Tuesday, September 16, 2008

bukan 916..tapi 1010!!

kemaskini pukul 3pm

baru dpt sms Pak Lah serah portfolio Menteri Kewangan pd Najib..alamak! betullah kata Wak jono mlm tadi!

... bukan mudah nak sampai ke rumah Wak Jono yang 2 km dari jalan besar menuju dalam hutan. Ronasina memandu four wheel drive Kia sportagenya tanpa berkata apa-apa. Entah pasal apa beria-ia benar dia menghubungi aku sejak subuh semalam untuk bertemu Wak Jono..

"Aku nak tahu apa cerita selepas tak jadi 16 September ni...aku tak menulis, aku melukis je..sebab tu aku ajak kau, nak ajak Mat Comot leceh! Dia sibuk nak ngorat anak Tok Batin depan rumah Wak tu je.."

"tapi nak tanya apa? Wak Jono bukan ambil pot pasal politik ni..bergaduh dengan iblis tahulah dia..tu yang Mat Saman malas nak jumpa dengan dia!"

"ah! apa bezanya iblis dengan lawan kita selama ni?"

Si Ronasina ni kalau dah marah macam-macam perkataan dia keluarkan. Sebab tu dia tak mau menulis, melukis je dah cukup..aku malas nak layan sangat..asap rokok dia dah cukup mengganggu aku dalam kereta ni..sudah tentu di rumah Wak nanti asapnya akan bertempur dengan gudang garam Wak..Aku? menghisap asap second hand aje... baik aku bersugi!

di rumah Wak, aku tak banyak bercakap, hanya minum kopi hangat yang aku bancuh sendiri aje sambil mendengar maki dan carut Rona menceritakan hal-hal duniawi..dia kadang-kadang terlupa yang Wak tak suka mendengar cerita politik kotor ni..Ronasina begitulah! Tapi kalau bab agama pun dia jugak yang jadi chairman..heh! Kaki borak!

tidak ada apa-apa dari Wak yang hanya banyak mendengar sambil menyedut-hembus gudang garamnya! Tasbih kokka yang selalu dibawanya tetap digentel..
cuma selepas beberapa ketika selepas boring agaknya mendengar bebelan Rona yang penuh dengan "F word" dia kata...

" Kalau kau memandu tu sudah tentu kedua-dua tangan kau memegang stereng di kiri kanan roda stereng tukan? Kedudukan tangan tu kukuh dan kereta bergerak lurus..kedudukan tangan tu seperti menunjukkan pukul 10.10!" 10 persepuluh adalah markah penuh!
Sebab tu iklan jam selalu menunjukkan pukul 10.10...lambang kestabilan!!

"bukan pukul 6.19 atau 9.16!".......... "esok hari kalau tak kiamat, Pak Lah tak mau jaga duit lagi..dia bagi Najib! dia suka jaga tentera lak!"
lepas tu Wak tak bercakap lagi dan terus masuk ke bilik suluknya!"

Dah faham perangainya itu, aku pun mencuit Rona mengajak pulang.
Dalam meredah jalan pulang menjelang waktu Imsak itu, Rona tersenyum sambil mulutnya terkumat-kamit...sepuluh haribulan sepuluh! hari Jumaat..........

4 comments:

hafiz said...

waaa boley buat novel nih! hebat wak jono ni. boleh melawan iblissss! sepuluh sepuluh? haha!

ronasina said...

memang aku sdg buat novel tapi tajuknya "Wak Rono" kerana jono dah banyak digunakan..aku jadualkan siap tulis 6 bulan lagi, tu belum kira nak turun naik publisher punya tempat lagi..belum tau diterima atau reject lagi..

harap2 jadi kenyataan!!

kulupSakah said...

ya! wak pun setuju rona yang tulis..harap berjaya! mesti kaw punyee..aku tolong sikit2 je

niche said...

salam hafiz, ronasina n tn kulup,

InsyaAllah, smoga diterbitkan sdr rona!!

Smoga ilmu dr pembacaan luar dr kotak pemikiran ini mmpu 'mendoktrinkan' otak agar peka ngan ilmu Allah semulajadi yg maha luas yg kurang diterokai minda umum....

mf tn kulup,
cheers....