Monday, September 29, 2008

Syawal dari jendela rumahku...



dari jendela rumahku...aku lihat cahaya Syawal bakal menjelang..panasnya merangsang semangat dan sanubari ini!

SALAM AIDILFITRI KHAS KUTUJUKAN KEPADA:-

- Mat Saman Kati:- Blognya telah merangsangku untuk membina blog sendiri

-Hishamuddin Rais:- ada persamaan pada "kepala" kita ini..(terkejut bila lu ceroboh blog gua)

-pyanhabib:- terima kasih sudi masuk blog ni..lulah Jebat ketika kwn2mu jadi Osman Menikus!

rakan2 blogger yang menyokong dengan mengunjungi , memberi komen dan bertukar2 pandangan sebagai merayakan "kebebasan berfikir" dan menikmati rahmat "ilmu yang luas":-

harimau menaip, Mat Comot, hafiz, Mogen ali Rico, Mountdweller, Ummi Hani, kulatlapok dll..Hidup mesti terus!

MAAF ZAHIR BATIN!

Keluarga mangsa bekas tahanan ISA beraya di Indonesia!

anak2 saudara Hamidi dan Kak Asiah bermain bunga api bersama anak2 Puan fatma. Gambar bawah_
saudara Sani (calon PAS Dun Dusun Tua) juga turut menghulur sumbangan kepada Pn Fatma.. Berbaju putih saudara Hamidi Hassan,Ketua Bahagian PKR Serdang yang menggerakkan usaha mencari dana ke Indonesia bersama-sama isterinya.

Umum mengetahui Saudara Shahriai dan rakannya telah dibebaskan dari tahanan ISA 2 bulan lalu tetapi mereka masih teru dizalimi kerajaan Umno/BN apabila menghantar mereka ke Indonesia sekaligus terus memisahkan mereka dengan anak isteri yang berada di sini. sudah tentulah Syawal begitu memilukan, sudahlah 6 tahun terkurung di Kemunting, dibebaskan pun masih tidak bersama...apatah lagi mereka baru kehilangan anak sulung yang meninggal dunia 2 bulan lepas kerana terjatuh dan mengalami pendarahan di kepala..

Keprihatinan saudara Hamidi Hassan Ketua Bahagian PKR Serdang dan isteri Kak Asiah telah menghulurkan sumbangan dan juga telah menggerakkan usaha mencari dana agar keluarga ini dapat beraya bersama..Alhamdulillah impian itu dapat direalisasikan dengan sumbangan rakan2..12.00 malam tadi rombongan saudara Hamidi, Kak Asiah dan anak-anak bersama ahli PKR Serdang dan Hulu Langat seperti cikgu Ridwan, ketua AMK Serdang saudara Farid Ismail, saudara Suboh mengunjungi rumah Puan Fatma (isteri Shahriai) menyampaikan bantuan dan segala urusan penerbangan pergi dan balik ke Padang, Indonesia telah diuruskan oleh pasangan prihatin itu. Turut serta hadir saudara Sani (calon PAS di Dun Dusun Tua) bersama rakan-rakannya. Jiran Puan Fatma akan menghantar mereka ke airport nanti dan dijangkakan apabila sampai semula ke KLIA nanti, aktivis Nasir Isa akan menunggu dan menghantar keluarga ini ke rumahnya.

Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh ketika diberitahu akan hal ini mengucapkan syukur dan merakamkan ribuan terima kasih di atas usaha murni ini. Turut gembira Puan Nashitah, aktivis GMI..moga aidilfitri mereka amat bermakna!
Tersentuh apabila melihat anak-anak Saudara hamidi dan Kak Asiah mengajak anak-anak Puan Fatma yang malu-malu bermain bunga api..

Saturday, September 27, 2008

satu lagi perosak imej PR di Kajang!

kes hangat EXCO Perak "disedekahkan" pelacur China masih berterusan dan merosakkan imej Pakatan Rakyat..

Di Kajang lain pula, akhbar Sinar Harian edisi Lembah Klang melaporkan di mukasurat 22, Karnival Ramadhan sewa mahal dan kurang sambutan- penganjur gagal tunai janji!

Aku dah tulis ni awal Ramadhan haritu di bawah tajuk "Negara Berkebajikan? Jangan harap sangat!"semak older posts dan di Perak Express pun dah kecoh..ada yang tak percaya penganjur yang ada kaitan dengan PAS tu buat taik!

ceritanya begini:-

MPKj meletakkan syarat setiap satu tapak 20'X20" mesti dibayar penganjur kpd MPKj sebanyak RM500 (minimum ni kalau termasuk sampah tambah seratus lagi)..
Penganjur "Langat Care" membahagi dua tapak ini kepada 10'X10' dan menyewakan satu tapak kepada peniaga RM3000 untuk sebulan..maknanya dia bayar kpd MPKj RM600 tapi dia pungut dari peniaga RM6000..(fuh! Bestnya niaga!)..Peniaga tertarik menyewa di sini kerana dijanjikan ada program berbuka puasa, ada bersama anak yatim, persembahan nasyid. Lebih menggembirakan apabila penganjur dapat penaja dari Celcom yang akan menaja promosi iklan Karnival ini melalui kiriman sms kepada pelanggan Celcom warga kajang.

Dua minggu mereka berniaga tiada siapa pun yang dapat sms promosi dari celcom, tiada banner/bunting promosi sekitar Kajang..meniaga slow! lebih mengejutkan apabila penguatkuasa MPKj datang memberi notis kepada peniaga yang mereka ini meniaga tanpa permit. Penganjur masih tidak mendaftarkan mereka kpd MPKj...apabila ditanya kepada Ketua bahagian Perlesenan berapa tapak yang mereka isytiharkan kepada MPKj dia menjawab 18 tapak...
peh!!! 18 tapak X RM600= RM10800 mereka bayar kpd MPKj tapi tapak sebenarnya ada sekitar 50tapak. Mereka dapat 50XRM3000=RM150,000..(fuhfuhfuh!)..

Peniaga2 menuntut supaya sewa dikurangkan kerana penganjur gagal memberikan apa2 yang dijanjikan..satu pun program yang disebut tak dibuat..tapi penganjur langsung tak mahu turun..urusetia berdolak-dalih..lebih mengejutkan, mereka diberitahu Langat Care tidak bertanggungjawab dlm hal ini kerana telah "sub" karnival ni pada syarikat lain milik seorang Dato..(dipercayai orang Umno...laa..bermuqabalah lak depa)..jadilah bangau oh!bangau..masing2 melepas tangan..

Mereka mengadu pada Adun Kajang. Apabila Adun Kajang menghubungi penganjur untuk selesaikan, mereka masih tak mahu turun padang sehinggalah ahli majlis menimbulkan ini dan meminta ahli Majlis PAS yang kenal dengan penganjur dari Langat Care ni turun padang dan selesikan segera..Langat Care bersetuju memberi diskaun sebanyak RM500 tetapi bersetuju dengan YB dan ahli majlis tu..bukannya dia turun ke padang menemui peniaga meminta maaf kerana gagal menunaikan janji dan mengisytiharkan diskaun itu..tiada notis hitam putih pun tentang diskaun ini..

semalam (sabtu) urusetia menemui peniaga yang masih belum menjelaskan keseluruhan bayaran sewa dan mereka meminta menjelaskan kesemuanya sebelum Ahad 28 sept.. jika tidak mereka akan keluarkan barang2 peniaga ini..wow! macam samseng..

seorang peniaga memberitahu urusetia "anda jangan bimbang, kami dah banyak kali sertai karnival dan tak pernah tipu penganjur, kamu tolong beritahu boss kamu sila turun padang dan kami akan bayar semuanya kepada boss itu sendiri kerana ada perkara yang kami nak sampaikan..kami tak akan bayar dengan kamu kerana kamu hanya pekerja.." "kenapa bimbangkan yang kami akan tipu kamu tak mahu bayar? Bagaimana pula dengan kamu yang menipu kami? mana janji2 kamu?"..aku akan datang sendiri nanti ke ofis mereka jelaskan semuanya tapi aku nak bagitahu boss kamu yang aku haramkan dunia akhirat kerana kamu menipu kami, itu yang akan aku bagitahu boss kamu kalau dia tak mahu turun juga.."
"aku kecewa kerana setelah bertungkus lumus bekerja semasa pilihanraya dan PR dapat menawan Selangor, korang tindas kami semua! Kau fikir kalau PR tak menang, korang boleh dapat jadi penganjurkah kalau tak Umno yang dapat?" jerit kakak tu..

aku sendiri sms penganjur ni tapi tiada jawapan...

Kepada Ahli Majlis MPKj PAS, MTD Pas Hulu Langat, Adun Bangi Dr Shafie dan Ahli Parlimen Hulu Langat Dr Che Rosli (dah balik beraya kat Perlih ka?) tolong selesaikan ini dengan anak buah kamu..jangan kerana dia anak buah kita, maka kita nak menyebelahinya, kepentingan rakyat mesti didahului...jangan pandai je menyebut Negeri Berkebajikan..baru handle Karnival pun dah samseng mengalahkan Umno...ego tak boleh ditegur!!!

Tulisan ini dibuat setelah jalan rundingan buntu! bukan aku serang sembarangan..dah nak habis Ramadhan kita cuba selesaikan tapi buat tak tahu je..dah keluar Sinar baru padan muka kita..Pakatan rakyat!!

BIKIN MALU sama orang Umno..hihi!!


IKLAN!
kalau mati pucuk dan lemah tenaga batin, sila dapatkan penawarnya yang diiklankan di harakahdaily.net
meriah iklan tu di sana!

Friday, September 26, 2008

Republik Pisang

kartun Ronasina ini pernah tersiar di Suara Keadilan sewaktu KJ kecoh mengata blogger beruk

Tengku Razaleigh kata peralihan kuasa menunjukkan sikap ghairah dua pemimpin utama untuk mempertahankan kuasa dengan membelakangkan kepentingan negara yang telah dirosakkan. Perlakuan mereka seperti budak-budak yang berebut 'ini barang kau, itu barang aku'..dan menjadikan negara ini seperti "REPUBLIK PISANG!"


hihihi! laa.........beruklah spesis yang suka makan pisang ni ..

betullah khairy kata dulu..

