Tuesday, September 23, 2008

si katak Panglima Melayu...

(gambar ehsan Ronasina)

seluang seluanglah jua
takkan jadi tenggiri
katak kataklah jua
si berahim ali

Pendekar yang giat memperjuangkan nasib perut sendiri ini muncul lagi dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa yang baru disetubuhkannya demi memperjuangkan hak kepentingan Melayu yang dirasakan makin terhakis sekarang ini. Pejuang yang dipercayai pernah menjilat punggung Mahathir ini antara yang menentang pengambilalihan kerajaan Pakatan Rakyat kerana merasakan kedudukan Melayu tercabar. Menurut jurutera renovasi gigi (kata Isham Rais..hik!hik!) ini, dia dan persetubuhan yang dianggotai ahli-ahlinya (tak tahu berapa ekor berudu) akan berjuang mempertahankan ketuanan Melayu dari diganggugugat...

Tulah! dah kata daah!! patutlah PKR dari dulu tak berapa nak layan katak minyak ni..tapi PAS yang gemar terbuka dan berbaik sangka membenarkan kodok ini bertanding sebagai calon Bebas di bawah tiket PAS..

Rakyat sedang melihat katak ini cuba untuk melompat-lompat melihat tempat mana yang best untuk dirinya sendiri..aku jamin kalau ada pilihanraya akan datang, katak ini akan kembali menganggur kerana sudah tak dipercayai lagi..atau mungkin sudah dijadikan umpan haruan!

2 comments:

mountdweller said...

Sebenarnya boleh katakan semua orang politik kenal sikatak ni. tetapi sayang PAS walau pun pernah dilopati kepala oleh katak ni, masih tidak kenal-kenal lagi. bodoh ke aper ni?

hafiz said...

hahaha ya disetubuhkan hahahaha lawak cool! si katak ini akan berevolusi secara terbalik menjadi ameba. lebih kecil dari berudu. hahahaha