rakyat DiDahulukan......
Macam tu la selalunya pun...tu pasal kita kena tunggu lebih 50 tahun baru nak berubah....
c++, Awee dan Nabil,
salah sapa ni ye?
mcm sial. aqu mmg benci terlalu byk biokrasi. pdhal aperrrrr la salahnyer,berbuat baik pun susah ke? ato mmg suka buat jahat ajer...mmg suker di cop sbgai staf yg sombong angkoh??TLG LA BERUBAH!!! walo pun begitu aqu tetap sokong BN. so BN pls change your working lifestyle. rakyat suma da bosan klo ta berubah lg sendri mo hingat. mpos la ko pdn muka!!
Post a Comment