BERUK! bERUK!

Sekor BERUK BIBIR MERAH (SEPUPU BERUK BONTOT MERAH)

Sekor BERUK/KERA DUKU atau KONGKANG (spesis yang kuat tidur siang)
Ku LI patut kata "lu dua orang ni serupa beruklahh..gua lainlah..Gua Musang!hehe
IKLAN!!
ANDA MATI PUCUK? ATAU LEMAH TENAGA BATIN?
pedulik hapa aku..tapi boleh dapatkan rawatan dengan melihat iklan di
harakahdaily.net

Pak Lah- PM terbaik setakat ini!

IKLAN!!
ANDA MATI PUCUK? LEMAH TENAGA BATIN?
Pedulik hapa aku!! Tapi dapatkan penawarnya dengan melihat iklannya di harakahdaily.net

Kepimpinan Pak Lah terus dikritik hebat ekoran kegagalan Umno/BN mengekalkan prestasi 2/3 dalam PRU12 baru-baru ini. Beliau diserang dari luar dan dalam Umno/BN yang memintanya berundur. Rakyat sudah hilang keyakinan terhadap Pak Lah dan popularitinya jatuh menjunam sehingga beliau terpaksa mengumumkan pelan peralihan kuasa yang menyaksikan Najib Razak bakal menggantikan tempat beliau.

Rakyat Malaysia sepatutnya melihat Dolah dari sudut yang lain jika mahu menilai prestasinya dan bukan sekadar memerhatikan suhu politik semasa saja. Aku berani mengatakan bahawa Dolah adalah PM yang terbaik setakat ini sepanjang 50 tahun Tanah Melayu mencapai kemerdekaan! Di sini diperturunkan kelebihan Dolah dari segi personalitinya mahu pun kredibilitinya sebagai pemimpin berwibawa sehingga membuatkan anak muda yang berhemah tinggi dan berprinsip seperti Ezam Md Noor mengalih haluan dan menganggap Pak Lah adalah ikon yang berani melakukan islah mastata'tum.

Personaliti sebagai cucu ulama
berdatukkan ulama terkenal, beliau sedikit sebanyak mewarisi keperibadian tawadhuk Abdullah Fahim. Pengetahuan agamanya yang dalam serta kesungguhan nawaitunya untuk melihat Islam tegak berdiri di bumi Malaysia menjadi punca tercetusnya ilham Islam Adahari. Pemimpin berjiwa rakyat ini tidak kisah untuk menggunakan kediamannya dalam menganjurkan program dan aktiviti berbentuk kerohanian dan agama seperti majlis tari menari sempena Merdeka 2007 yang menyaksikan penceramah Kelab Malam Barat diundang sebagai penceramah. Beliau juga sering menganjurkan forum dan debat terbuka mengenai Islam dan berani berhujah dengan beberapa cendikiawan hebat seperti datuk Michelle Yeoh dan tunangnya.

Bapa
Beliau merupakan bapa yang hebat kerana kejayaan mendidik anak-anak yang berjaya dalam bidang perniagaan sehingga menjadi antara yang terkaya di dalam negara. Anak lelakinya merupakan seorang saintis nukleur yang sangat dicemburui Amerika Syarikat kerana kepakarannya. anak perempuannya merupakan tokoh Islam terkenal dengan menganggotai pertubuhan Sisters in Islam yang banyak berjuang tentang Kesyumulan Islam . Bapa penyayang ini menumpahkan kasih sayang yang tidak terhingga dengan melantik menantu lelakinya sebagai penasihatnya.

Berjiwa Melayu tetapi cintakan keharmonian hidup bermuhibbah
prinsip ini dibuktikan dengan mengahwini seorang wanita yang bukan Melayu. Inilah contoh pemimpin yang benar-benar menjiwai semangat muhibbah dan tidak mengamalkan diskriminasi kaum. Justeru itu isterinya telah didaftarkan sebagai ahli parti Melayu di Kepala Batas.

Islamik
meneruskan ciri-ciri kepimpinan Islamik Tun dr. Mahathir yang menghayati AlQuran sebagai panduan hidup. Konsep taman syurga dengan air yang mengalir indah seperti yang diceritakan di dalam al Quran direalisasikan oleh Dr. Mahathir di Putrajaya telah diteruskan beliau. Malah beliau sering menyebut beliau tidak mengejar harta bertimbun, tetapi mencari Al Ghazali (bapa Tajol Rosli) dan AsSyafie Apdal..

Memerangi rasuah
Beliau mempunyai keazaman yang tinggi dalam usaha memerangi rasuah (diulang:memerangi bukan memerang) hingga ke akar umbi. Lihat saja statistik peratus rasuah yang terus menjadi cantik semenjak beliau mengambil alih tampuk pemerintah, tidak mengamalkan pendakwaan terpilih malah berani bertindak tegas terhadap individu yang cuba menggugat kestabilan negara seperti RPK yang melanggar prinsip rukunegara yang ke5.
Berbeza dengan Anwar yang gemar beretorik, beliau telah membuktikan tegas dalam memerangi..bukan memerang..rasuah dengan tertangkapnya Eric Chia, Kasitah Gadam, Khairy jamaluddin dan BSA Tahir.

Tenang
Berbanding dengan Anwar yang dilihat agak agresif, beliau kelihatan amat tenang dalam menghadapi tekanan dan cabaran. Amalan tidurnya telah banyak mendidik beliau menjadi seorang yang sabar dan kuat berdehem..

Pak Lah! teruskanlah. Kami sedia berdiri di belakangmu!( Ayat klise balaci Umno. Berdiri di belakang senang nak lari)

(tulisan ini ditulis ketika aku overdose bubur lambuk berbuka tadi)

..itulah tanda rayakan menjelma!

IKLAN
ANDA MATI PUCUK?LEMAH TENAGA BATIN?
Pedulik hapa aku! dapatkan iklan penawarnya di
harakahdaily.net


apabila lagu raya mula berkumandang
semua saluran tv mula menghidang trailer
sang penyanyi berbaju warna warni berbaris beramai-ramai
salam dari perantauan menghiasi dada akhbar
jualan mega di supermarket dilancar
buku-buku resipi mula disemak
artis melaram di majalah2
bebudak dan bapak budak terputus jari
dan eksiden menjadi tajuk berita
yang bapak pening kepala
yang emak berlatih mengangkat dumb bell
sebagai persiapan menjunjung karpet baru
taukeh tol senyum menyeringai
taukeh perabot senyum mengemut
drebar prebet sapu menyiapkan kantung duit yang baru
yang budak berlatih salam kaut
yang belia gemuruh nak berjumpa bakal mertua
ayam dan kerbau mula gelisah melihat parang
bank-bank menyiapkan duit tukar
penyimpan mohor besar makin galak rehearsal di depan cermin
bahulu, dodol,putu dan wajik semakin merendah diri
bersaing dengan tart, cornflakes dan almond london
borang cuti diulang fotostat
surau dan masjid kembali sepi
karnival Ramadhan dibanjiri jemaah bertawaf bersa'ie
tukang gunting lenguh tangan
laci taukeh car wash dibasahi ringgit
rantai sang iblis mula melonggar
...itulah tanda raya menjelma!

Thursday, September 25, 2008

Mana kita waktu RPK ke Kemunting?

Tekanan yang diberikan penyokong Teresa Kok dan Tan memaksa KDN membebaskan segera mereka dari ISA. Penyokong dari DAP, NGO, dari Pakatan Rakyat menakutkan kerajaan Umno/Bn..
Tetapi apa yang kita lakukan untuk Raja Petra yang disuruh berehat di Kemunting 2 tahun? Kerana sibuk berpolitik atau menunggu 16 September (kini ada tarikh baru pula kononnya) kita terlupa RPK yang banyak dan besar jaanya dalam mencetus gelombang reformasi. Free Anwar Campaign yang pernah dilancarkannya mencipta gelombang sehingga ke seluruh dunia. RPK selalu menggemparkan dengan kenyataan-kenyataannya sama ada menyentuh institusi Raja hinggalah kebobrokan Umno/BN..
Akuan sumpahnya menggegarkan Rosmah dan Najib- maka itulah RPK disenyapkan di Kemunting. Ada yang beranggapan RPK akan dan sentiasa dilayan dengan baik dalam tahanan, cuma dia perlu direhatkan saja atas arahan atasan..jadi tak perlu kita bermati-matian membelanya sangat, mungkin juga provokasi kerajaan untuk mencetus suasana huru-hara...maka rileks! jangan terikut-ikut..biarkan RPK di dalam..he deserved it! Memang dia dah tempah!

bagaimana? sengaja mereka nak takutkan kita dan RPK..ha! Berayalah kau di Kemunting kalau berani sangat...
Anwar mana? setelah projek 16 September tertangguh (seperti katanya) kita nak buat apa? apa janji anda pada isteri RPK semasa ucapan di Stadium Kelana Jaya 15 September lalu? Mana janji akan berjuang melawan ISA? Kalau nak hapuskan ISA dengan kerajaan baru yang akan ditubuhkan tak lama lagi nampak gayanya tah bila tah...
RPK dan yang lain terus mendekam...

"mana reformis dan pimpinan2 yang tersengih2 semasa majlis yang ada Anwar tapi tak pernah nampak batang pisang semasa di majlis GMI- (aku sentiasa sayu bila melihat kurangnya sokongan dari mereka).. yang terjerit2 di jalanraya? seronoklah kita berhari raya ini.....

