Sebagai muslim yang cintakan agamanya, sudah tentu Ustaz Nasaruddin Tantawi tidak dapat menyembunyikan kegusaran kedudukan agama yang dicintainya tergugat jika kerajaan baru dibentuk 16 september ini. Dia berkali-kali mengucapkan kebimbangannya dengan mengatakan tidak bermakna jika kita dapat tumbangkan kerajaan Umno/BN tetapi kerajaan PR (dia sebut kerajaan Anwar) tetap mengabaikan Islam(bukan parti Islam)..
Dia meragui kejujuran kerajaan baru ini kerana PR masih memerlukan beberapa MP dari Bn yang korup untuk lompat ke PR..sudah tentu ia akan sama seperti BN juga atau dikatakan "carbon copy" BN. Lalu dia terus-terusan mengatakan Anwar mempunyai agenda tersembunyi kerana sehingga hari ini tiada pimpinan PAS yang mengetahui sepenuhnya siapakah yang akan lompat dan bagaimanakah 'bentuk' kerajaan baru ini, siapakah 'line-up' dan apakah dasar yang hendak digunapakai. Sambil itu dia terus mempertahankan beberapa pimpinan PAS yang bermuqabalah (hehe!) dengan Umno dengan menggunakan hujah 'kalau Anwar boleh kenapa kami tak boleh"..aduh! kalaulah semua orang boleh dipercayai sudah tentu Anwar yang berpengalaman dalam sepak terajang politik akan memberitahu dengan jelas semua perkara tetapi bagaimana nak beritahu semua..selang beberapa hari kemenangan kita dah ada yang bermuqabalah.. saya yakin semua perkara yang kita bimbangkan sudah difikirkan Anwar.
Nasarudin selaku pencinta Islam(bukan sekadar parti Islam) juga perlu menggariskan dengan jelas apakah dasar yang akan digunapakai jika Islam diamalkan sepenuhnya supaya rakyat benar-benar faham kita. Apakah setakat mengharamkan artis wanita berkonsert sahaja? Bagaimana nasib mereka selepas itu? atau mereka terpaksa memakai tudung demi nak menyanyi?..Bagaimana cara agar mereka boleh menerima peraturan kita dengan ikhlas dan rela hati?
Kedudukan Islam sudah lama tergugat dan sehingga hari ini tidak pernah sesaat pun kerajaan lain selain Umno/BN memerintah Malaysia sejak merdeka. Mengapa dia berdiam sahaja dan tidak bising seperti hari ini? Siapakah tokoh yang pernah PAS dan umat Islam lahirkan di Malaysia yang karisma ulamanya zuhud seperti tok guru Nik Aziz atau Umarak disegani seantero dunia Islam seperti Anwar? Siapa yang lemahkan umat Islam selama 50 tahun ini sehingga 300 ribu sudah murtad mengikut kenyataan Mufti Perak?Mengapa setelah Anwar bersusah payah mencari dan berusaha memujuk beberapa pemimpin untuk menubuhkan kerajaan baru, Nasruddin yang bermentorkan Hj Hadi cuba 'hijack' untuk mendapatkan sokongan penubuhan negara Islam acuan mereka? Tok Guru Nik Aziz sebagai mursyidul am seakan tidak dipedulikan lagi.
Nasruddin selama ini banyak berkokok di dalam reban dan sesekali turun ke padang yang tiada helang. Jika serius untuk menubuhkan negara Islam, saya menyokong sepenuhnya usaha dia sekiranya dia menjelaskan sejelas-jelasnya dasar Islam yang cintakan keamanan, keadilan dan menjamin kedudukan orang bukan Islam.
Ayuh! Kalau ada kewajaran melakukan revolusi, pimpinlah anak-anak muda sertai gerakan revolusi Islam dengan kaedah yang bijak dan aman. Sekurang-kurangnya saudara Ezam pernah memimpin anak muda membikin gelombang reformasi sehingga Umno/ BN menggelupur dan Mahathir tersungkur. Walaupun kini Ezam beralih arah, sumbangannya (dengan izin Allah) ke arah gerakan kebebasan bersuara anak muda berjaya! Nasruddin boleh guna cara ini.
Moga Nasrudin berjaya dan saya juga secara peribadi mendoakan agar sebuah negara Islam berdaulat yang menegakkan kalimah "Lailaha Illallah" tertubuh di tanah leluhur ini sebelum mata ini terpejam dijemput Illahi.
2 comments:
kahkahkah!!!!!!!!
salam bro LKS...
1000% aku setuju....lebih baik kita diam dari meratuih risau pasai masa depan islam...nk hijack pun agak2 la kan?
apa2 pun,i like ur posting
Post a Comment