..habis saja 16 September yang dijangka panas segalanya jadi perlahan..aku hilang mood menulis mencari-cari tajuk meletup..(kekuatan untuk orang yang tak popular seperti aku menarik khalayak melihat karyanya ialah dengan meletakkan tajuk yang boleh membuatkan diri karyawan itu dilihat "wujud"!)..lainlah Hishamuddin Rais..kah kah kah dia saja boleh menarik setengah juta hits!
Harimau-menaip pun jadi nanar! Blognya berproblemo! Mat Comot memohon cuti menulis kepada dirinya sendiri! Siapa lagi? hafiz?...dia coba konar kat lain...Apa nak jadi dengan kita?
-Bosan punya pasal aku menonton semula filem termahal abad 21 dan tertinggi kutipannya..filem Blockbuster James cameron..apa lagi kalau bukan "TITANIC"..rasa seperti aku ini Jack Dawson budak gelandangan yang tercampak dalam dunia bangsawan..hihihi! kebetulan bini aku pun kerabat tapi bukanlah macam kisah cinta terhalang Titanic mahu pun Qaisy dan Laila! kisah cinta aku agung lagi mengAgungkan!- sebab nama datuk isteriku Raja Agong!
Lalu aku terasa kita semua bagai berada di dalam Titanic.. di kapal ini ada semuanya, yang marhaen berpesta dengan cara marhaennya..tiada protokol tiada bicara soal ongkos mahupun suap-suapan..pestanya lepas laku, mesra dan lebih ikhlas..
..kadang2 kita seperti Jack Dawson terpaksa memakai sut mewah untuk menghadiri majlis yang penuh protokol..berkemeja bulat dan berselipar jepun dikira "haram" dan kita pun bersopan makan berhidang dengan bangsawan2 segak kacak berhemah yang berpakaian rapi bertalileherkan skandal, berkasut korup, bersudu garfukan materialis kepura-puraan. Makan beralas kain hipokrasi!
Ya! mereka yang berkuasa cuba "kidnap" identiti kita! Mereka menyembunyikan kehaiwanan mereka dengan gaya rapi dan sopan santun mereka dan menghumbankan perkataan "kejahatan" kepada kita yang berambut panjang berseluar lusuh. Siapa yang sudi mendengar bicara seorang peniaga pasar malam yang lurus berbanding bicara manis sang keparat berBMW berlidah biawak.. Siapa yang pandai-pandai menggariskan pakaian rasmi di majlis rasmi mesti begitu? begini tak bolehkah? Sejak bila rambut panjang itu dilabel "jahat"?..sampai Rockers kempunan nak masuk tv dulu...tapi yang pakai baju dalam bertali nipis takpe...hampeh tul!
"tiba-tiba aku teringat cerita Khalid Salleh tentang aktivis teater sani sudin tidak dibenarkan masuk ke dewan teater Matic oleh pengawal keselamatan kerana berkemeja T kolar bulat kerana yang hadir di dalamnya VIP2 berkot yang entah bila ambil kisah pasal teater ..tapi mereka hadir kerana ada Pak Menteri hadir...
(kadang2 ada juga berlaku si penempel tersengih2 berlagak penting waktu ada Anwar tetapi majlis lain haram tak tunjuk muka!).. meluat tahap *SyedhamidAlbab!
..........ah! Esok apa pulak aku nak tulis..harap ada berita panas!
Glosari- * syedhamidalbab- perkataan baru yang bermaksud bodoh melantun-lantun!
contoh ayat:- Menteri botak itu menegaskan alasan syedhamidalbabnya bahawa penangkapan seorang wartawan suratkhabar cina di bawah ISA adalah kerana untuk memastikan keselamatannya terjamin
3 comments:
kah kah kah...memang lawak bro.
Siapa kata dia botak? Dia ada rambut cuma segan nak tumbuh.
Tidak dinafikan, politik Malaysia dalam kekontangan. Tenang.
Ia bagus bagi ekonomi tetapi kurang bagus pada orang macam kita sebab kita dilahirkan untuk hidup dalam suasana yang kacau bilau!
aku baru lepas gelakkan hafiz yang kontang takde idea..sah korang berdua pun kering!!hahaha! tengok aku..takde idea takyah lukis..Pak Lah pun tak marah,lukis pun dia tak marah sebab dia tak tengok punyee...
salam Bro,
Kalau maksudnya bodoh melantun-lantun maknanya barang yg jatuh tu berkali-kali hentakannya. Kalu it macam boleh dikira maksudnya BODOHNYA TU BERKALI-KALI ATAU BODOH MEMANJANG AJELAH JAWABNYA....
Post a Comment