Wednesday, September 24, 2008

badan PAS baju UMNO?

sepatutnya tajuk ni aku boleh kupas dengan penuh ilmiah bersandarkan hujah2 dan nas2 sambil menggunakan istilah2 Arab yang nampak suci sesuci "al khinzir" dari 'babi!'..tapi aku letih dan fed uplah!(sebelum tu sila baca tulisan Azizi Abdullah di Perakexpress "badan Pas baju PKR"..

janganlah fikir muslimin di PKR tak mahukan terdirinya negara Islam dan jangan merungut tentang anak2 muda PAS yang sudah terikut2 ala PKR dan mengagungkan Anwar. Nik Aziz pun dikritik Azizi kerana manjakan Anwar yang dicurigai beberapa kelompok Pas lalu membelanya dan dalam masa yang sama Nik Aziz membedal Mustafa Ali.

Azizi dan gerombolannya mestilah jelaskan sejelasnya..(crystal clear..bahasa Arabnya tak retilah aku) kepada rakyat tak kira Islam atau bukan Islam konsep negara Islam sebab muslim sendiri pun kabur terutama dalam menghadapi keadaan Malaysia yang merupakan sebuah negara majmuk(ni bahasa Arab) berlatarbelakangkan berbagai sosio-budayanya.Jelaskan bagaimana..muamalatnya-jinayatnya-tentang hudud,Qisas dan takzir..seni dan hiburan yang dibenarkan beserta garispanduannya!..setakat mengharamkan saja, kucing pun boleh!
yakinkan kepada rakyat tentang adil dan syumulnya Islam bagaimana Islam tidak bacul dengan berlindung di sebalik ISA dan ketuanan bangsa! tegaknya Islam adalah kesejahteraan umat manusia ..isu jubah, serban dan janggut ni nanti digelakkan oleh kambing je nanti..

Azizi dan gerombolannya harus tampilkan tokoh yang meyakinkan sebagaimana anak2 muda Pas yakin dengan Anwar sebagai tokoh umara' Islam dan menyanjung tinggi Nik Aziz ulama zuhud yang meredupkan. Mungkin anak2 muda Pas melihat anak2 muda Pkr (seperti che'gu bard, jonah, tian chua, lateefa koya dll...)lebih mesra rakyat dengan turun ke jalanraya memperjuangkan isu marhaen..semacam ada 'jihad' di situ.. selain Salahuddin Ayub, tidak ketara tokoh2 muda yang lain yang hanya banyak berkokok di markas atau ceramah di dalam kandang saja. Ustaz Nasruddin Tantawi, Mazlan Aliman, Ustaz Idris masih belum dapat menyaingi anak muda dari muslimah PAS sendiri Aiman Athirah.

jangan banyak buang masa menceceh begini. Banyakkan bertemu rakyat dengan penerangan yang jelas dan berunding penuh hikmah dengan rakan PR..

kita bukan tak boleh memikirkan soal Melayu, setiap bangsa berhak memikirkan nasib bangsanya..itu bukan racist! Isu perkauman hanya timbul bila ada diskriminasi. Dalam membela bangsa, kita tindas bangsa lain. Itu racist!
"Innallaha ya'muru bil 'adli wal ihsan!"
kalau masih bercerita pasal ketuanan bangsa, maknanya masih belum yakin dengan Dinul Islam!

Tuesday, September 23, 2008

Esok Anwar ke mahkamah..apakah akan ditarik jaminnya?

..baru balik buka puasa di suara Keadilan..
ada ramai gak tadi...
isham rais, amin iskandar(black), Tian Chua, Zunar dan bodyguardnya tuan punya Labu Labi-

ada kartunis SK- Jonos ,Ronasina, Haili dan enot.....
juga bebudak Sk dan staff.....

depa makan ganas macam mereka meratah Umno/BN....
Pak Lah gerenti seram tengok mereka melapah hidangan2...

lepas berbuka mereka berazam akan terus lawan sehingga tertegaknya kerajaan PR yang semakin hampir..
oh ya!! Anwar dah jumpa Agong?..hihihi!!

esok pagi Anwar ke mahkamah..akan ditentukan kes ini akan dipindah ke mahkamah tinggi atau tidak..
Apakah Anwar akan ditarik jaminnya?

si katak Panglima Melayu...

(gambar ehsan Ronasina)

seluang seluanglah jua
takkan jadi tenggiri
katak kataklah jua
si berahim ali

Pendekar yang giat memperjuangkan nasib perut sendiri ini muncul lagi dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa yang baru disetubuhkannya demi memperjuangkan hak kepentingan Melayu yang dirasakan makin terhakis sekarang ini. Pejuang yang dipercayai pernah menjilat punggung Mahathir ini antara yang menentang pengambilalihan kerajaan Pakatan Rakyat kerana merasakan kedudukan Melayu tercabar. Menurut jurutera renovasi gigi (kata Isham Rais..hik!hik!) ini, dia dan persetubuhan yang dianggotai ahli-ahlinya (tak tahu berapa ekor berudu) akan berjuang mempertahankan ketuanan Melayu dari diganggugugat...

Tulah! dah kata daah!! patutlah PKR dari dulu tak berapa nak layan katak minyak ni..tapi PAS yang gemar terbuka dan berbaik sangka membenarkan kodok ini bertanding sebagai calon Bebas di bawah tiket PAS..

Rakyat sedang melihat katak ini cuba untuk melompat-lompat melihat tempat mana yang best untuk dirinya sendiri..aku jamin kalau ada pilihanraya akan datang, katak ini akan kembali menganggur kerana sudah tak dipercayai lagi..atau mungkin sudah dijadikan umpan haruan!

Monday, September 22, 2008

kerbau yang bangang!(presiden cuepacs)

seperti lembu di entry sebelumuya, ada pula sekor kerbau mandul yang bertalileher..presiden cuepacs menyeru 1.3 juta ahlinya setia dengan kerajaan Dollah dan tidak terpengaruh dengan dakyah Anwar Ibrahim...

jangan kerana kau kerbau maka kau ingin mengkerbaukan persatuan itu..jangan cuepacs jadi kopeks!
1.3 juta berjanji setia akan menghumbankan kerbau tua bertalileher ini..tak caya? cuba menguak lagi nak tengok..

Sunday, September 21, 2008

Bila lembu jadi menteri...

Datuk Razali Ismail, Timbalan Menteri pelajaran menasihatkan guru-guru supaya tidak bercerita soal politik semasa seperti penganalisis politik terutama di kantin kerana dikhuatiri akan menjejaskan tugas guru yang sebenar. Beban guru yang banyak mungkin akan terganggu kerana sibuk soal politik. Guru-guru boleh dikenakan tindakan tatatertib jika berbuat demikian...

aku tak sangka zaman milenium ni lembu pun boleh jadi menteri..Woi moooooo!! Gurulah yang memainkan peranan semangat merdeka dulu. Tak belajar sejarah ke? Takkan kau nak suruh guru2 jadi bahalol macam kau...cuba baca Falsafah Pendidikan Negara!! ke kau pun tak tahu maklumlah "pendidikan" dah jadi "pelajaran"... itulah tugas guru..
apa? tugas terjejas?....................menteri lagi banyak beban tugas tapi masih sempat rompak duit dan punggah khazanah negara.. nak ambil tindakan tatatertib?..lembu reti ke mendenda?
tolonglahh!! walaupun bertalileher dan berkot, kau tetap lembu!!
guru kencing berdiri, timbalan menterinya kencing melompat sebab menteri pelajarannya kencing tada bunyi..auwww!!

Memang Melayu lemah dari semua segi!

Kulup : apa ubat nak perkasakan Melayu Ron? Sibuk la ni Melayu terpinggirlah,
ketuanan Melayulah!

ronasina : Melayu genetiknya memang lemah sejak azali bro! Ini fakta! Melayu memang
mudah tewas dan dipengaruhi..dari segi biologinya pun..cuba kau perhatikan
artis Melayu yang pan asian tu..ngapa rupa mereka macam mat saleh?

kulup : sebab depa kacukan melayu-mat saleh!

ronasina : soalnya mengapa wajah mereka lebih ke arah mat saleh? kau tengok kalau
melayu kahwin cina, anak depa macam rupa siapa? Cinakan? Kalau dengan
india maka rupa indialah anak melayu itu..ini bermakna gen melayu mudah
tewas dalam persaingan!

kulup : bukankah itu sebenarnya fleksibiliti? Melayu boleh menyesuaikan diri di mana
mana dan apa jua keadaan? Mana ada negro rupa cina? Atau cina macam Bangla?
tapi melayu boleh berupa bermacam-macam bangsa

ronasina : habis mana originalitinya?

kulup : kau agak apa puncanya? pemakanan kot? Aku rasa kita masih makan makanan
yang dimakan oleh tok nenek kita dulu yang dah tak relevan lagi! Dulu mereka
sarapan nasi lemak, nasi dagang atau pulut sebelum kerja kuat di bendang atau
ke laut..kita sekarang dok di ofis! Patutlah otak kita lemah dan lemau! (sambil
menyuapkan maggi rebus)

ronasina : itu betul juga! Kita terlalu banyak sangat makanan jenis "penapaian" macam
jeruk pekasam, tempoyak, belacan, budu, tapai..cuma tempe je okay boleh
buat awet muda menandingi botox!hehehe!!

kulup : maksud kau kita kena banyak makan buah, sayur, daging, minum susu atau
yogurt? Yelah Ron...bila anak kita dah besar sikit kita pun stop bagi dia susu
walhal susu penting untuk gigi dan tulang..bila dah tua menggelupur cari
susu untuk orang dewasa sebab takut osteopirosis!(harap ejaannya betul)

ronasina : bab makan ni patutnya ada pendidikan yang formal..matapelajaran kesihatan
perlu diajar dengan betul di sekolah, bukan sambil lewa je.. kena didik rakyat
tentang diet pemakanan yang seimbang dan penjagaan kesihatan yang betul!

kulup : Melayu ni asal dari mana Ron? Arwah Loloq kata Jawa berasal dari keturunan
Nabi Noh..ada yang kata kita berasal dari isteri Nabi Musa yang bernama
safura..betulkah?

ronasina : kena tanya Isham Rais atau Mat Saman tu..aku lupa nak study tu..memang
kita dah hilang jati diri Lup! Tak kenal asal-usul dan budaya!

