Sunday, September 21, 2008

Memang Melayu lemah dari semua segi!

Kulup : apa ubat nak perkasakan Melayu Ron? Sibuk la ni Melayu terpinggirlah,
ketuanan Melayulah!

ronasina : Melayu genetiknya memang lemah sejak azali bro! Ini fakta! Melayu memang
mudah tewas dan dipengaruhi..dari segi biologinya pun..cuba kau perhatikan
artis Melayu yang pan asian tu..ngapa rupa mereka macam mat saleh?

kulup : sebab depa kacukan melayu-mat saleh!

ronasina : soalnya mengapa wajah mereka lebih ke arah mat saleh? kau tengok kalau
melayu kahwin cina, anak depa macam rupa siapa? Cinakan? Kalau dengan
india maka rupa indialah anak melayu itu..ini bermakna gen melayu mudah
tewas dalam persaingan!

kulup : bukankah itu sebenarnya fleksibiliti? Melayu boleh menyesuaikan diri di mana
mana dan apa jua keadaan? Mana ada negro rupa cina? Atau cina macam Bangla?
tapi melayu boleh berupa bermacam-macam bangsa

ronasina : habis mana originalitinya?

kulup : kau agak apa puncanya? pemakanan kot? Aku rasa kita masih makan makanan
yang dimakan oleh tok nenek kita dulu yang dah tak relevan lagi! Dulu mereka
sarapan nasi lemak, nasi dagang atau pulut sebelum kerja kuat di bendang atau
ke laut..kita sekarang dok di ofis! Patutlah otak kita lemah dan lemau! (sambil
menyuapkan maggi rebus)

ronasina : itu betul juga! Kita terlalu banyak sangat makanan jenis "penapaian" macam
jeruk pekasam, tempoyak, belacan, budu, tapai..cuma tempe je okay boleh
buat awet muda menandingi botox!hehehe!!

kulup : maksud kau kita kena banyak makan buah, sayur, daging, minum susu atau
yogurt? Yelah Ron...bila anak kita dah besar sikit kita pun stop bagi dia susu
walhal susu penting untuk gigi dan tulang..bila dah tua menggelupur cari
susu untuk orang dewasa sebab takut osteopirosis!(harap ejaannya betul)

ronasina : bab makan ni patutnya ada pendidikan yang formal..matapelajaran kesihatan
perlu diajar dengan betul di sekolah, bukan sambil lewa je.. kena didik rakyat
tentang diet pemakanan yang seimbang dan penjagaan kesihatan yang betul!

kulup : Melayu ni asal dari mana Ron? Arwah Loloq kata Jawa berasal dari keturunan
Nabi Noh..ada yang kata kita berasal dari isteri Nabi Musa yang bernama
safura..betulkah?

ronasina : kena tanya Isham Rais atau Mat Saman tu..aku lupa nak study tu..memang
kita dah hilang jati diri Lup! Tak kenal asal-usul dan budaya!

kulup : Kalaulah Melayu tu lemah,bagaimana Melaka dulu gemilang di zaman
Kesultanan dahulu? sampai ke China Tuah dan Tun Perak pergi!

ronasina : Melayu kuat masa tu kerana ditunjangi islam..ini rahsianya! apabila tunjang
ini 'melayu' maka Melayu itu jadi lemah dan hilang bisanya. Tidak mustahil
Melayu akan jadi satu kaum yang akan pupus seperti kaum-kaum yang pernah
wujud di bumi ini dahulu..

kulup : Tak Melayu hilang di dunia Ron....tapi yang berkata tu sendiri hilang ye tak?

ronasina : akibat penjajahan kita jadi macam ni Lup! Cina dan India lari dari penjajahan
dan bawa jiwa, budaya dan jati dirinya sekali. Orang Indon, kemboja...Itu yang diterapkan pada generasi
mereka.. untuk maju kita kena kenal sejarah asal kita Lup, baru kita boleh
melangkah mengikut acuan yang dah kita kenalpasti..

kulup : ya..kesan penjajahan! sebuah bangsa yang merdeka telah dijajah pemikirannya
agar jiwanya menjadi lemah dan kerdil..berjiwa hamba! Dengan minda yang
merdeka, kenal jati diri, faham budaya dan berpegang teguh pada agama( setelah faham syariat dan haqiqatnya), kita akan
mampu meruntuhkan gunung!

ronasina : ya! jatidiri...kau perhatikan perbualan kita tadi..berapa banyak perkataan
Inggeris yang bahasa kita pinjam? hehe!!

kulup : ya! bahasa kan berkembang jika bangsa berkembang..kita takde perkataan
"engine" sebab kita tak mencipta enjin...Ron! kau rasa Melayu lemah kerana
sebab-sebab tadi atau "takdir" Ron?

ronasina : ..............apa kau kata tadi Lup? Melayu akan pupus seperti kaum lain yang
terdahulu? ..tsamud..kaum Lut...

kami kurang selera makan sahur tadi...

3 comments:

Harimau-Menaip said...

Bila baca...mecam nak setuju.

Tapi bila tengok sekeliling, tak percayalah. Gen melayu tidak memindahkan 'rupa' melayu tetapi yang dipindahkan semangat Melayu.

Kalau tak ada semangat Melayu, takkan Dato' Hisham julang keris di Perhimpunan UMNO? Dasyat semangat tu.

ps: ala ...lepas tu kecut balik dan mintak maap...semua gimik tu dalam poket den.

kulatlapok said...

salam Bro;

Tak setujulah bro Melayu Lemah Dari Semua Segi... tapi kalu lemahpun ada Tongkat Ali, Bro..ehk apalah aku melalut ni.... sorylah bro, itu namanya LEMAH CANGGOK..posa ni..ngantuk..!!

kulupSakah said...

aku dah agak mesti ramai tak setuju terutama bila sentuh diri sendiri..habiis apa sebenornya?