Wednesday, April 1, 2009

tak boleh ke berenti bertekak?

sepatutnya pemimpin PR cakap dengan pemimpin BN ," Rakyat pilih kami perintah 5 buah negeri, bagi kami peluang laksanakan menifesto kami seperti yang kami janjikan!"

pemimpin BN pula jawab, "ok! Kalau begitu kami pula akan tunaikan janji2 kami kepada negeri2 di bawah pemerintahan kami!"..

kemudian sama2 berkata, "marilah kita bekerja untuk rakyat dan biarlah rakyat menilai yang mana terbaik untuk pilihanraya akan datang!"

..tapi ah! itu cerita dalam komik! Dari Mac sampai hari ni kedua-duanya sebok bergaduh2 nak rebut kuasa!

Woi!! Setin susu tepung dah lebih RM60 ringgit!! Lampin pakai buang saiz besar dah lebih RM40..korang pedulik pun tidakk!! asal ada pilihanraya, kerah rakyat! Lepas tu haramm!!

Cubalah renti bertekak, fikirlah pasal rakyat pulakkk!! Piem baru kena ubah semua ni, rakyat ni bukan nak banyak sangat..kes Altantuya pun diorang tak peduli sangat asalkan masalah perbelanjaan isi rumah mereka selesai.. bunuh wanita eskimo pun takpe!

12 comments:

ISA said...

Salam bro,

aku pun fikir macam ko jugak, tapi ko dah bersuara dulu kira ok lah... aku sokong 500%.

Sibuk politik, ekonomi macam haram jadah, marhaen menangis sapa pun tak peduli. Harga barang naik ikut sukahati, tiap-tiap hari rakyat dok menyumpah berkati-kati.

Tension betul aku dengan semua pemimpin parti.

Hari Jumaat ni, kalau YDPA perkenan Najib PM, aku nak isytiharkan 0-0 dengan Najib sebagai PM baru.

Taiknya sebelum ini, simpan dalam memori disk, anytime boleh letup balik. Sebagai PM baru aku nak bagi dia peluang tunjukkan prestasi as a PM.

Atas alasan peribadi, sebagai pemimpin nombor satu negara aku hormat, walau tak setuju dia sebagai PM.

(Kalau ikutkan YDPA nbr satu dalam negara tapi, soal Agung letak tepi, malas cakap banyak dan cakap pun bukannya dia dengar, lagipun aku dah kenen dalam blog pasal agung/raja ni, aku dah bosan.)

Dan hormati adab kepada pemimpin, alasan lain ada lagi, aku simpan dulu.

Anonymous said...

salam..

walaupun gua tak brape paham politik,gua stuju sangat n3 lu bro..
dah lama tpendam dlm kapla otak gua,dah lama gua ttanya2 nape masing2 dok huru-hara lg.

skrg masa utk yg menang bkerja!
skrg masa utk membela rakyat!

biar rakyat tgk sape yg betul2 bela rakyat..

..susu anak gua pon dah bertukar jenama.. huhu

ISA said...

OOppss lupa pulak, dosa Jason King merampas negeri Pasir dua Butir, akan tetap dalam innnngaatann ku...

ha..ha..ha.., kosong - kosong yea.. najib... kita simpan dalam pendrive...

Anonymous said...

Hampir 10 tahun berkhidmat sebagai Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung.

Perasuah Tegar

* Sepanjang Ismail Saffian menjawat jawatan Setiausaha MPM, 5 kali Majlis Perbandaran Manjung disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana Tender MPM hanya diberikan kepada rakan-rakan terdekat.

* Hotel Crystal Sitiawan adalah diantara premis perniagaan yang mempunyai tunggakan hutang Cukai Taksiran berjumlah puluhan ribu tetapi tiada tindakan diambil oleh Majlis Perbandaran Manjung semasa Ismail Saffian menjadi Setiausaha MPM.