kulup : Kalaulah Melayu tu lemah,bagaimana Melaka dulu gemilang di zaman
Kesultanan dahulu? sampai ke China Tuah dan Tun Perak pergi!

ronasina : Melayu kuat masa tu kerana ditunjangi islam..ini rahsianya! apabila tunjang
ini 'melayu' maka Melayu itu jadi lemah dan hilang bisanya. Tidak mustahil
Melayu akan jadi satu kaum yang akan pupus seperti kaum-kaum yang pernah
wujud di bumi ini dahulu..

kulup : Tak Melayu hilang di dunia Ron....tapi yang berkata tu sendiri hilang ye tak?

ronasina : akibat penjajahan kita jadi macam ni Lup! Cina dan India lari dari penjajahan
dan bawa jiwa, budaya dan jati dirinya sekali. Orang Indon, kemboja...Itu yang diterapkan pada generasi
mereka.. untuk maju kita kena kenal sejarah asal kita Lup, baru kita boleh
melangkah mengikut acuan yang dah kita kenalpasti..

kulup : ya..kesan penjajahan! sebuah bangsa yang merdeka telah dijajah pemikirannya
agar jiwanya menjadi lemah dan kerdil..berjiwa hamba! Dengan minda yang
merdeka, kenal jati diri, faham budaya dan berpegang teguh pada agama( setelah faham syariat dan haqiqatnya), kita akan
mampu meruntuhkan gunung!

ronasina : ya! jatidiri...kau perhatikan perbualan kita tadi..berapa banyak perkataan
Inggeris yang bahasa kita pinjam? hehe!!

kulup : ya! bahasa kan berkembang jika bangsa berkembang..kita takde perkataan
"engine" sebab kita tak mencipta enjin...Ron! kau rasa Melayu lemah kerana
sebab-sebab tadi atau "takdir" Ron?

ronasina : ..............apa kau kata tadi Lup? Melayu akan pupus seperti kaum lain yang
terdahulu? ..tsamud..kaum Lut...

kami kurang selera makan sahur tadi...

Saturday, September 20, 2008

kita semua dalam "TITANIC"!

..habis saja 16 September yang dijangka panas segalanya jadi perlahan..aku hilang mood menulis mencari-cari tajuk meletup..(kekuatan untuk orang yang tak popular seperti aku menarik khalayak melihat karyanya ialah dengan meletakkan tajuk yang boleh membuatkan diri karyawan itu dilihat "wujud"!)..lainlah Hishamuddin Rais..kah kah kah dia saja boleh menarik setengah juta hits!
Harimau-menaip pun jadi nanar! Blognya berproblemo! Mat Comot memohon cuti menulis kepada dirinya sendiri! Siapa lagi? hafiz?...dia coba konar kat lain...Apa nak jadi dengan kita?

-Bosan punya pasal aku menonton semula filem termahal abad 21 dan tertinggi kutipannya..filem Blockbuster James cameron..apa lagi kalau bukan "TITANIC"..rasa seperti aku ini Jack Dawson budak gelandangan yang tercampak dalam dunia bangsawan..hihihi! kebetulan bini aku pun kerabat tapi bukanlah macam kisah cinta terhalang Titanic mahu pun Qaisy dan Laila! kisah cinta aku agung lagi mengAgungkan!- sebab nama datuk isteriku Raja Agong!

Lalu aku terasa kita semua bagai berada di dalam Titanic.. di kapal ini ada semuanya, yang marhaen berpesta dengan cara marhaennya..tiada protokol tiada bicara soal ongkos mahupun suap-suapan..pestanya lepas laku, mesra dan lebih ikhlas..
..kadang2 kita seperti Jack Dawson terpaksa memakai sut mewah untuk menghadiri majlis yang penuh protokol..berkemeja bulat dan berselipar jepun dikira "haram" dan kita pun bersopan makan berhidang dengan bangsawan2 segak kacak berhemah yang berpakaian rapi bertalileherkan skandal, berkasut korup, bersudu garfukan materialis kepura-puraan. Makan beralas kain hipokrasi!

Ya! mereka yang berkuasa cuba "kidnap" identiti kita! Mereka menyembunyikan kehaiwanan mereka dengan gaya rapi dan sopan santun mereka dan menghumbankan perkataan "kejahatan" kepada kita yang berambut panjang berseluar lusuh. Siapa yang sudi mendengar bicara seorang peniaga pasar malam yang lurus berbanding bicara manis sang keparat berBMW berlidah biawak.. Siapa yang pandai-pandai menggariskan pakaian rasmi di majlis rasmi mesti begitu? begini tak bolehkah? Sejak bila rambut panjang itu dilabel "jahat"?..sampai Rockers kempunan nak masuk tv dulu...tapi yang pakai baju dalam bertali nipis takpe...hampeh tul!

"tiba-tiba aku teringat cerita Khalid Salleh tentang aktivis teater sani sudin tidak dibenarkan masuk ke dewan teater Matic oleh pengawal keselamatan kerana berkemeja T kolar bulat kerana yang hadir di dalamnya VIP2 berkot yang entah bila ambil kisah pasal teater ..tapi mereka hadir kerana ada Pak Menteri hadir...
(kadang2 ada juga berlaku si penempel tersengih2 berlagak penting waktu ada Anwar tetapi majlis lain haram tak tunjuk muka!).. meluat tahap *SyedhamidAlbab!

..........ah! Esok apa pulak aku nak tulis..harap ada berita panas!

Glosari- * syedhamidalbab- perkataan baru yang bermaksud bodoh melantun-lantun!
contoh ayat:- Menteri botak itu menegaskan alasan syedhamidalbabnya bahawa penangkapan seorang wartawan suratkhabar cina di bawah ISA adalah kerana untuk memastikan keselamatannya terjamin

Friday, September 19, 2008

Kawan! Mengapa "kita"?...(untuk kawan2 blogger)

Kawan,
kadang2 bosan sungguh untuk kita lalui semua ini.
Mengapa kita jadi begini? Mengapa kita mesti berfikir begini?
Mengapa kita tak jadi macam mereka?
adik abang kakak kita yang langsung tak hirau dan tak menyibuk..
yang hanya fikirkan kerja dan wang, anak dan sekolah, makan dan rancangan tv..

kawan,
bukankah kita ada pilihan seperti mereka
untuk lupakan perangkap hampa ini
lalu mengikut arus yang sama

selamat dari SB
selamat dari penjara
selamat dari ISA
selamat terus bekerja!

bilakah kita akan menyampah pada semua ini atau kita memang macam ini..
diberi watak sebagai ini
bukan seperti mereka dan tak boleh jadi mereka walau dah coba..
lalu kita jadi ini..begini..lagi dan lagi..

(sebenarnya aku pun bosan hari ini macam harimau menaip)

Thursday, September 18, 2008

Waktu kujamah sebiji kurma....

waktu ku jamah sebiji kurma
pembunuh lapar penghilang dahaga
begitu sajakah puasa disempurna?

Sedang telinga masih mendengar
fitnah, caci hina dusta
adu domba bohong menggila

mata masih melihat
keangkuhan sang penguasa
memerintah di balik kerandut zakar ISA!

kujamah kurma ini meski rasanya tak sama
dengan kurmamu di balik sana...
selamat berbuka puasa
JI, KMM dan Raja Petra!

Lagu Melayu pun hilang ketuanan?

Karyawan melalui Biro Komposernya diwakili M. Nasir terus mendesak pihak-pihak terbabit seperti stesen-stesen radio memberikan kuota 90% untuk lagu-lagu Melayu karya tempatan berbanding 10% dari luar..

Kah kah kah (laa..gelak macam isham rais pulak), apa nak jadi dengan ketuanan Melayu? sampai lagu Melayu pun hilang kemalua..er..ketuanannya di tanah air sendiri..mana dia Melayu Umno atau artis-artis ahli Umno tegar dalam membela hal ini? Dah 51 tahun Tanah Melayu merdeka (bukan Malaysia) kepala hotak Melayu sudah teruk dijajah..jati diri hilang lesap diliwat..masih terhegeh-hegeh menganggap yang datang dari luar itu bagus! sendiri punya second class..lepas tu nak untung sendiri..orang lain pi mampus pun tak pe..memang betul kata Presiden Umno yang dulu tu...Orang Melayu memang tak reti niaga! (tapi orang islam dari zaman dulu dah hebat meniaga)..

mana dato senator Jins? Buat hapa dalam Dewan? Korek hidung je ke? Kesian Melayu! Lagu pun nak minta kuota! sepatutnya stesen2 radio yang 'jobo' tak tentu arah dok siarkan lagu luar tu dikenakan tindakan disiplin mengelap air liur Menteri penerangan..!! Indon tak mahu siar lagu kita pun takpelah, yang kita sibuk2 popularkan mereka pasai hapa? berapa banyak dapat makan?

Tu belum lagi part cetak rompak yang tak sudah2..artis Melayu Umno totok kena sedar betapa besarnya jasa "BN" dalam kesungguhannya membanteras cetak rompak! Lanun2 ni boleh selamba tersengih2 menjual CD haram depan KDN, Polis mahupun SB dan FRU..gerenti tak kena belantan, water canon punya..yang dapat free pun banyak! tok sah sembanglah! satu Malaya tahu!

woitt!! artis!! dahlah! blahlahh dari Parti Melayu yang ada seorang ahli wanita bukan Melayu cawangan Kepala Butus tu..toksah dok percaya lagi..senator Jeffri zain tu pun usah diharap..berilah kepercayaan kepada PR di mana Menteri penerangannya nanti Nasruddin Tantawi!

Raya serba baru! baju, seluar dan Kerajaan baru!!

