"AMK jangan fikir pasal perjuangan kalau ekonomi tak kukuh!! macam mana nak berjuang kalau takde duit nak isi minyak?"
"projek babi mesti diteruskan!!"
"Akan ada yang tak berpuas hati dengan pemilihan ahli majlis..itu biasalah!"
"kuota bukan bumiputera ke UiTM mesti dibuka untuk tingkatkan mutu pencapaiannya!"
Itu adalah di antara kenyataan Tan Sri Khalid Ibrahim ,MB Selangor yang banyak menimbulkan kemarahan rakyat apatah lagi orang Melayu. Terbaru beliau berkata trend menteri melawat ke tempat bencana, bersalam-salaman dan bertanya khabar membazir wang..ini gila punya kenyataan!! Mana yang dikatakan kepedulian rakyat?
Namun hakikat sebenarnya jika diteliti semula kenyataan2 gila beliau dengan hati terbuka, tersimpan seribu kebenaran walaupun hati rakyat khususnya orang Melayu ramai yang terluka. Sebab itulah Tan sri berada di kedudukannya sekarang. Pemikirannya sentiasa berbeza dengan orang lain yang stereotype. Beliau optimistik dan realistik. Beliau selalu berfikir setapak lebih depan dari bangsanya yang selalu mengikut arus yang begitu-begitu..sebab itu juga orang gila seperti beliau mampu menculik semula Guthrie yang ditawan penjajah lebih 3 darsawarsa yang lalu.
Ingatkah kita bila Khairy Jamaluddin memakai semutar berkain batik ke Pengkalan Pasir waktu pilihanraya kecil dulu atau Dollah Badawi bersila di laman rumah orang kampung sambil makan ubi rebus? Atau Najib si Bibir Merah dicium nenek? apakah lawatan turun padang itu menggambarkan jiwa rakyat yang sebenar? Sekadar tersengih-sengih terhangguk2 sambil mendukung anak kecil bolehkah membantu menyelesaikan keperitan hidup rakyat? Kita rakyat harus menukar mentaliti wayang hindustan ini...sejarah filem-filem Hindi yang penuh adegan nyanyi2 dan bertukar2 pakaian adalah taktik pemerintah untuk menghiburkan hati rakyat agar mereka leka sekejap dengan kesusahan.. sebab itulah Tan sri Khalid berkata yang penting keperluan rakyat atau mangsa sesuatu kecelakaan dapat dipenuhi..
Sebelum itu ramai anak2 muda dalam PKR tersinggung dengan kenyataan di atas sekali yang diucapkannya di kediaman rasmi Menteri Besar sempena Hari Pekerja 1 Mei yang lalu..hakikatnya itu satu cabaran atau tamparan agar anak muda terus memperbaiki kedudukan dan ekonomi diri sebagaimana yang beliau lakukan.. Khalid Ibrahim pada hemat Man Rimau, rakan saya ada sedikit persamaan dengan cara pemikiran dr. Mahathir, bezanya Khalid Ibrahim tidak pandai beretorik dan kelihatan agak bendul!
Lihat saja isu kuota UiTM.. berebut Melayu marahkan beliau sedangkan mereka lupa MRSM sudah lama dicadangkan Umno untuk dibukakan kuota kepada bukan Melayu..tapi kaum bukan bumiputera tak minat pun...
Jika ita ingin berubah kita harus berfikir seperti beliau, melihat duit syiling bukan pada nilainya saja sehingga kita lupa apakah gambar yang tertera di muka belakang syiling tersebut..beliau suka melihat belakang syiling, bukan nilainya kerana melihat nilai - kita kelihatan sama seperti orang lain!
1 comment:
pemikiran anda pun juga nampak setapak di depan kaum be-end dan ramai dikalangan kita2. bravo
Post a Comment