Paparon bermimpi pada 6 Mei nanti ada sesuatu yang pelik berlaku. Ada gegaran di langit dan bumi. Paparon terjaga. Paparon termenung.
Ah! Mimpi apa ada pasal? Bukannya betul.
Cuma sesuatu yang bermain di kepala:
1) Menangkah PR? Kalau menang, lancar dan mudahkan peralihan kuasa? Bolehkah BN menerima kekalahan dan menjadi pembangkang selepas menguasai negara serta menjarah harta negara sewenang-wenangnya? Sedangkan hari ini ada samseng-samseng mengganggu program, inikan pula nak masuk Putrajaya...
2) BN menang kerana penipuan. Seperti 2004, minit-minit akhir penundaan masa, kes nama tiada, pengundi aneh muncul. Apakah rakyat dan PR akan terus biarkan sahaja? Hanya membebel di pentas ceramah mengutuk BN seperti biasa tanpa tindakan agresif? Apakah berlaku rusuhan? Turun ke jalanraya akan berkesankah? Jika tiada tindakan, mood akan jatuh dan langkah kembali tersekat. BN makin menguatkan kedudukan.
3) Keadaan 50-50. Apa akan terjadi. Adakah katak-katak akan melompat lagi? Parti mana yang setia dengan ikatan bersama atau adakah parti yang khianat?
Segalanya akan berlaku pada 6 Mei 2013....
Paparon - Sudah ku renung dalam kitab, makin ku renung bedetub-detab...
No comments:
Post a Comment