16 September sebenarnya sudah berlaku seperti yang dirancangkan! Anwar memang dah jadi Perdana Menteri sekarang. Seluruh rakyat mempunyai sentimen yang sama merasakan Anwar yang menguasai rentak dan hala tuju negara masa ini.. Ramai kawan-kawan telefon, sms dan bagitahu telinga mereka pedih diperli orang UMNO (isy! Menyebutnya pun geli) mengatakan apa dah jadi? Anwar penipu dan macam-macam lagi!
Hanya Umno (lain kali kalau aku tulis 'no' tu maknanya umnolah! maleh nak tulis benda yang membazir ni) saja yang masih bermimpi berkuasa. Tanyalah seluruh rakyat ternyata mereka tiada halangan malah menanti-nantikan kerajaan baru mengambil alih rejim Pak Mertua Khairy ini!
Bagi mereka, aku cuma menjawab "kalau Anwar penipu yang Pak Lah pi ambik portfolio Menteri Pertahanan pasai apa? nak Pertahan apa?" Sudah tentu untuk mempertahankan sisa-sisa pepejal kuasanya yang dah mula mencirit..nyawa kerandut teloknya sedang disentap oleh berbagai arah..dari luar no dan dari dalam no..Najib bukanlah anjing setia yang boleh dipercayainya justeru itulah 'taring pertahanan' itu mesti dirongakkan. Biar Najib jaga duit, biar dia pening di situ..(kata Black, kamaluddin dah mencairkan asetnya..betulke?)

Semua saluran yang dibenarkan telah pun digunakan Pakatan Rakyat untuk menyingkirkan laki Jeanne, ( seorang ahli 'no' wanita bukan Melayu cawangan Kepala Butus )termasuk usul undi tak percaya yang digagalkan oleh Speaker Pendekar Takberapa Mulia. Kini PR sedang menggunakan cara terakhir untuk membuktikan pengambilalihan tampuk pemerintahan bukanlah untuk menimbulkan kacau-bilau atau kerana gila kuasa tetapi cuma hendak mengambil kuasa daripada orang gila! dahlah gila, lembik dan kuat tidur pula!

Zulkifli Nordin pernah mengutarakan bahawa satu-satunya kuasa Agong yang masih ada ialah mengisytiharkan darurat (yang lain semuanya boleh dibuat berdasarkan atas nasihat Perdana Menteri).. apakah stratetgi terakhir menjurus ke arah itu? kalau itu- hamba ingin menyampaikan salam penuh takzim kepada Yang diPertuan agong bahawa dengarlah suara rakyat! jangan gadaikan masa depan rakyat dan negara ini hanya kerana hendak membela seorang yang sudah hilang kredibilitinya!

Pak Lah! Sudahlah! Undurlah! Terimalah dan redhalah! jangan sampai terkena tulah! atau dimurkai Allah!

.....................aku seperti terdengar suara takbir raya 1 syawal ini bergema ke seluruh pelusuk tanahair dengan penuh damai....dan BARU!

Salam dunia salam semua
salam hari raya bersinar akhirnya
inilah hari kita
tiada lagi rasa ketakutan!

Tuesday, September 16, 2008

bukan 916..tapi 1010!!

kemaskini pukul 3pm

baru dpt sms Pak Lah serah portfolio Menteri Kewangan pd Najib..alamak! betullah kata Wak jono mlm tadi!

... bukan mudah nak sampai ke rumah Wak Jono yang 2 km dari jalan besar menuju dalam hutan. Ronasina memandu four wheel drive Kia sportagenya tanpa berkata apa-apa. Entah pasal apa beria-ia benar dia menghubungi aku sejak subuh semalam untuk bertemu Wak Jono..

"Aku nak tahu apa cerita selepas tak jadi 16 September ni...aku tak menulis, aku melukis je..sebab tu aku ajak kau, nak ajak Mat Comot leceh! Dia sibuk nak ngorat anak Tok Batin depan rumah Wak tu je.."

"tapi nak tanya apa? Wak Jono bukan ambil pot pasal politik ni..bergaduh dengan iblis tahulah dia..tu yang Mat Saman malas nak jumpa dengan dia!"

"ah! apa bezanya iblis dengan lawan kita selama ni?"

Si Ronasina ni kalau dah marah macam-macam perkataan dia keluarkan. Sebab tu dia tak mau menulis, melukis je dah cukup..aku malas nak layan sangat..asap rokok dia dah cukup mengganggu aku dalam kereta ni..sudah tentu di rumah Wak nanti asapnya akan bertempur dengan gudang garam Wak..Aku? menghisap asap second hand aje... baik aku bersugi!

di rumah Wak, aku tak banyak bercakap, hanya minum kopi hangat yang aku bancuh sendiri aje sambil mendengar maki dan carut Rona menceritakan hal-hal duniawi..dia kadang-kadang terlupa yang Wak tak suka mendengar cerita politik kotor ni..Ronasina begitulah! Tapi kalau bab agama pun dia jugak yang jadi chairman..heh! Kaki borak!

tidak ada apa-apa dari Wak yang hanya banyak mendengar sambil menyedut-hembus gudang garamnya! Tasbih kokka yang selalu dibawanya tetap digentel..
cuma selepas beberapa ketika selepas boring agaknya mendengar bebelan Rona yang penuh dengan "F word" dia kata...

" Kalau kau memandu tu sudah tentu kedua-dua tangan kau memegang stereng di kiri kanan roda stereng tukan? Kedudukan tangan tu kukuh dan kereta bergerak lurus..kedudukan tangan tu seperti menunjukkan pukul 10.10!" 10 persepuluh adalah markah penuh!
Sebab tu iklan jam selalu menunjukkan pukul 10.10...lambang kestabilan!!

"bukan pukul 6.19 atau 9.16!".......... "esok hari kalau tak kiamat, Pak Lah tak mau jaga duit lagi..dia bagi Najib! dia suka jaga tentera lak!"
lepas tu Wak tak bercakap lagi dan terus masuk ke bilik suluknya!"

Dah faham perangainya itu, aku pun mencuit Rona mengajak pulang.
Dalam meredah jalan pulang menjelang waktu Imsak itu, Rona tersenyum sambil mulutnya terkumat-kamit...sepuluh haribulan sepuluh! hari Jumaat..........

Cepatlah ANWAR! jangan sampai kami bosan!

...haiyaaa!! sudah 6.30pm 16 September...hari itu Anwar dan beberapa pimpinan parti termasuklah "speakertweeter" Anwar iaitu Azmin mengumumkan tak sabar2 nak ambil alih pada tarikh ini.. beberapa kali ceramah ad-hoc Anwar menghampakan khalayak yang memang mahu jawapan yg pasti, tiada pusing2 dan tepat!
..........nampaknya 16 September hanya dongeng!
Ezam pasti tergelak kerana temberang 31 Ogos kerajaan BN ambil alih Peraknya diganti dengan kelentong Anwar! Ezam pasti bangga kerana Dollah Badawi terus unggul sebagai PM yang sentiasa lakukan islah termasuk mengISAkan RPK dan Teresa Kok- (orang sibuk dengan dua orang ni, yg geng JI, KMM takde punn org peduli..asyik Syed Ibrahim, saari Sungib, Abg Bad dan Kak Nashitah je yang sibuk ke sana ke mari)

Jangan sampai orang bosan dan anggap ini suatu wayang juga!
(Aku marah bukan apa...memang dah nyampah tahap chimpanzee dengan BN nii!)
okey! kita rileks layan lagu lawak dari Bob Saget jap!

Sunday, September 14, 2008

Siapa dulu? (mari mengundi)

Kawan-kawan dan lawan!
Sila undi soalan kuiz di sebelah kanan ruang blog ini berdasarkan soalan yang diberi..
Kemudian lengkapkan slogan di bawah:-

Saya pilih jawapan tersebut kerana ........................................................................................
.......................................................................................... (tidak kurang dari 1 patah perkataan)

jika ada jawapan lain, sila nyatakan..

SELAMAT MENGUNDI!
dijamin telus dan tiada pengundi hantu!

Saturday, September 13, 2008

Allah Yang Maha Esa dan Dollah Yang Maha I.S.A!

(kartun oleh ronasina)

..terima kasih rakan2 pengomen di perakexpress..sdr laxmana, suki dll...........

aku sebenarnya khuatir kerana kadang2 aku dikelilingi rakan2 yang sampai ketakutan mereka terhadap kerajaan Dollah melebihi ketakutan terhadap Allah..mereka takut periuk nasi mereka terjejas..seolah2 Dollah pemberi rezeki mereka..ini yang aku takutkan dan ini pernah dibahaskan oleh Ustaz Ismail Kamus dengan tajuk "Perkara2 kecil yg boleh mensyirikkan kita kepada Allah!"..

kita tak sebut, kita tak sembah tapi "amalan" kita itu seolah2 menyebut dan menyembah 'tuhan' yang tak layak kita sembah itu!..

jangan sampai ada dua tuhan..satu "Allah Yang Maha Esa" dan satu lagi "dollah Yang Maha I.S.A"

ISA: Antara ALLAH, RasuluLLAH dan doLLAH!

Penangkapan rakyat Malaysia di bawah ISA dianggap perlu kerana dikatakan individu ini mengancam keselamatan negara. Atas apa jua alasan yang dirasakan menggugat keselamatan negara (baca: Pemimpin), rakyat Malaysia boleh ditangkap. Di sana satu proses "indoktrinasi" dilakukan bukan saja pada tahanan malah suatu isyarat kepada rakyat Malaysia bahawa jangan lawan "Aku" kerana aku ada kuasa!
Bukan sedikit mangsa ISA dan keluarga menjadi fobia dan tewas lalu dibaculkan selepas bebas dari ISA.. Kaum cina misalnya terlalu takut dengan ISA..sebab itu tidak ramai yang berani tampil bersuara lantang..seorang kawan cina begitu malu apabila perhimpunan BERSIH menyaksikan kebangkitan orang Melayu sementara HINDRAF mengejutkan kerajaan Umno/BN kerana selama ini kaum india amat setia dengan mereka..tiada perhimpunan besar2an oleh kaum cina.. tetapi mereka membungkus parti-parti cina BN dalam PRU12 lalu.
sejarah juga memperlihatkan beberapa tokoh gerakan agama dibisukan hingga institusi mereka lumpuh seperti Al arqam..
ISA bagi saya adalah suatu kem untuk merosakkan akidah ketauhidan kita kepada Yang Maha Esa! Kita dipaksa tunduk dengan makhluk dan menyembah mereka hingga mengorbankan keimanan terhadap Allah SWT.. sebab itulah Assyahid Ibrahim Libya sanggup mati berperang dengan ISA kerana khuatir imannya akan beralih kepada berhala manusia rakus kuasa!
Hishamuddin Rais pada tahun 1974 tidak sanggup bertuhankan manusia kejam dan melarikan diri selama 7300 hari bergelandangan ke seluruh pelusuk dunia!