* Ketika Ismail Saffian Menjadi Setiausaha MPM, puluhan Kilang/Premis Industri di kawasan MPM beroperasi tanpa lesen tetapi tiada tindakan diambil oleh MPM.

"Sexual Harrasment" (Gangguan Seksual)

* Beberapa kakitangan wanita MPM seringkali diajak untuk tidur bersama termasuk seorang yang hanya mahu dikenali sebagai Puan "R".

* Seseorang itu memerlukan sekeping Ijazah untuk layak memegang jawatan Pegawai Pentadbiran MPM tetapi hanya Ismail Saffian sahaja yang tahu bagaimana Puan "H" yang hanya berkelulusan SPM sahaja layak memegang jawatan tersebut.

* Anugerah Pekerja Cemerlang seringkali dinobatkan kepada Setiausaha Khas beliau Puan "A" yang seringkali dikaitkan sebagai mempunyai hubungan "sulit" dengan beliau.

* Ismail Saffian seringkali ke Sempadan Thailand untuk mencari "sesuatu". boleh semak rekod keluar masuk di Pasportnya untuk pengesahan (kecualilah beliau keluar masuk melalui jalan yang tak sah).

Salahguna Kuasa

* Seringkali ditegur dan beberapa kali menerima Surat Peringatan dari Yang Dipertua MPM kerana menggunakan kenderaan MPM untuk parti (UMNO).

* Pernah disiasat Badan Pencegah Rasuah kerana Kediaman Rasmi MPM di Sitiawan yang didiami Ismail diubah suai sehingga melibatkan kos yang mencecah hampir Setengah Juta Ringgit Malaysia dan akhirnya beliau berpindah ke rumah sewa di Taman Venice Of Perak, Seri Manjung.

Kesejahteraan Rakyat Perak, Insya-Allah dalam masa tedekat ini, kami Rakyat Perak pendukung kebenaran akan membongkarkan lebih banyak lagi kisah Ismail Saffian dalam Siri Ke-2..!

ibuzara said...

bro lu betul..
lampin dulu dpt la rm26 la nih dh rm40 lebih..terpaksa kami cari tempat2 yg tgh diskaun..kalau dak memang cekek..
susu tin memang naik mendadak bro..dulu dlm rm19 dah blh dapat sekotak..la ni yg aku slalu beli dh jd rm25..

maun said...

Salam KS,

Lain macam je n3 kali ini. Macam dah panjat atas pagor je.....

kulupSakah said...

maun, bukan panjat pagor,
nyampah dan semak kadang2 dengan depa

Anonymous said...

aku setuju dgn penulis,

Pilihanraya dah habis. Yang menang kena ambil tindakan memenuhi janji2 mereka.. Jangan asyik memekak dan rebut kuasa semua rakyat menderita sebab mereka xbuat keje..

Kerajaan kena ambil inisiatif membendung kenaikan hage barang dengan memberikan bantuan seperti ration card. Bajet tambahan perlu ditumpukan pada keperluan asasi rakyat.

IBAN MUSLIM said...

BeEnd besa janji cow-cow punya... yg depa janji di Permatang Pauh ntah dah bagi ke belum...senyap ja...Orang kata bohong tu dosa...Pikir2 balik...depa heran apa dgn dosa....

Anonymous said...

HAI CAKAP MCM DAPAT DUIT DARI BARISAN NASIONAL JE

kulupSakah said...

anon,
kalau ngutuk BN ramai yg seronok, bile kritik PR- kata dapat upah pulak!
...baca dan faham betul2 entry ayat demi ayat!

Unknown said...

BeEnd dah nak TheEnd....hehee biase la yob dah 51 thn...gaji wa cam 2 gak, tambah lagi kompeni wa ni tgh dingdong idup segan mati xmau.....tambah lak barang2 mahai nk mampus sampai antu pon takut tgk. Entahlah berserah kpdNya yg Esa