Mengeteh dengan Pak Rahman di kedai Nasir memang seronok. Orang tua bekas kelasi kapal ni memang cukup berpengalaman. Kisah-kisah mengembara di negara orang memang cukup teman suke mendengornye sejak kecik lagi. Tak silap teman, hampir 3 suku dunia ni dah dijejaknye..
"Aku baru balik dari Giant tadi. Beli sabun, ubat gigi, sempoo, pencuci pinggan tup-tup dah nak abih seratuih! Gile betui dibuatnye la ni!" rungut Pak Rahman.
" Dah lagu tu Pak Rahman, nak buat lagu mana lagi.." jawab teman yang teruih tukar slang utara celup bile belabun dengan Pak Rahman.
"Lup, kalu hang ada 4 kupang boleh ka hang makan roti canai ni?" tanya orang tua ni.
"Hisy! Roti ni lapan kupang Pak oii, mana boleh!" jawab teman.
"Itule nasib kite kat sini.. kalu kamu tak cukup sekupang je, mampuih Nasiaq nak bagi kamu roti canai.. hang tau masa aku di sebuah negara bekas blok komunis, aku dapat saksikan sendiri negara yang dikatakan haprak kominih ni masih menghargai kemuliaan insan tau dak?"
"camana tu?" tanya teman.
"Kat sana, kalu hang ade 4 kupang hang boleh order roti canai ni separuh dan pekedai tu takdak masalah bagi separuh kerana bagi depa, sebagai manusia hang layak makan mengikut berapa yang hang ade..kalu mampu suku- suku keping pun depa kasi. Kat sana, depa juai minyak masak pakai mesin macam mesin air mineral kat sini..hang nak beli minyak masak secawan pun buleh! ikut kemampuan hang!"
tambahnya lagi, "kat sini kucin dok melangut kat tepi meja pun buleh dapat secubit roti, tapi kalu hang takdak duit, ade dak oghang nak campak secubit untuk hang?"
"mana baguih, hang ka kucin kurap tu?"..
teman memandang kucing jantan yang sedang dok ngendeng2 kat kaki teman mintak secubit roti canai...syahdu!
7 comments:
Syahdu tul.. :o
Baguihnya malaysia.... binatang lebih baguih dari manusia no...
wooit mana ada orang utara panggil nasir bunyinya nasiaq...
ikut suka hang saja no... ha..ha..ha..
isa,
memang takde tapi mamat tu memang dah dicop gitu, macam tranungkite.. ase ganu je tambahla g kat hujung..haha!
renungan di malam jumaat
I am bookmarking your post. Keep posting good stuff dude!
Valuable information and excellent design you got here! I would like to thank you for sharing your thoughts and time into the stuff you post!! Thumbs up
Term papers
Resume Writing:Your post is really instructive, and I like your post a lot, Thanks a lot for giving out such useful information.
Post a Comment