Siapa lebih hebat?
Allah- Pada Hari Perhitungan (Judgement Day) memBICARAkan semua manusia untuk ditimbangkan amalan baik-buruk mereka sebelum layak menghuni syurga atau dihumban ke neraka. Allah yang bersifat Maha Mengetahui terus memberikan keadilan agar manusia dapat membela dirinya ketika itu walhal terlalu mudah bagi Rabbul Jalil untuk menghantar manusia ke mana saja tanpa diperhitungkan.

RasuluLLAH- sentiasa menggunakan pendekatan hikmah, lunak dan berbaik sangka dalam menghadapi musuh atau sesiapa yang tidak bersetuju dengan baginda. Kebebasan bersuara dibenarkan malah memaafkan orang yang pernah menzaliminya. Mangsa tawanan perang akan dibebaskan sekiranya dapat mengajarkan sesuatu yang berguna kepada umat Islam seperti membaca dan kemahiran vokasional..

doLLAH - tidak boleh ditegur dan akan menggunakan akta zalim menahan tanpa membicarakan sesiapa yang didapati mengancamnya. Dipisahkannya anak isteri hingga keluarga yang ditinggalkan terkial2 mencari nafkah hidup. Rumahtangga ada yang hancur, kematian dan tekanan jiwa melanda mangsa tahanan mahu pun keluarga mereka. Ketika doLLAH enak-enak tidur di mahligai besar tersergam hasil rompakan harta rakyat, ada rakyat jajahannya menderita kelaparan dan terseksa jiwa kerana tiada pelindung yang dipanggil 'bapa' atau tiada suami tempat bermanja, sang bapa dikurung bersama hanyir dan gelap.. macam babi!

- Tolonglah Dollah, jangan buat kami takut ISA! kami hanya takut Allah! Jangan ubah itu..Allah Tuhan kami yang kami sembah, jangan paksa kami sembah kamu untuk mengelak dari ISA!
Jangan buat kami anggap kamu sebagai Tuhan..cukuplah Firaun mengaku Tuhan, atau Mustafa Kamal Attarturk yang tersenyum apabila seorang rakyatnya ditanya "kamu takut Tuhankah atau Mustafa Kamal?"..rakyat itu menjawab "Kamal"...
bebas dan merdekakan kami dari tuhan-tuhan lain selain Allah! Jangan buang kalimah Syahadah yang kami lafazkan ketika solat dan waktu-waktu lainnya!
................khuatir kalau-kalau kamu ditenggelami Laut Merah atau ditolak bumi Turki!

Apa kata jins shamsuddin pd pemimpin?

Friday, September 12, 2008

UMNO/BN makin gila! penggunaan ISA memudahkan Jalan ke Putrajaya!!

pak Lah dan konco2 dah tersepit telok!!

ISA digunakan!!
RPK, Tan hoon Cheng dari Sin Chew Daily dan terkini Teresa Kok, MP Seputeh!

Kebangkitan rakyat akan bermula! Darurat diisytiharkan..Parlimen bubar..kita masuk Putrajaya!!!

Rapsodi untuk Raja Paling Kental (RPK)!

Ilham : ketika sedang berbuka...

MEREKA SALAH KIRA!
TANGKAP DIA PADA HARI JUMAAT- penghulu segala hari!
DI BULAN RAMADHAN- penghulu segala bulan!
siapa dia?
PENGHULU SEGALA RAJA!!


SOLIDARITY GATHERING on 5 Sept (Mon) 8pm
at KELANA JAYA STADIUM!..

SEBARKANNNN!!!

Thursday, September 11, 2008

RAJA PALING KENTAL (RPK) ditahan ISA!

RAJA PETRA KAMARUDDIN @RPK2Raja Paling Kental ditahan ISA.! Anak perempuannya mengesahkan beliau ditahan kira-kira pukul 1.10 tgh tadi di kediamannya di Sungai Buloh..

Mamat Penang yang main isu perkauman tu tak kena pulak...

POKEMON kau Pak Lah!!!

ulat berbisa itu datang lagi!

gambar ehsan RONASINA
Awas serangga atau ulat atau virus itu muncul lagi cuba merebakkan virus melalui air liurnya (bukan Sabery chik..dahlah tuu..lupakan kes air liur dia)

spesis ulat hampir pupus mempunyai hidung yang besar ini memang mempunyai kitaran hidup yang suka menggigit sejak kecil lagi dan sehingga tua pun ia akan boleh merosakkan sistem saraf manusia terutama bagi mereka yang kuat tidur! serangga ini mempunyai ingatan yang cukup kuat dan tak mudah lupa walaupun ia pernah berhabitat dengan spesis yang mudah lupa..setelah ia menyingkirkan diri dari habitat itu, kini ia datang lagi ke sarang serangga2 bangang itu untuk memporak-perandakannya!


nama saintifik serangga ini ialah kuttyiskandarchedet peraon!


-serangga ini boleh dihindari dengan menampal gambar Anwar Ibrahim di dalam rumah anda!

Wednesday, September 10, 2008

SUSUK WARGA YANG BEBAS!!


8.30 Malam tadi di Chinese Assembly Hall, KL berlangsung forum "DARI PERMATANG PAUH KE PUTRAJAYA!
Abang Tukar Tiub kita macam biasalah dengan ucapan berapi-apinya..
Namun idealismenya aku kagumi!
" PAKATAN RAKYAT harus jelaskan sejelas-jelasnya dasar mereka dan menghormati hak kebebasan individu!"
Mereka menyokong hak kebebasan tetapi takut dengan "kebebasan individu"! Setiap susuk warga Malaysia harus menjadi susuk warga yang BEBAS dan dihormati!

Tuesday, September 9, 2008

Tan Sri Khalid Ibrahim suka intai "belakang"!

"AMK jangan fikir pasal perjuangan kalau ekonomi tak kukuh!! macam mana nak berjuang kalau takde duit nak isi minyak?"

"projek babi mesti diteruskan!!"

"Akan ada yang tak berpuas hati dengan pemilihan ahli majlis..itu biasalah!"

"kuota bukan bumiputera ke UiTM mesti dibuka untuk tingkatkan mutu pencapaiannya!"

Itu adalah di antara kenyataan Tan Sri Khalid Ibrahim ,MB Selangor yang banyak menimbulkan kemarahan rakyat apatah lagi orang Melayu. Terbaru beliau berkata trend menteri melawat ke tempat bencana, bersalam-salaman dan bertanya khabar membazir wang..ini gila punya kenyataan!! Mana yang dikatakan kepedulian rakyat?

Namun hakikat sebenarnya jika diteliti semula kenyataan2 gila beliau dengan hati terbuka, tersimpan seribu kebenaran walaupun hati rakyat khususnya orang Melayu ramai yang terluka. Sebab itulah Tan sri berada di kedudukannya sekarang. Pemikirannya sentiasa berbeza dengan orang lain yang stereotype. Beliau optimistik dan realistik. Beliau selalu berfikir setapak lebih depan dari bangsanya yang selalu mengikut arus yang begitu-begitu..sebab itu juga orang gila seperti beliau mampu menculik semula Guthrie yang ditawan penjajah lebih 3 darsawarsa yang lalu.

Ingatkah kita bila Khairy Jamaluddin memakai semutar berkain batik ke Pengkalan Pasir waktu pilihanraya kecil dulu atau Dollah Badawi bersila di laman rumah orang kampung sambil makan ubi rebus? Atau Najib si Bibir Merah dicium nenek? apakah lawatan turun padang itu menggambarkan jiwa rakyat yang sebenar? Sekadar tersengih-sengih terhangguk2 sambil mendukung anak kecil bolehkah membantu menyelesaikan keperitan hidup rakyat? Kita rakyat harus menukar mentaliti wayang hindustan ini...sejarah filem-filem Hindi yang penuh adegan nyanyi2 dan bertukar2 pakaian adalah taktik pemerintah untuk menghiburkan hati rakyat agar mereka leka sekejap dengan kesusahan.. sebab itulah Tan sri Khalid berkata yang penting keperluan rakyat atau mangsa sesuatu kecelakaan dapat dipenuhi..

Sebelum itu ramai anak2 muda dalam PKR tersinggung dengan kenyataan di atas sekali yang diucapkannya di kediaman rasmi Menteri Besar sempena Hari Pekerja 1 Mei yang lalu..hakikatnya itu satu cabaran atau tamparan agar anak muda terus memperbaiki kedudukan dan ekonomi diri sebagaimana yang beliau lakukan.. Khalid Ibrahim pada hemat Man Rimau, rakan saya ada sedikit persamaan dengan cara pemikiran dr. Mahathir, bezanya Khalid Ibrahim tidak pandai beretorik dan kelihatan agak bendul!
Lihat saja isu kuota UiTM.. berebut Melayu marahkan beliau sedangkan mereka lupa MRSM sudah lama dicadangkan Umno untuk dibukakan kuota kepada bukan Melayu..tapi kaum bukan bumiputera tak minat pun...

Jika ita ingin berubah kita harus berfikir seperti beliau, melihat duit syiling bukan pada nilainya saja sehingga kita lupa apakah gambar yang tertera di muka belakang syiling tersebut..beliau suka melihat belakang syiling, bukan nilainya kerana melihat nilai - kita kelihatan sama seperti orang lain!

Monday, September 8, 2008

Nasruddin Tantawi ketuai revolusi Islam di Malaysia?

