Lagu pun Mamoola Moon (terang bulan)

(diperkenalkan oleh Najwan Halimi)
zunar mengonar jonos menjonoih ronasina mengkepalabana haili menggeli enot mengenot ubilepih mengempih abdullah jones terjun roy memeroi cabai mencabar fahmi bersemi dikuk melekuk nur menonor oly menguli kidol menYondol...
vovin mengoben pyanhabib menggebib pak samad menyemat!
mereka akan muncul dalam majalah jenaka alternatif yang akan berada di pasaran Isnin 24 Ogos ni!
Klip video di atas akan aku kenang sampai mati. Betapa beraninya wanita bertubuh kecil ini. Aku ingat lagi waktu FRU, SB mengganas dan menangkap reformis dan pemimpin seperti Pak Abu (Saari Sungib), Nora, Lau Teck Hai dan aku sekeluarga berundur ke dalam kompleks membeli belah tersebut. Polis, FRU dan SB mengerumuni dan mengekori kami. Kami sama-sama menjerit memarahi mereka kerana berasa tidak bebas bergerak dan mengapa sibuk mengikut kami. Salahuddin Ayub di sisi hanya tersenyum tenang. Ceh! Patutlah aku tak mampu jadi pemimpin sepertinya yang memang cool walaupun kesabaran sedang diuji. Nora kemudiannya ditangkap dan di bawa ke Balai Polis Subang Jaya yang terletak di Seri Kembangan. Tangkapan entah ke berapa kali baginya. Kami semua bergerak dan berkumpul di depan balai polis sehingga kawan-kawan kami bebas.
Itulah Nora. Jika ada sedikit kecut di hati sewaktu hendak berdemo aku termalu apabila teringatkan keberanian Nora dan semangat itu kembali pulih apabila mengenangkan kecilnya aku dibandingkan dengan kejantanan Nora. Rupa-rupanya Nora juga berkata jika hendak berdemo semangatnya akan berganda-ganda membara apabila mengenangkan anak-anak aku yang selalu kami usung bersama. Baru-baru ni Nora hadir menyokong kami mengadakan persembahan di Shah Alam sebagaimana dia datang ke Malam Seni Rakyat di Kajang bulan lalu. Sebelum itu agak lama tak bersua. "Tak ada demo, tak jumpalah!" kata dia.
Nora, jika anda rajin menyelongkar gambar-gambar lama sewaktu era reformasi menggulung akan terlihatlah kelibatnya. Gambar dia memimpin arwah Mak Yan, bonda Anwar, gambar dia di mahkamah. Paling gila apabila dia didera ketuk ketampi dalam keadaan berbogel sewaktu di dalam tahanan. Pernah dia dilokap seminggu dan anak-anaknya yang masih kecil tinggal di rumah begitu saja. Kawan-kawan seperti Nasir Isa, Gobalakrishnan (YB) lah yang menengok-nengokkan anaknya.
Aku kenal anak-anak gadisnya yang berdikari, pandai membantu ibunya mencari rezeki. Anak-anak ini akan mencium tangan kami suami isteri jika bertemu.
Kemudian heboh cerita Nora masuk UMNO. Aku tak hairan. Nora yang bermentorkan Ezam Mohd Noor kusangkakan mengikut jejak sifunya itu. kami ada di pejabat GERAK sewaktu Ezam baru keluar PKR untuk mendengar penjelasan. Tapi Nora hanya keluar PKR dan masuk PAS. Dia tak ikut. Dia ada prinsipnya. Apa yang orang tak kata pasal Nora. Dia seksilah, rambut peranglah. Tapi dia tak tunduk dengan manusia sebaliknya yang bertudung labuh atau berjubah ada yang takut ke jalanraya melebihi takut kepada Allah. Takut bisnes terjejas. Tapi Nora hanya penjual tudung dan selendang yang peduli hapa bisnesnya terjejas. Dia yakin sesungguhnya Allah pemberi rezeki.
Mengapa bising dan tuduh Nora masuk Umno? Nora hanya bekerja sebagai pencuci jamban (katanya padaku tadi) di pejabat seorang ahli UMNO. Aku kenal orang itu. Anuar Mohd Noor yang pernah mengusahakan laman web Umno Reform dan majalah Suara. Aku kenal dan pernah berbual dengannya. Memang dia Umno tetapi kami boleh berbual dan bertukar-tukar fikiran dengan cukup terbuka. Aku nampak semangat melayu Anuar Mohd Noor (entah kebetulan apa, Nora, Anuar dan Ezam sama nama bapa mereka) malah lelaki inilah yang menyumbangkan amplifier untuk pengamen Nik bin Jidan mengamen dengan lebih berkualiti lagi. Mana orang-orang yang kutuk itu? Mengapa tak beri Nora kerja atau menegur mulutnya yang capoi memaki polis. Mengapa bersungut di belakang saja? Kami sekeluarga tidak kisah siapa Nora kerana dia adik kami. Senakal-nakal Nora dia pernah membantu memberikan selendang dan tudung-tudungnya untuk kami mulakan sebuah perniagaan. Ketika rezekinya murah dan ketika kami kesempitan, dia membantu. Kami terhutang budi yang pastinya dibawa mati.
Nora! REFORMASI!!