Paparon teringat kata-kata Anwar haritu yang dia akan bersara dari politik jika PR gagal tawan Putrajaya pada PRU13 nanti. Seriuskah Anwar? Apakah itu acah-acah atau Anwar yakin menang? Jika menang akan lancarkah peralihan kuasa? Walhal kebusukan SPR dengan tipu helahnya masih kita relakan.
Katalah, katakanlah ya...PR kalah. Harap Anwar kotakan janji. Atau jangan tarik balik apabila dipujuk-rayu anggota parti. Sebab jika Anwar teguh dengan kata-katanya itu dia akan dikenang sebagai lejen. Tak macam haritu kejap kata tanding di Perak lepas tu balik ke Permatang Pauh.
Kita perlukan suasana dan gaya politik baru. Umur Paparon 40 dah. Sejak celik je mata lahir di dunia ini, politik Malaysia dilingkari oleh nama-nama ini sahaja. Mahathir, Samy Vellu, Taib Mahmud, Hadi Awang, Karpal, Kit Siang. Anak-anak mereka menyambung. Najib, Hishamuddin Hussein, Mukhriz, Nik Abduh...
Kumpulan-kumpulan tua ini masih menguasai dan mempengaruhi. Pengkaderan dan pendoktrinan dilakukan kepada penyokong untuk menyokong sosok-sosok. Sayang, tokoh-tokoh ini banyak membaca tetapi penyokong-penyokongnya tidak disuruh membaca. Suruh dengar cakap mereka aje.
Timbullah ketaksuban. Kalimah-kalimah seperti "Kata Anwar ....", "Anwar pesan kalau...." atau "Mahathir ingatkan kita...."
Makin banyak petik nama mereka makin bagus.
Politik baru biarlah ada kecerdikan. Beri ilmu dan kerasionalan. Bukan setakat cerita kelemahan orang. Wala tak bertempat. Mat Taib yang merompak itu pun jadi suci dan penyokong mengiyakannya. Tak timbul lagi isu rompak sebab dah masuk Pas. Dalam masa yang sama memekik berceramah Najib, Rosmah, Taib Mahmud dan Mahathir menyamun. Hilang terus kewarasan. Nasib baik masuk Pas, senyap sikit. Kalau masuk PKR jenuh pula orang Pas kutuk PKR kutip sampah. Kahkah!
Sebab itu sehingga hari ini penyokong PR masih tak faham apa itu komunis, kapitalis, sosialis, islam politik.
kita perlukan orang muda segar. menjemput ahli akademi dan tokoh agama mufti jadi calon payung terjun adalah bodoh. kan tak fasal2 kena kencing dengan depa?
Tak percaya cuba jual buku di program ceramah dan majlis politik. Berapa ramai yang beli? paling poyo bila anak muda berketayap dan berpakaian parti nampak smart tapi suruh tengok buku, mula berwajah ketat. takut tangan nak sentuh.
Anwar bersara jika kalah dalam PRU13
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi rancangannya untuk mengakhiri kerjaya politiknya yang menjangkau 30 tahun jika kalah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pilihan raya akan datang.
"Saya akan cuba yang terbaik. Saya yakin kita akan menang. Tetapi jika tidak, saya akan letak jawatan," kata Anwar malam tadi dalam lepak Google yang disiar secara langsung di YouTube.
AFP melaporkan Anwar, yang telah mengajar di Universiti Oxford
dan Universiti Georgetown di Washington, berkata beliau akan kembali kepada kehidupan akademik jika kalah.
"Jika kita tidak mendapat mandat, maka kita harus beri ruang untuk barisan pelapis dalam kepimpinan," katanya semasa program sejam soalan-jawab yang sebelum ini menampilkan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.
Anwar pernah menjadi timbalan perdana menteri dalam kerajaan BN yang telah memerintah Malaysia sejak merdeka 55 tahun lalu, tetapi telah berkempen menentang gabungan itu sejak penyingkiran mengejutnya pada tahun 1998.

1 comment:
Anwar tarak..PR bungkus...nak harap hadi hemmm..petuiihhh ler....
Post a Comment