Sebagai muslim yang cintakan agamanya, sudah tentu Ustaz Nasaruddin Tantawi tidak dapat menyembunyikan kegusaran kedudukan agama yang dicintainya tergugat jika kerajaan baru dibentuk 16 september ini. Dia berkali-kali mengucapkan kebimbangannya dengan mengatakan tidak bermakna jika kita dapat tumbangkan kerajaan Umno/BN tetapi kerajaan PR (dia sebut kerajaan Anwar) tetap mengabaikan Islam(bukan parti Islam)..

Dia meragui kejujuran kerajaan baru ini kerana PR masih memerlukan beberapa MP dari Bn yang korup untuk lompat ke PR..sudah tentu ia akan sama seperti BN juga atau dikatakan "carbon copy" BN. Lalu dia terus-terusan mengatakan Anwar mempunyai agenda tersembunyi kerana sehingga hari ini tiada pimpinan PAS yang mengetahui sepenuhnya siapakah yang akan lompat dan bagaimanakah 'bentuk' kerajaan baru ini, siapakah 'line-up' dan apakah dasar yang hendak digunapakai. Sambil itu dia terus mempertahankan beberapa pimpinan PAS yang bermuqabalah (hehe!) dengan Umno dengan menggunakan hujah 'kalau Anwar boleh kenapa kami tak boleh"..aduh! kalaulah semua orang boleh dipercayai sudah tentu Anwar yang berpengalaman dalam sepak terajang politik akan memberitahu dengan jelas semua perkara tetapi bagaimana nak beritahu semua..selang beberapa hari kemenangan kita dah ada yang bermuqabalah.. saya yakin semua perkara yang kita bimbangkan sudah difikirkan Anwar.

Nasarudin selaku pencinta Islam(bukan sekadar parti Islam) juga perlu menggariskan dengan jelas apakah dasar yang akan digunapakai jika Islam diamalkan sepenuhnya supaya rakyat benar-benar faham kita. Apakah setakat mengharamkan artis wanita berkonsert sahaja? Bagaimana nasib mereka selepas itu? atau mereka terpaksa memakai tudung demi nak menyanyi?..Bagaimana cara agar mereka boleh menerima peraturan kita dengan ikhlas dan rela hati?

Kedudukan Islam sudah lama tergugat dan sehingga hari ini tidak pernah sesaat pun kerajaan lain selain Umno/BN memerintah Malaysia sejak merdeka. Mengapa dia berdiam sahaja dan tidak bising seperti hari ini? Siapakah tokoh yang pernah PAS dan umat Islam lahirkan di Malaysia yang karisma ulamanya zuhud seperti tok guru Nik Aziz atau Umarak disegani seantero dunia Islam seperti Anwar? Siapa yang lemahkan umat Islam selama 50 tahun ini sehingga 300 ribu sudah murtad mengikut kenyataan Mufti Perak?Mengapa setelah Anwar bersusah payah mencari dan berusaha memujuk beberapa pemimpin untuk menubuhkan kerajaan baru, Nasruddin yang bermentorkan Hj Hadi cuba 'hijack' untuk mendapatkan sokongan penubuhan negara Islam acuan mereka? Tok Guru Nik Aziz sebagai mursyidul am seakan tidak dipedulikan lagi.

Nasruddin selama ini banyak berkokok di dalam reban dan sesekali turun ke padang yang tiada helang. Jika serius untuk menubuhkan negara Islam, saya menyokong sepenuhnya usaha dia sekiranya dia menjelaskan sejelas-jelasnya dasar Islam yang cintakan keamanan, keadilan dan menjamin kedudukan orang bukan Islam.

Ayuh! Kalau ada kewajaran melakukan revolusi, pimpinlah anak-anak muda sertai gerakan revolusi Islam dengan kaedah yang bijak dan aman. Sekurang-kurangnya saudara Ezam pernah memimpin anak muda membikin gelombang reformasi sehingga Umno/ BN menggelupur dan Mahathir tersungkur. Walaupun kini Ezam beralih arah, sumbangannya (dengan izin Allah) ke arah gerakan kebebasan bersuara anak muda berjaya! Nasruddin boleh guna cara ini.

Moga Nasrudin berjaya dan saya juga secara peribadi mendoakan agar sebuah negara Islam berdaulat yang menegakkan kalimah "Lailaha Illallah" tertubuh di tanah leluhur ini sebelum mata ini terpejam dijemput Illahi.

Saturday, September 6, 2008

PAS kena hayati keperibadian NIK AZIZ! (baru boleh cerita nak perintah Malaysia)



Tok Guru Nik Aziz tidak boleh diperkecilkan keperibadiannya.. Orang bukan Islam jatuh hati dan terpikat dengan kesederhanaan Nik Aziz lalu memilih untuk memangkah PAS.. lihatlah rumahnya, kehidupannya, lemah lembutnya, tidak meninggi diri dan suara, tenang dilanda dugaan ketika orang PAS langsung tak melawan waktu Nik Adli disumbat ke Kemunting!


Pernah aku lihat sendiri beberapa orang cina dengan seluar katoknya berlari turun ke padang dari atas bukit di Cheras Perdana untuk mendekati Nik Aziz sesudah selesai ceramahnya!

Nik Aziz pemimpin yang dilihat bagai tiada bezanya dengan orang biasa yang lain jika beliau duduk dalam satu kumpulan.. (Saidina Umar Al Khattab sewaktu mencari calon pemimpin untuk menjadi ketua atau gabenor melihat ciri2 ini untuk mengisi jawatan tersebut)..namun karismanya terserlah di dalam kelompok itu..

tubuh sederhananya juga menggambarkan dirinya tenang dan tidak menjadi hamba kepada perut..(Ulama2 muktabar dan zuhud jarang perutnya boroi kerana selalu berpuasa..perut lubuk segala penyakit)

Untuk PAS memerintah Malaysia dengan membawa Islam sebagai cara hidup bukanlah dengan berteriak dan mendakwa membawa Islam- tetapi menunjukkan keindahan Islam itu sendiri sebagai sesuatu yang menyenangkan..melihat Tok guru amat menyenangkan- tak kira apa bangsa pun..tiada riak garang, angkuh dan kelihatan amat tawadhuk..tiada imej "orang kaya" yang menjarakkan si miskin untuk mendekati..tiada imej korporat yang membuat marhaen segan menghampiri...

Hj Hadi, Hassan Ali, Haron Din, Nasharuddin mat isa, Nasruddin Tantawi masih dilihat 'jauh' dan berimej 'orang besar2''.. dan agak kurang mesra rakyat, mereka agak kabur di mata masyarakat apatah lagi yang bukan Islam...
antara yang dilihat mudah diterima masyarakat (anehnya tak berapa disukai orang pAs)- Dr.Hatta. dr Dzulkifli, Husam Musa (siap ada blog anti husam), Kamaruddin Jaafar dan Mat sabu..

harus kita terima hakikat Anwar amat diyakini rakyat..walaupun Mat sabu kata Anwar berkesan meyakini bukan Melayu tetapi kurang berupaya meyakinkan ramai Melayu, Pas dilihat lebih kurang meyakinkan apa jua bangsa......TANPA KELIBAT TOK GURU NIK AZIZ

negara berkebajikan?........ jangan harap sangat!

tahun lepas ,karnival Ramadhan dimonopoli Umno di satu tempat di Kajang, satu tapak mak oii mahalnya RMI800 sebulan..

tahun ni berjaya diambilalih syarikat yang ada hubungkait dengan PAS..alhamdulillah!konsep negeri berkebajikan..sewa satu tapak sebulan RM3000 (tiga ribu)..yahoooo!! sungguh mengkebajikankan!!

* masa Umno boleh bayar ansuran ... tadi bini aku nak minta timbangrasa bayar ansuran langsung tak dapat!! dah kena jerkah baru menggelupur depa kasi! ceh!! selama ini kami dok niaga CD ceramah di merata2 tempat, kadang2 kena halau, kadang2 kena rampas, sikit pun kami tak gentar, asalkan mesej perjuangan dan maklumat sampai...
Dah menang, kita yang sama2 membantu perjuangan tak dapat berniaga hanya kerana tiada rm3000, bukan nak minta diskaun- tapi nak minta ansuran!
hisham rais pun ada tulis benda nii!!
POKEMONNN!!!

Friday, September 5, 2008

Lebai Kambing dan musang berjanggut dalam PAS?

1)
Mat Sabu berasa kecewa melihatkan ustaz2 muda dalam PAs bawah 40tahun rendah prestasinya dan dapat diketahui apa jenis pembacaan mreka berdasarkan dari mutu ceramah mereka...style pengajian sekarang kan sekadar nak lulus periksa je..

aku khuatir nak lulus periksa punya hal, tesis dicuplik dari mana2 sumber, bawak toyol dalam dewan..lulus juga! lepas tu jual ilmu!! jangan kata benda macam ni TAKDE!!

Anak2 muda PAS mesti menampakkan diri mereka serba boleh, bukan dalam bab fekah saja- menghentam dan haramkan sana-sini tetapi mesti pandai mencari alternatif agar anak2 muda di luar mampu mengangkat mereka menjadi ikon- jangan bila mereka tak mahu ikut kita, kita kata mereka sesat lagi menyesatkan!
isu konsert Avril- misalnya! bagus anak2 muda PAS nii bertindak, tapi ayuh kita jayakan program yang 'boleh' untuk anak muda ni..(takkan nasyid dan ceramah je bang..cara lain takde ke?

2)
Hj Hadi dalam Harakah terbaru berkata dasar PAS iaitu Islam mesti dijadikan teras tak kira siapa PM, Anwarkah atau siapa pun..

huuu!! bab Islam tu aku rasa Anwar dan ramai muslimin setuju, tapi bunyi yg agak keras tu menakutkan merekalah syeikh! Jangan gelojoh sangat!
Kena kenal kekuatan kita dahulu..dan cari kelemahan yang kita ada..perbaiki!
sentimen rakyat dah merasakan Anwar PM mereka..ini realiti! jangan ganggu lagi..
siapa tak mahu Islam?

