Masa ni kita akan nampak yb goreng kunyit, bersila di serambi sambil cicah ubi kayu kat kelapa, dukung bayi dan monyet, peluk orang tua.
Masa ini...
Tetapi ketahuilah manusia! Jika benar-benar ingin menguji keikhlasan manusia dan mahu melihat manusiawinya manusia, apabila berhadapan dengan OKU.
Bila politikus kita nak cuba berkerusi roda atau menutup mata sambil bertingkat ke kotaraya untuk menghayati OKU?
Isu OKU akan menzahirkan sama ada pemimpin itu rasional atau tidak. Ada yang tidak dapat berpura-pura untuk menunjukkan berminat, ada yang tak mahu berhadapan dan janji hantar wakil tapi tak ada pun.
Rafizi goreng pisang untuk fahami masalah rakyat
2
(Oleh Arif Juhani)
PANDAN 24 APRIL: Menjamu para penyokong dengan pisang yang digoreng sendiri merupakan pendekatan yang diambil oleh calon KEADILAN Parlimen Pandan, Rafizi Ramli untuk memahami kesusahan rakyat terutamanya penjaja kecil.
Beliau berkata, walaupun pada awalnya ada yang menganggap pendekatan itu sebagai ‘gila’ dan remeh tetapi akhirnya ramai yang memahami matlamat itu.
“Mula-mula dahulu, bila saya beritahu kepada jentera yang saya nak berkempen dengan goreng pisang tepi jalan. Waktu itu semua orang gelak kerana rasa itu kerja gila sebab kita nak jadi ahli parlimen bukan jadi penjaja.
“Itulah yang silapnya, kalau nak jadi wakil rakyat mesti fahami derita rakyat, apa yang penjaja lalui setiap hari, macam mana susahnya nak dapatkan RM1. Kena tahu harga pisang sesikat berapa, harga tepung, minyak dan gas.
“Supaya bila rakyat mengadu harga barang mahal, kita boleh faham,” ujarnya pada ceramah kelompok di Kampung Pandan Dalam, malam semalam.
Rafizi turut menempelak kerajaan Umno BN yang menaikkan harga barang sehingga membebankan rakyat tetapi menggunakan alasan kononnya untuk mendidik rakyat.
“Najib kata harga gula terpaksa dinaikkan sebab nak jauhkan rakyat daripada kencing manis.
“Tapi saya nak ingatkan Najib supaya nasihatkan dahulu Rosmah sebab nampaknya dia ada potensi dapat kencing manis,” katanya yang disambut gelak tawa para hadirin.
No comments:
Post a Comment