1
mulanya dulu diberitakan PKR melamar Dr Asri untuk bertanding dan menawarkan nya jawatan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Semua okey...
Tup-tup Asri jumpa Najib dan lepas jumpa Najib terus diam tak berbunyi. Kenapa?
Paparon - Kata orang Maza ni antara 40 agamawan yang menyertai Umno dua tahun dulu tapi last minit but U turn.
2
Sebulan dua sebelum pembubaran parlimen kecoh juga Dr Juanda nak bertanding. Atas tiket PKR sebab dia pun kurang senang dengan Pas. Bincang pun bincanglah... dia nak bertanding lawan Taib Mahmud tapi PKR letak di Perlis. Raja Perlis pun panggil dia menghadap. Semua ok.
Bila MUstafa Ali dan Pas kata siap-siap 3 kerusi parlimen Perlis milik Pas, Juanda punya cerita pun terus hilang.
Tau-tau dia muncul di majlis BN dan isytihar akan pangkah BN demi keamanan.
Paparon - Sila baca blog Al-bakistani ustaz Wan ji untuk cerita ini
3
Sejak kes Haji Hadi kata orang sosialis ni berasulkan Lenin maka banyak juga artikel menerangkan tentang apa itu sosialisme tapi lebai-lebai dan kopiah-kopiah terus mengecop sosialis dan komunisme ini sesat, terkeluar dari agama dan sebagainya. Hujah? Takdelah...dok petik ayat-ayat yang masih boleh diperdebatkan.
Tapi kalau kita baca sejarah, belek buku atau bergaul dengan tokoh-tokoh bekas sosialis ni kita dapati takde pun Melayu Islam sosialis ni keluar Islam malah menarik bukan Islam masuk Islam adalah. Kebanyakan mereka berkahwin dengan dengan orang bukan Islam dan menjadi orang baik.
Kenapa kita angkuh mengatakan orang lain sesat? Sesat nak pergi mana?
Paparon - Sesat di Kuala Lumpur, dosa dan pahala bercampur...
1 comment:
Bhai Fendi @ PapaRON 97...
Semuanya pasai status quo la bhai.... hahahaha
Post a Comment