Maka berkatalah PR manifestonya ditiru BN dan BN pula menamakan manifestonya sebagai Akujanji kerana katanya PR pernah membuat kenyataan bahawa Manifesto bukan janji.
Lalu jadilah mereka seperti dua kanak-kanak sedang bergaduh, " baju aku lebih cantik! Baju kamu buruk!"
"Tidak! Baju aku lebih lawa!"
Maka BN pun menunjukkan manifesto PR khususnya Selangor yang belum tercapai. Itu memang betul, walaupun banyak kegagalan disebabkan sabotaj kerajaan Persekutuan tetapi PR harus realistik lain kali dan bukan terlalu berambisi.
Waktu Paparon mengkritik manifesto PR bulan lepas teruk Paparon dihentam penyokong PR dan dijeling oleh pimpinan PR. Ada yang kata Paparon agen umno.
Nangis Paparon tauuuu! Yang mengutuk ni budak-budak berhingus...mulalah keluar dari mulut pimpinan yang manifesto bukan Al Quran, ia boleh diubah. Tapi mereka boleh pula mengkritik BN. Macam parti milik peribadi pula.
Kritikan kita untuk diambil perhatian jika ia baik, bukan dijawab dengan alasan bodoh.
Akujanji BN?
BN ni kita dah patut letak fatwa WAJIB dibuang!.
Paparon - tak kuasa dengan penyokong bodoh ni tauuu?
No comments:
Post a Comment