Penangkapan rakyat Malaysia di bawah ISA dianggap perlu kerana dikatakan individu ini mengancam keselamatan negara. Atas apa jua alasan yang dirasakan menggugat keselamatan negara (baca: Pemimpin), rakyat Malaysia boleh ditangkap. Di sana satu proses "indoktrinasi" dilakukan bukan saja pada tahanan malah suatu isyarat kepada rakyat Malaysia bahawa jangan lawan "Aku" kerana aku ada kuasa!
Bukan sedikit mangsa ISA dan keluarga menjadi fobia dan tewas lalu dibaculkan selepas bebas dari ISA.. Kaum cina misalnya terlalu takut dengan ISA..sebab itu tidak ramai yang berani tampil bersuara lantang..seorang kawan cina begitu malu apabila perhimpunan BERSIH menyaksikan kebangkitan orang Melayu sementara HINDRAF mengejutkan kerajaan Umno/BN kerana selama ini kaum india amat setia dengan mereka..tiada perhimpunan besar2an oleh kaum cina.. tetapi mereka membungkus parti-parti cina BN dalam PRU12 lalu.
sejarah juga memperlihatkan beberapa tokoh gerakan agama dibisukan hingga institusi mereka lumpuh seperti Al arqam..
ISA bagi saya adalah suatu kem untuk merosakkan akidah ketauhidan kita kepada Yang Maha Esa! Kita dipaksa tunduk dengan makhluk dan menyembah mereka hingga mengorbankan keimanan terhadap Allah SWT.. sebab itulah Assyahid Ibrahim Libya sanggup mati berperang dengan ISA kerana khuatir imannya akan beralih kepada berhala manusia rakus kuasa!
Hishamuddin Rais pada tahun 1974 tidak sanggup bertuhankan manusia kejam dan melarikan diri selama 7300 hari bergelandangan ke seluruh pelusuk dunia!
Siapa lebih hebat?
Allah- Pada Hari Perhitungan (Judgement Day) memBICARAkan semua manusia untuk ditimbangkan amalan baik-buruk mereka sebelum layak menghuni syurga atau dihumban ke neraka. Allah yang bersifat Maha Mengetahui terus memberikan keadilan agar manusia dapat membela dirinya ketika itu walhal terlalu mudah bagi Rabbul Jalil untuk menghantar manusia ke mana saja tanpa diperhitungkan.
RasuluLLAH- sentiasa menggunakan pendekatan hikmah, lunak dan berbaik sangka dalam menghadapi musuh atau sesiapa yang tidak bersetuju dengan baginda. Kebebasan bersuara dibenarkan malah memaafkan orang yang pernah menzaliminya. Mangsa tawanan perang akan dibebaskan sekiranya dapat mengajarkan sesuatu yang berguna kepada umat Islam seperti membaca dan kemahiran vokasional..
doLLAH - tidak boleh ditegur dan akan menggunakan akta zalim menahan tanpa membicarakan sesiapa yang didapati mengancamnya. Dipisahkannya anak isteri hingga keluarga yang ditinggalkan terkial2 mencari nafkah hidup. Rumahtangga ada yang hancur, kematian dan tekanan jiwa melanda mangsa tahanan mahu pun keluarga mereka. Ketika doLLAH enak-enak tidur di mahligai besar tersergam hasil rompakan harta rakyat, ada rakyat jajahannya menderita kelaparan dan terseksa jiwa kerana tiada pelindung yang dipanggil 'bapa' atau tiada suami tempat bermanja, sang bapa dikurung bersama hanyir dan gelap.. macam babi!
- Tolonglah Dollah, jangan buat kami takut ISA! kami hanya takut Allah! Jangan ubah itu..Allah Tuhan kami yang kami sembah, jangan paksa kami sembah kamu untuk mengelak dari ISA!
Jangan buat kami anggap kamu sebagai Tuhan..cukuplah Firaun mengaku Tuhan, atau Mustafa Kamal Attarturk yang tersenyum apabila seorang rakyatnya ditanya "kamu takut Tuhankah atau Mustafa Kamal?"..rakyat itu menjawab "Kamal"...
bebas dan merdekakan kami dari tuhan-tuhan lain selain Allah! Jangan buang kalimah Syahadah yang kami lafazkan ketika solat dan waktu-waktu lainnya!
................khuatir kalau-kalau kamu ditenggelami Laut Merah atau ditolak bumi Turki!
3 comments:
Salam…
Wahai Tuan Yang Empunya Laman Perak Ekspress…serta Kulup Sakah...
Semoga sentiasa diberkati ALLAH…
Sebuah teguran terbuka (tanpa ada niat sebalik tabir) untuk anda…
Saya yakin dan percaya tuan hanya ingin menyampaikan maksud2 tertentu dalam artikel tuan ini…
Namun, saya sangat tidak setuju dengan tuan atas tindakan tuan meletakkan nama ALLAH Azzawajalla YANG MAHA BESAR itu serta nama Rasul Junjungan Tercinta s.a.w. selari dengan nama abdullah badawi… Bukan hanya kerana beliau adalah abdullah badawi, hatta nama siapa sekalipun tidak mungkin akan layak!
Tuan meng-hurufbesar-kan huruf l, l, a, h pada nama abdullah, dan mengecilkannya pada nama ALLAH…
Harap tuan dapat menyingkirkan artikel perbandingan ini!!!
Maaf andai kiranya saya terkasar bahasa…
sila lihat jawapan aku di perak express...ingat!! jangan sampai kita syirikkan allah dengan huruf2
“..dan INGAT!! Menempatkan ALLAH adalah syirik!! Sebab itu dalam pelajaran TAUHID, ia amat penting dan mesti berhati2…jgn
salah pemahaman tentang kisah Isra’ Mikraj yg mana Rasulullah jumpa Allah di siddatul Muntaha!…takkan allah duduk di langit?”
jawapan saya :
Yet you’ve replaced ALLAH besides abdullah ahmad badawi! dan lebih teruk, membandingkannya… rendah sangatkah ALLAH itu pada tuan sehingga tergamak membandingkannya dgn seorang manusia bernama abdullah badawi yang jelas baghal?
“tulisan kecil besar tu SENI..AlQuran itu sendiri adalah karya seni agung dari Sang Pencipta..”
jawapan saya :
Ya, memang seni… Tuan terlepas pandang barangkali tentang ’seni tulisan’ nama ALLAH dalam al-Quran…
jadi, begitu jg cara lazim kita (baca : rakyat Malaysia) menzahirkannya dalam tulisan rumi…
“Abdullah bermaksud Hamba Allah..maka tak salah dibesarkan perkataan Allah!”
jawapan saya :
abdullah yg tuan maksudkan jelas abdullah badawi yang bangang!
“**atau saudara nak suruh buang artikel ni kerana ada MAKSUD lain?”
jawapan saya :
maksud lain? yg mcm mana? tuan, dgn rasa rendah dirinya saya jwb tidak ada maksud lain (walaupun saya tak faham apa maksud saudara tentang maksud lain tersebut)
p/s : tidak terniat untuk bersoal jawab sbnrnya… tapi rasanya tuan terlalu tinggi diri serta taksub dengan jawapan tuan…maka, untuk itu, saya jawab…
maaf, kalau terkasar bahasa…
Post a Comment