Ketika ini arwah Annisa yang dipangku Sham masih hidup.
Ketika PRU 2008, facebook dan twitter tiada kot atau tidak sehebat ini maka tiadalah luas penyebarannya tetapi ketika itu ia sudah pun bertebar dari email ke email sehingga Paparon sendiri menerimanya. malah PKR menggunakan foto ini dalam pamphlet pilihanraya ketika itu yang menerangkan tentang Agenda Ekonomi Nasional. Ia juga tidak membuat kami selesa kerana entah apa motifnya foto itu digunakan entahlah.
Paparon tidaklah hairan sangat dengan kutukan-kutukan itu. Tidak pula perlu menjelaskan apa-apa. Sebagaimana mereka berhak mengutuk untuk meluahkan perasaan, Paparon sekeluarga juga berhak turun berdemo untuk meluahkan perasaan juga. Kan?
Kami turun atas kesedaran sendiri.
Tidak perlu sama ada BN atau PR memanipulasi untuk keuntungan politik masing-masing. Malah jika anda hendak tahu, ketika kempen memungut dana perubatan anak-anak Paparon dijalankan, Sham pernah dihalang dari mengutip derma, ditengking serta diaibkan di khalayak ramai oleh petugas Pas di dalam sebuah program kerajaan negeri Selangor walaupun kita telah meminta kebenaran ahli jawatankuasa dan pengerusi majlis telah mengumumkannya. Petugas Pas khuatir kutipan derma untuk tabung kawasan mereka terjejas kerana ada yang bersuara "kalau begini kita balik kosonglah..." walhal ini bukan program parti tetapi program kerajaan negeri.
Apa yang membuat anda semua marah sangat ni? Kami bukan sesiapa. Jika anda tidak setuju, kami juga ada benda yang tidak setuju. jari pun tak sama panjangkan?
Paparon - dalam ramai dok kutuk-kutuk, ramai pula minta jadi kawan dan ada ramai pula nak sumbang duit. Hisy! Kami bukan minta duit..keh keh! Allah ni pun......takkan nak bagi rezeki jugak kat kami dalam isu ini? kih kih!

4 comments:
tolong bg semangat sikit camna nak stert blogging balik?
ptuihhh! haa tu semangat. kahkah
kobe shoes
jordan shoes
coach bags sale
nike air max 2019
supreme clothing
supreme clothing
christian louboutin
yeezys
golden goose
jordans
see herevisit here a fantastic readlook at this now Get More Infovisit homepage
Post a Comment