Sejarah dulu pun menyaksikan banyak tempat diIslamkan dengan cara revolusi! PEPERANGAN!..sanggup mengepalai revolusi?
kalau ada strategi perang bentuk baru yang selamat, BIJAK namanya! (FATANAH)

ada yang gelar dalam kes 1 di atas sebagai ulama Lebai Kambing yang dicari Pak Pandir untuk membacakan doa kenduri rumahnya..(ikut kata Mak Andeh lebai mestilah ada janggut..dia pun salah cekup)

kes2- musang berjanggut P.Ramlee ada cerita ulama yang gelojoh dan gagal kawal nafsu akhirnya malu dan terperangkap dengan kegelojohannya!
(tulisan ini sekadar pandangan ikhlas demi kasihkan golongan agama- cuma ia dari sudut gelap dan nakal)

berahim ali akan halang MP lompat!

jaguh lompat party negara, Berahim Ali tidak akan membenarkan sesiapa saja MP lompat party tak kira sama ada dari BN nak lompat ke PR atau sebaliknya.
" Saya akan halang mereka dengan apa cara sekalipun kerana mereka ini tiada prinsip. Sebenarnya saya tidak mahu rekod lompat saya digugat oleh mana-mana individu!" katanya..

Beliau adalah tokoh lompat yang paling disebut-sebut abad ini. Bukan itu saja, beliau pernah mencium punggung Mahadeyy sebelum menyertai semula Umnoh selepas beberapa tahun di dalam tempurung parti "Kus Semangat". Sebelum melompat ke parti pimpinan KuLi itu beliau memang ahli Umnoh!. Kini beliau melompat-lompat secara bebas!

nota: Saifuddin Nasution sebenarnya jaguh lompat tanahair..dari PAS ke UMNo ditendang masuk PKN (PKR), lompat ke PAS lompat semula ke PKR... bezanya Saifuddin tidak berak masam di setiap tempat yang ditinggalkannya!

Thursday, September 4, 2008

senarai nama sidang redaksi baru UTUSAN MELOYA dan BERITA HARIAN Oktober ini bila PR jadi kerajaan

Mulai 1 oktober setelah PR jadi kerajaan akhbar UTUSAN MELOYA ditukar jadi UTUSAN RAKYAT dan BERITA HAIRAN jadi BERITA RAKYAT!

Senarai sidang redaksi baru UTUSAN RAKYAT:-

Pengarah Urusan- Hishamuddin Rais
Ketua Pengarang- Zunar (juga pelukis kartun pojok "senyum lembu")
Sub Editor - Rahmat Haron

BERITA HAIRAN:-

Pengarah Urusan- Kulup Sakah (lantik diri sendiri)
Ketua Pengarang- Mat Saman Kati
Sub Editor - Harimau menaip

kahkehkoh!
UMNO- BN akan terbitkan akhbar mereka sendiri-
-HARAmKAH
-SUARA KEzalimAN
-SIAL SAH
penerbitnya macam biasa- Syarikat tingkat empat kedai papan pekan Rembau

kah kah kah.(ikut gelak isham rais)

Aku dan Allahyarham Pak Samad Ismail ke Mekah 2 minggu lepas!

Aku memang peminat Pak Samad. Banyak novelnya yang aku suka sebab ia seakan-akan membawa aku ke zaman itu bila membacanya!
entah kenapa aku suka baca novel "HUD" dan "Orang Jauh"..berulang2kali membaca pun tak jemu2...

kali terakhir aku baca "hud" dua minggu lepas ..aku bawanya ke Mekah!
-ketika kawan2 sibuk dengan pilihanraya permatang pauh, aku ke Mekah.
tah kenape selain dari apa yang patut kubuat di sana, aku juga sambung baca HUD di dalam Masjidilharam...
Agaknya aku bawa "Allahyarham" sekali ke sana kot..

Al Fatihah kepada wira tanahair!...

Tuesday, September 2, 2008

Anwar- Presiden Republik Malaysia Pertama!


16 September bakal menjadi sejarah terbentuknya kerajaan baru Pakatan Rakyat.. Anwar akan jadi PM yang ke 6! Dengan cabaran baru yang terlalu kuat, hak ketuanan Melayu, Institusi Raja-raja, isu bumiputera, Malaysian Malaysia dan ketuanan Rakyat..juga tuntutan pelaksanaan hukum Islam memaksa Anwar menjadi Presiden Pertama- REPUBLIC OF MALAYSIA!


betulke? Setujukah kalau ianya mendatangkan kebaikan kepada rakyat? atau ada yang "tergadai" ?....................atau Syed Hussein Al attas @ Pak Habib yang obses sendiri?

Nor Rosdi- warga hina terpinggir!

Dalam sebuah sekolah Menengah yg Melayu adalah minoriti tak susah untuk kami mengenali antara satu sama lain. kalau tak satu geng, kurang2 kita bertemu ketika bermain atau di kantin..

1986- Nor rosdi, pelajar miskin adalah salah seorang pelajar seangkatan aku di tingkatan satu pada waktu itu. Anak sulung dari 3 orang( tak kurang daripada itu- kalau aku tak salah) adik2nya yang kecil2 dan normal.. Nor rosdi buta sebelah matanya! Mereka sekeluarga tinggal di sebuah rumah rehat(rest house) yang dah tidak digunakan lagi..mungkin pihak majikan simpati dengan nasib mereka dan membenarkan mereka tinggal di situ..Ibu bapanya bekerja sebagai penanam bunga untuk Majlis Daerah aku. masa tu manalah aku tahu sama ada mereka itu pekerja kontrak atau tidak..
Kedua-dua Ibu bapa nor rosdi buta- cacat penglihatan..
Pernah satu ketika waktu menunggu sekolah bermula (kami sekolah sesi petang) kami bermain chop- permainan membaling bola tenis ke badan kawan2..memang sakit! sekali tu seorang kawan senior dapat bola tennis tu dan tercari2 mangsa untuk direjam,dilihatnya NorRosdi yang paling hampir dengannya ..dengan keras dia berkata,"Pergi kau! Aku tak sampai hati nak baling kau!"..
- Nor Rosdi cuma buta sebelah matanya,tubuhnya lebih kurang kami saja, sudah tentu dia juga mampu menahan kesakitan rejaman bola itu,tetapi kata-kata kawan aku tu betul2 mencederakan perasaannya, aku nampak dia menangis di balik pokok ru..

Setahun kemudian ayahnya meninggal dunia terjatuh di bilik air..14 tahun adalah terlalu muda untuk kami memahami bagaimana ibunya membesarkan Nor rosdi dan adik-adik.. Cikgu Foziah Lisut,guru Bahasa Melayu kami yang tiada anak hari-hari membawakan bekal nasi untuk Nor Rosdi makan bersama kami...
Aku tidak lihat lagi dan terlupakan Nor Rosdi apabila aku sudah lanjutkan pelajaran ke sekolah asrama selepas SRP, walaupun sekolahku tak sampai 10km dari kampung kami... kali terakhir yang aku perasan Nor rosdi sudah jadi seperti anak2 yang lain..sudah pandai ponteng sekolah dan hisap rokok..

hari ni aku teringat semula dan dadaku sebak- apa khabar Nor Rosdi sekarang? masih hidupkah dia?sudah berkahwinkah atau apa cerita adik2 dia?

Cerita ini biasa berlaku di sekitar kita..cuma peranan masyarakat dalam sama2 mengangkat nilai2 moral sudah tiada..Nor Rosdi terpinggir kerana kurang atau hampir tiada orang seperti Cikgu Foziah..tiada jiran berani tegur kalau2 ternampak anak kita ponteng sekolah, hisap rokok atau terlibat dengan kegiatan negatif..kita pun tak berani menegur anak jiran atau pun anak buah kita sendiri berpakaian menjolok mata..
semuanya sedang menghilang..........................

Monday, September 1, 2008

hah? dia pun lompat ke PR gak?

melihat senarai YB BN yang nak lompat ke PR aku terkejut...

Dia tu pun nak lompat jugak?..
ahlan wa sahlan!
asal jangan buat perangai lama...tapi dia ni takdelah kes teruk!

lap airliurmu dan pakai jaket keselamatan segera.
bapa seorang artis..
sang Yb yang nampaknua lantang dulu..pun nak ikut..
Ayuh!!.siap sedia untuk lompat!!


(mat sumpah kena pikir idea baru..nak lompat atau nak lipat)

ek.eleh! YB Pendang!!!kereklah luu!!

seorang warga tua ahli sebuah masjid di Pendang telah lumpuh kerana terjatuh..anaknya telah diberitahu kawan2nya cuba2lah tanya pihak2 Jabatan Agama atau YB kalau2 dapat bantuan atau sedikit sara hidup kerana dah hilang upaya..(Anak muda ni pun kurang upaya gak seperti yang aku cerita sebelum ni)

anak muda yang tak berapa reti protokol (alahhh!! urusan dengan rakyat apa perlu protokol sangat) ni cuba hubungi YB Pendang melalui telefon.. dipendekkan cerita setelah diberitahu maksud telefonnya, jawapannya lebih kurang begini:-

YB : Eh!! itu bukan bidang saya tu..saya tak tau!!
Anak muda : saya cuma nak tanya je..agak2 boleh dapat bantuan tak?
YB : Mana saya tau..bukan bidang saya..pi tanya pejabat Agama!
Anak muda : Ada tak nombor telefon Jabatan tu?
YB : Saya tak tau...ini bukan bidang saya!! Saya sibuk ni!!!
( YB Pendang memutuskan talian)

- Perbualan ini bukanlah seratus peratus betul bentuk ayatnya tetapi begitulah maksudnya dan nada YB Pendang ketika berlangsung perbualan ini langsung bukan saja tidak mesra tetapi kasar..anak muda ini yang aku kenal agak lemah lembut berasa tersinggung!

Apa komen anda? tolong jangan bagitahu aku "biasalah! sebagai manusia kadang2 kita ada masalah sendiri! jadi tu yang terkasar sikit"...
Kalau jawab cara elok tak boleh ke?
Kalau tanya aku senang je aku jawab.... "Hey! YB Pendang.. lu memang Pokemon!"