Thursday, September 18, 2008

Raya serba baru! baju, seluar dan Kerajaan baru!!

16 September sebenarnya sudah berlaku seperti yang dirancangkan! Anwar memang dah jadi Perdana Menteri sekarang. Seluruh rakyat mempunyai sentimen yang sama merasakan Anwar yang menguasai rentak dan hala tuju negara masa ini.. Ramai kawan-kawan telefon, sms dan bagitahu telinga mereka pedih diperli orang UMNO (isy! Menyebutnya pun geli) mengatakan apa dah jadi? Anwar penipu dan macam-macam lagi!
Hanya Umno (lain kali kalau aku tulis 'no' tu maknanya umnolah! maleh nak tulis benda yang membazir ni) saja yang masih bermimpi berkuasa. Tanyalah seluruh rakyat ternyata mereka tiada halangan malah menanti-nantikan kerajaan baru mengambil alih rejim Pak Mertua Khairy ini!
Bagi mereka, aku cuma menjawab "kalau Anwar penipu yang Pak Lah pi ambik portfolio Menteri Pertahanan pasai apa? nak Pertahan apa?" Sudah tentu untuk mempertahankan sisa-sisa pepejal kuasanya yang dah mula mencirit..nyawa kerandut teloknya sedang disentap oleh berbagai arah..dari luar no dan dari dalam no..Najib bukanlah anjing setia yang boleh dipercayainya justeru itulah 'taring pertahanan' itu mesti dirongakkan. Biar Najib jaga duit, biar dia pening di situ..(kata Black, kamaluddin dah mencairkan asetnya..betulke?)

Semua saluran yang dibenarkan telah pun digunakan Pakatan Rakyat untuk menyingkirkan laki Jeanne, ( seorang ahli 'no' wanita bukan Melayu cawangan Kepala Butus )termasuk usul undi tak percaya yang digagalkan oleh Speaker Pendekar Takberapa Mulia. Kini PR sedang menggunakan cara terakhir untuk membuktikan pengambilalihan tampuk pemerintahan bukanlah untuk menimbulkan kacau-bilau atau kerana gila kuasa tetapi cuma hendak mengambil kuasa daripada orang gila! dahlah gila, lembik dan kuat tidur pula!

Zulkifli Nordin pernah mengutarakan bahawa satu-satunya kuasa Agong yang masih ada ialah mengisytiharkan darurat (yang lain semuanya boleh dibuat berdasarkan atas nasihat Perdana Menteri).. apakah stratetgi terakhir menjurus ke arah itu? kalau itu- hamba ingin menyampaikan salam penuh takzim kepada Yang diPertuan agong bahawa dengarlah suara rakyat! jangan gadaikan masa depan rakyat dan negara ini hanya kerana hendak membela seorang yang sudah hilang kredibilitinya!

Pak Lah! Sudahlah! Undurlah! Terimalah dan redhalah! jangan sampai terkena tulah! atau dimurkai Allah!

.....................aku seperti terdengar suara takbir raya 1 syawal ini bergema ke seluruh pelusuk tanahair dengan penuh damai....dan BARU!

Salam dunia salam semua
salam hari raya bersinar akhirnya
inilah hari kita
tiada lagi rasa ketakutan!

2 comments:

Unknown said...

Tuan nampaknya terlalu yakin yang PR akan berkuasa. Bagi saya terlalu banyak lagi liku-liku yang terpaksa PR hadapi.

Kita kena ingat pisau ditangan pak lah. itu sebabnya pernah saya utarakan, kita ofensif serang dikala pertahanan musuh leka. Jangan biarkan atau tunggu musuh merancang stratergi pertahanan untuk mengalahkan kita. segala senjata di tangan mereka.

kulupSakah said...

menunjukkan yakin seolah2 terjadi juga merupakan satu serangan terhadap musuh..perhatikan interview seseorang peninju seperti Muhammad Ali yg bercakap akan menumbangkan lawannya walhal belum tahu dia menang atau tak lagi!
hehe!