Monday, April 15, 2013

Pengundi Kajang mahu Cikgu Lee

Kira-kira 1000 Pengundi Dun Kajang berhimpun di Balai JKKK Sungai Chua, Kajang untuk menyatakan protes terhadap PKR yang meletakkan calon lain di Dun tersebut sekaligus menyingkirkan penyandangnya Cikgu Lee Kim Sin.
Dengan notis singkat, lebih 700 tandatangan pengundi-pengundi dikumpulkan membantah calon yang mereka dakwa tidak kenal dan mereka anggap calon payung terjun.
Menurut mereka, yang akan mengundi dan menentukan wakil mereka adalah cikgu Lee yang sudah mesra di Kajang. Cikgu Lee adalah amanah mereka untuk membawa suara rakyat Kajang, mengekalkan kerusi PKR dan sekaligus menyumbang undi kepada Pas di peringkat parlimen Hulu Langat.
Selain pengundi Kajang, ahli parti PKR, kawan-kawan Cikgu Lee, aktivis-aktivis NGO dan wakil-wakil tokong, gereja, kuil malah ahli-ahli Pas juga turut hadir.
Dr Che Rosli penyandang kerusi ahli parlimen Hulu Langat yang merupakan regu utama cikgu Lee dalam kiriman sistem pesanan ringkasnya memberikan seratus peratus sokongan.

Foto 1- jalan sesak menuju lokasi perhimpunan

Foto 2 dan 3- Penyokong yang rata-ratanya pengundi Dun Kajang menunjukkan sokongan kepada cikgu Lee.

Foto 4- Wakil Pas menyampaikan ucapan menyatakan sokongan.

Paparon - calon pilihanraya ini sebenarnya pilihan rakyat atau pilihan ketua parti?







9 comments:

Anonymous said...

bro kulup aku pelik betul dgn DSAI ni lah.. dia masih tak blaja dr mistake 2008.. yg mana bnyak yb pkr yg menang lompat jd katak.. cikgu lee adun tempat aku.. dia mmg slalu turun padang.. klu last pru cikgu lee kalah adalah gak alasan kukuh nak tukar calon... 1 lagi kat semnyih kenapa pkr tak boleh beralah untuk PSM. setiausaha Agung psm tu nak bertanding. percayalah undi pasti pecah 2... dan otomatik BN akan menang...

Anonymous said...

saya sokong ckgu lee..memang susah nak cari yb yang boleh sama2 turun padang..memang superb..anak jati kajang dan paham selok belok kawasan.Beliau memberi khidmat tanpa mengira kaum dan agama..semua dilayan sama rata

Pengundi Batu 10, Kajang

C++ said...

Bhai Fendi @ PapaRON 97...

Anwar Ibrahim nih tak pernah nak amik iktibar atas aper yang pernah berlaku... susah nak nasihat... tarak boleh pakai... samer gak cam Hadi Awang.... hampeh sekor-sekor...

Ini macham kalu... BN memang pasti menang....

samdol said...

Cikgu Lee disenangi oleh pengundi kawan dan lawan. Sangguh pergi kemana sahaja kerana rakyat. Sampaikanlah mesej ini kepada DSAI. Mengapa YB yang report card A pada pandangan rakyat dibuang. Tak tahulah jika pihak pimpinan mengetahui cerita sebaliknya yang kami pengundi Kajang tak tahu. TQ.

Anonymous said...

Cikgu Lee nie tak pandai membodek ke?...

COBOL

MM said...

Anwar mudah LUPA.

Anonymous said...

SURUH LA CIKGU LEE TANDING BEBAS ...KALAU RASA POWER SANGAT.

TANPA ANWAR, PENGUNDI KAJANG AKAN BERADA DI BAWAH BN.. PADAN MUKA

DULU ANWAR DI PENJARA JANGAN MIMPI PAS ATAU DAP ATAU PKR boleh MENANG

JIKA TIDAK KERANA ANWAR TIDAK AKAN ADA KEMENGANGAN PAS PKR DAP ... HARRRAAAMM lu orang boleh menang

Anonymous said...

Oit jgn kata camtu. Chegu lee berjuang masa anwar dok dlm penjara lagi. Terima la nasihat org lain sama

Anonymous said...

DSAI pun nak tiru mcm Najib juga kot main letak je calon pilihan dia sendiri. Maklum lah dia pemimpin anugerah tuhan so watper nak pakai nasihat org. Wat keputusan sendiri la. Kalo kemenangan PR di 2008 adalah disebabkan DSAI dan mungkin kalo PR kalah DSAI juga yg patut dipersalahkan.