Friday, September 5, 2008

Lebai Kambing dan musang berjanggut dalam PAS?

1)
Mat Sabu berasa kecewa melihatkan ustaz2 muda dalam PAs bawah 40tahun rendah prestasinya dan dapat diketahui apa jenis pembacaan mreka berdasarkan dari mutu ceramah mereka...style pengajian sekarang kan sekadar nak lulus periksa je..

aku khuatir nak lulus periksa punya hal, tesis dicuplik dari mana2 sumber, bawak toyol dalam dewan..lulus juga! lepas tu jual ilmu!! jangan kata benda macam ni TAKDE!!

Anak2 muda PAS mesti menampakkan diri mereka serba boleh, bukan dalam bab fekah saja- menghentam dan haramkan sana-sini tetapi mesti pandai mencari alternatif agar anak2 muda di luar mampu mengangkat mereka menjadi ikon- jangan bila mereka tak mahu ikut kita, kita kata mereka sesat lagi menyesatkan!
isu konsert Avril- misalnya! bagus anak2 muda PAS nii bertindak, tapi ayuh kita jayakan program yang 'boleh' untuk anak muda ni..(takkan nasyid dan ceramah je bang..cara lain takde ke?

2)
Hj Hadi dalam Harakah terbaru berkata dasar PAS iaitu Islam mesti dijadikan teras tak kira siapa PM, Anwarkah atau siapa pun..

huuu!! bab Islam tu aku rasa Anwar dan ramai muslimin setuju, tapi bunyi yg agak keras tu menakutkan merekalah syeikh! Jangan gelojoh sangat!
Kena kenal kekuatan kita dahulu..dan cari kelemahan yang kita ada..perbaiki!
sentimen rakyat dah merasakan Anwar PM mereka..ini realiti! jangan ganggu lagi..
siapa tak mahu Islam?

Sejarah dulu pun menyaksikan banyak tempat diIslamkan dengan cara revolusi! PEPERANGAN!..sanggup mengepalai revolusi?
kalau ada strategi perang bentuk baru yang selamat, BIJAK namanya! (FATANAH)

ada yang gelar dalam kes 1 di atas sebagai ulama Lebai Kambing yang dicari Pak Pandir untuk membacakan doa kenduri rumahnya..(ikut kata Mak Andeh lebai mestilah ada janggut..dia pun salah cekup)

kes2- musang berjanggut P.Ramlee ada cerita ulama yang gelojoh dan gagal kawal nafsu akhirnya malu dan terperangkap dengan kegelojohannya!
(tulisan ini sekadar pandangan ikhlas demi kasihkan golongan agama- cuma ia dari sudut gelap dan nakal)

6 comments:

matcomot said...

cuba miker g tanya org area nibong tebal.apa yang YDP pas sudah buat.akibatnya ramai puak PAS tukar kapal.ydp tak di hormati lagi

kulupSakah said...

laa...
tu belum lagi ada yg sibuk rebut kontrak.. ada yang kata "harta Ghanimah"..kena rebut segera!

Cenangau said...

Nasib baik kat Kg aku kat Pt. Buntar tak ramai Ustaz PAS, kalau aku pakai serban saheh depa panggil aku ustaz

Admin said...

Salam...

Semua sama saja dalam politik... baik UMNO, PAS, PKR, apalagi DAP! Bila dah mentadbir baru hangpa tau!

Salam Ramadan....

Term Papers said...

You have been blessed with the writing skills, I found it really interesting and it is informative.

Unknown said...

God bless you! Many thanks for your contribution; it looks like you have got a huge collection of educational articles to read and afterwards learn from! Be ready to cooperate with term paper writing service, and your music blog will become number one across the Internet!