IKLAN!!
ANDA MATI PUCUK? LEMAH TENAGA BATIN?
Pedulik hapa aku!! Tapi dapatkan penawarnya dengan melihat iklannya di harakahdaily.net
Kepimpinan Pak Lah terus dikritik hebat ekoran kegagalan Umno/BN mengekalkan prestasi 2/3 dalam PRU12 baru-baru ini. Beliau diserang dari luar dan dalam Umno/BN yang memintanya berundur. Rakyat sudah hilang keyakinan terhadap Pak Lah dan popularitinya jatuh menjunam sehingga beliau terpaksa mengumumkan pelan peralihan kuasa yang menyaksikan Najib Razak bakal menggantikan tempat beliau.
Rakyat Malaysia sepatutnya melihat Dolah dari sudut yang lain jika mahu menilai prestasinya dan bukan sekadar memerhatikan suhu politik semasa saja. Aku berani mengatakan bahawa Dolah adalah PM yang terbaik setakat ini sepanjang 50 tahun Tanah Melayu mencapai kemerdekaan! Di sini diperturunkan kelebihan Dolah dari segi personalitinya mahu pun kredibilitinya sebagai pemimpin berwibawa sehingga membuatkan anak muda yang berhemah tinggi dan berprinsip seperti Ezam Md Noor mengalih haluan dan menganggap Pak Lah adalah ikon yang berani melakukan islah mastata'tum.
Personaliti sebagai cucu ulama
berdatukkan ulama terkenal, beliau sedikit sebanyak mewarisi keperibadian tawadhuk Abdullah Fahim. Pengetahuan agamanya yang dalam serta kesungguhan nawaitunya untuk melihat Islam tegak berdiri di bumi Malaysia menjadi punca tercetusnya ilham Islam Adahari. Pemimpin berjiwa rakyat ini tidak kisah untuk menggunakan kediamannya dalam menganjurkan program dan aktiviti berbentuk kerohanian dan agama seperti majlis tari menari sempena Merdeka 2007 yang menyaksikan penceramah Kelab Malam Barat diundang sebagai penceramah. Beliau juga sering menganjurkan forum dan debat terbuka mengenai Islam dan berani berhujah dengan beberapa cendikiawan hebat seperti datuk Michelle Yeoh dan tunangnya.
Bapa
Beliau merupakan bapa yang hebat kerana kejayaan mendidik anak-anak yang berjaya dalam bidang perniagaan sehingga menjadi antara yang terkaya di dalam negara. Anak lelakinya merupakan seorang saintis nukleur yang sangat dicemburui Amerika Syarikat kerana kepakarannya. anak perempuannya merupakan tokoh Islam terkenal dengan menganggotai pertubuhan Sisters in Islam yang banyak berjuang tentang Kesyumulan Islam . Bapa penyayang ini menumpahkan kasih sayang yang tidak terhingga dengan melantik menantu lelakinya sebagai penasihatnya.
Berjiwa Melayu tetapi cintakan keharmonian hidup bermuhibbah
prinsip ini dibuktikan dengan mengahwini seorang wanita yang bukan Melayu. Inilah contoh pemimpin yang benar-benar menjiwai semangat muhibbah dan tidak mengamalkan diskriminasi kaum. Justeru itu isterinya telah didaftarkan sebagai ahli parti Melayu di Kepala Batas.
Islamik
meneruskan ciri-ciri kepimpinan Islamik Tun dr. Mahathir yang menghayati AlQuran sebagai panduan hidup. Konsep taman syurga dengan air yang mengalir indah seperti yang diceritakan di dalam al Quran direalisasikan oleh Dr. Mahathir di Putrajaya telah diteruskan beliau. Malah beliau sering menyebut beliau tidak mengejar harta bertimbun, tetapi mencari Al Ghazali (bapa Tajol Rosli) dan AsSyafie Apdal..
Memerangi rasuah
Beliau mempunyai keazaman yang tinggi dalam usaha memerangi rasuah (diulang:memerangi bukan memerang) hingga ke akar umbi. Lihat saja statistik peratus rasuah yang terus menjadi cantik semenjak beliau mengambil alih tampuk pemerintah, tidak mengamalkan pendakwaan terpilih malah berani bertindak tegas terhadap individu yang cuba menggugat kestabilan negara seperti RPK yang melanggar prinsip rukunegara yang ke5.
Berbeza dengan Anwar yang gemar beretorik, beliau telah membuktikan tegas dalam memerangi..bukan memerang..rasuah dengan tertangkapnya Eric Chia, Kasitah Gadam, Khairy jamaluddin dan BSA Tahir.
Tenang
Berbanding dengan Anwar yang dilihat agak agresif, beliau kelihatan amat tenang dalam menghadapi tekanan dan cabaran. Amalan tidurnya telah banyak mendidik beliau menjadi seorang yang sabar dan kuat berdehem..
Pak Lah! teruskanlah. Kami sedia berdiri di belakangmu!( Ayat klise balaci Umno. Berdiri di belakang senang nak lari)
(tulisan ini ditulis ketika aku overdose bubur lambuk berbuka tadi)
4 comments:
kah kah kah..giler kentang!!
Aku cadangkan dolah sebagai calon tokoh maal hijrah tahun 2009.
ikutsukaakuisa.blogspot.com
bila pula KJ kena tangkap?
isa;
Dolah mana? Pak mentua aku namanya Dolah juga...
kite kutuk si dolah tu tak takut kena daulat ke hahahahahaha kelakornyer! bestla artikel ni.
"Iman tak dapat dijual beli...lalalal"-raihan
Betol kata raihan tu!
Post a Comment