Di dalam politik tiada rasionalisasi. Politik adalah persepsi. Politik adalah karier. Politik adalah panggung dan taman permainan. Politik adalah gelanggang ahlinya bersandiwara memberi ilusi kepada khalayak tentang sebuah perjuangan memartabatkan manusiawi dan kemanusiaan, keadilan dan kebenaran tetapi sebenarnya politik adalah jambatan membina karier, mencari makan.
Orang-orang politik mendendangkan lagu-lagu kesukaan penyokongnya untuk beroleh kuasa. Dengan kuasa mereka mendapat sumber ekonomi yang memberikan pulangan lumayan. Cakap-cakap manis perjuangan nombor lapan sebenarnya. Lihat nanti siapa yang akan berada di keliling ahli politik yang menang ini nanti. Yang duduk di kerusi-kerusi tempat masuknya wang.
Mana-mana negara di dalam dunia ini diperintah oleh kaum pemodal. Pemimpin dan parti politik hanya boneka pentas yang memberi hiburan kepada khalayak seperti diarahkan kaum pemodal ini. Merekalah yang menentukan arah negara. Mereka akan merapati mana politikus yang dasar dan pelannya memberikan keuntungan kepada mereka. Wang dilaburkan untuk sokongan. Apabila menang, mereka menebarkan jala.
Politik bukan tempat mencari rasional. Mencari rasional dalam politik samalah seperti mencari bekas tahi lalat di tepi pipi Rosmah. Susah. Jika ada rasionalnya, masakan Pakatan Rakyat yang melaungkan anti rasuah, kronisme, rompakan harta rakyat boleh menerima Tamrin Ghafar dan Muhammad Taib menyertai mereka sedangkan kes rompakan mereka apatah lagi Mat Taib cukup pakej - larikan duit, larikan anak raja, tidak pandai berbahasa Inggeris menjadi suci murni selepas isytihar sertai Pakatan Rakyat.
Pemimpin politik mengajar penyokongnya menerima mereka dengan RASIONAL sambil melaungkan slogan "yang sudah-sudahlah..."
Paparon - Rasionalisasi oh Ronasinalisasi
2 comments:
Rasional boleh digunapakai dlm semua hal melainkan perkara yg melibatkan aqidak di mana wahyu dan hadith didahulukan wpun rasionalnya kurang. Manusia yg bertaubat wpun dosanya memenuhi ruang antara bumi dan langit akan diampun dosanya oleh Allah. Keihklasan individu tersebut kita serahkan kpd Allah. Mudah2an Allah beri mereka petunjuk hingga keakhir hayat.
bertaubat kena masuk parti rupanyaaaa
Post a Comment